Kegagalan Menteri Pelajaran memahami hati naluri guru buat mereka beralih arah...@NajibRazak


Apa sebenarnya tugas dan tanggung jawap seseorang Menteri yang dilantik mengepalai sesuatu kementerian?

Tujuannya tidak lain selain dari memperkasakan kementerian itu,menangani masaalah yang wujud dan paling penting agar setiap tindakan dan tranformasi yang hendak dilakukan kerajaan (baca Perdana Menteri) difahami sepenuhnya dan dipraktikan tanpa ada unsur unsur sabotaj dari kakitangan sesuatu kementerian itu atau tenaga yang bernaung dibawahnya.

Dalam hal ini kementerian yang amat penting yang amat berkait rapat dengan kehidupan rakyat marhaen setiap hari secara terus adalah Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh TS Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tiada lagi kementerian sepenting kementerian ini bila bercakap tentang persepsi positif atau negatif terhadap kerajaan melalui dasar dasar yang dirangka oleh kementerian ini apatahlagi yang melibatkan para guru dan tenaga pengajar IPT dan IPTS yang dipertanggung jawapkan memberi pendidikan kepada rakyat seawal umur 7 tahun sehinggalah mereka melangkah keluar dari universiti baik tempatan mahu pun diluar negara.

Apa persepsi yang akan dicetuskan bila dikhabarkan kebanyakan para pendidik ini anti establishment dan menentang kerajaan,baik secara senyap mahupun secara terang terangan?

Apakah jenis PRODUK (baca para pelajar) yang terhasil jika tenaga pengajarnya sendiri pun sudah anti-kerajaan dan pro-pembangkang?

Perkara ini kini "is the known secret" dan diperbualkan dimerata tempat oleh hampir semua rakyat negara ini yang hampir semuanya punya anak anak yang belajar dipelbagai peringkat sekolah,institut,kolej dan universiti.Maka apa jua yang dilakukan oleh pendidik dan tenaga pengajar mahupun pentadbir premis pembelajaran ini pastinya meninggalkan serta mencetus apa jua persepsi yang mahu mereka(baca para pendidik) cetuskan.

Bercakap pasal Kementerian Pelajaran dan para pendidik yang lebih condong menyokong pembangkang tiada orang lain yang boleh dipersalahkan melainkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran.Siapa yang berani menafikannya?

Aku pun kadang kadang tak faham cara kerajaan ini ditadbir.Saperti ada "unwritten law" yang mewajibkan PM atau TPM menerajui kementerian kementerian penting saperti Pelajaran,Kewangan,Pertahanan,KDN dan ini berlaku sejak sekian lama.Secara lojiknya PM atau TPM sudah cukup dibebankan dengan tanggung jawap memerintah negara dan memastikan kementerian kementerian lain berjalan dengan baik dan terurus.Ini tidak...tak cukup dengan beban yang sedia ada beban lain pula dicari untuk ditanggung ntah atas motif apa mereka lakukan.

Inilah terjadi kepada TS Muhyiddin yang MEMANG GAGAL menerajui Kementerian Pelajaran kerana sibuk menjalankan tanggung jawapnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada masanya terpaksa juga membuat tugas tugas Perdana Menteri bila diperlukan.Saperti juga @NajibRazak yang menabur tok nenek laba kepada kaum Cinabeng untuk memenangi hati mereka (baca undi mereka) tetapi masih juga GAGAL,TS Muhyiddin juga "cut & paste" kaedah yang sama dan menabur macam macam faedah kepada kaum pendidik ini yang akhirnya menyaksikan mereka tetap menyokong pembangkang dan dia GAGAL.

Kini "penyakit" yang belum disembuhkan  Khaled Nordin semasa di Kem Pengajian Tinggi diwariskan pula kepada TS Muhyiddin untuk diubati yang memang dah GAGAL di kementeriannya sendiri bila 2 kementerian ini digabungkan dalam rombakan kabinet selepas PRU13.Tidak dapat nak aku bayangkan HARU BIRU yang bakal berlaku dalam dua kementerian yang kini sudah menjadi satu dibawah seliaan TS Muhyiddin.

