Surat terbuka untuk @NajibRazak dari seorang pembaca blog APA.


Dibawah adalah email yang aku terima semalam yang minta sangat sangat agar aku 
menyiarkannya diblog ini .Seharian aku menimbangkan untuk disiarkan kerana 
saperti yang telah diketahui ramai calun calun BN untuk PRU13 telah pun 
dimuktamadkan dan kurang lebih 11 jam dari sekarang @NajibRazak akan 
menyerahkan watikah kepada mereka di Ibu Pejabat Barisan Nasional di PWTC.

Untuk tidak menghampakan pengirim aku siarkan juga email beliau disini dan 
andaikata keresahan beliau menjadi nyata dan menjadi "mimpi ngeri" @NajibRazak 
dan BN sekali lagi,maka ini "bukti" yang @NajibRazak sudah diperingatkan.

Sosek sosek yang aku dengar banyak dikalangan " CALUN WINNABLE PILIHAN 
NAJIB"terpaksa digugurkan angkara "warlords Umno" yang seakan mengugut 
saperti email dibawah dan terpaksa digantikan dengan " CALUN PASTI KALAH" 
disaat saat akhir.

Apa pun aku berharap @NajibRazak dan Barisan Nasional tidak ditimpa bala yang 
sengaja diundang hasil gertakan dan ancaman "penghuni penghuni Taman Jurassic" dikalangan warlord warlord Umno yang masih rakus ingin mengonggong kuasa.

WaAllahu'alam.


Bakal mewakili 3 kerusi di Ampang?


                            *************************************************


Assalamualaikum