Apakah ianya akan menjadi HARU BIRU dan HURU HARA sapertimana KEGAGALAN Muhyiddin menangani krisis dalam MKN (Majlis Keselamatan Negara) yang beliau juga sebagai "kepala"nya...?

P/S : Dalam artikel akan datang aku akan menyentuh dimana silapnya Menteri Pelajaran dalam kegagalan beliau menyentuh naluri para pendidik ini dan kenapa  Umno yang ada hari ini menjadi 'penyumbang' "sehingga dilihat KOTOR dan JIJIK dimata para pendidik hari ini.



3 comments:

Anonymous said...

Wah...egen pkr cuba masuk nak melaga lagakan kedua dua tokoh ni...saya percaya muhyidin dan buat yg terbaik...hati guru yg beralih arah kerana guru tu sendiri...pernah dijumpa buku jingga dibenarkan percuma dlm bilik guru...bukan salah muhyidin...pro pkr anti umno/BN ada di mana2 kementerian dan jabatan...tidak semua pegawai nya pro bn/umno..contohnya di putra jaya tu sendiri...berapa ramai yg menentang kerajaan..walhal fi sana adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan yg menduduki psrumahan kerajaan di situ...beginilah hebatnya egen pkr..baling batu sembunyi tangan..alIhaiii..

Anonymous said...

Lu macai umnuuu sialll

hanizam said...

salam pagi jumaat...

pada aku, ape yang dituliskan oleh pemilik blog adalah benar belaka...tengok sekarang ni di sekolah, penuh dengan juak pembangkang...kerja dengan kerajaan, dok kutuk macam-macam, bila 25hb ambik jugak gaji tu...

1 isu yang dah lama warga pendidik disekolah rasa dan buat mereka menyokong pembangkang iaitu SISTEM PBS...

Sistem ni dikatakan dibawa masuk dari modul di johor nun...bila TPM pegang kementerian ni, dia pun buatlah beberapa perubahan (transformasilah kononnya) dengan memperkenalkan sistem ini...

kalau nak buat sistem ape pun, tengoklah dulu ape keperluan yang perlu disediakan seperti server yang bagus yang boleh simpan data dan mencapai kelajuan yang diharapkan...

ni tak, tengok je cuti 2 minggu baru ni, sistem "UNDER MAINTENANCE" sedangkan, kerja yang diminta untuk masukkan data tu ada dateline...

pada aku, jangan pandai buat sistem, tapi man power & kemudahan lain macam sampah...

ada ke TPM tu terpikir, cikgu ada bangun kul 2-3 pagi, duduk depan PC untuk masukkan data murid..

ada TPM & yang lain pikir benda ni melainkan dok mengangkang dengan bini masing-masing bolehlah....

memang ape yang penulis kata adalah betul...

tu belum lagi pentadbir sekolah yang 2-3 tahun nak pencen, kerja dak tak efektif, dok mengarah memanjang...kononnya nak kejar insentif sekolah cemerlang...yang jadi mangsa, guru-guru...nak buat itu, ini...

percayalah cakap aku, PRU 14, susah BN nak bentuk kerajaan seperti sekarang...

sebabnya, banyak transformasi yang dibuat tak dipantau dan disediakan kemudahan yang sepatutnya dengan baik...

guru dah jadi macam robot...depa ada hati, ada perasaan...sebagai suami, memang kesian aku tengok wife aku kerja guru...walaupun profession ni jadi idamannya dari kecil, bila guru dah dibebankan dengan kerja-kerja yang tak sepatutnya, ramai yang dok kutuk & membangkang selalu...

sedih melihat cara guru bekerja...bukan mengajar tapi buat kerja perkeranian...

itu realiti guru sekarang...

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts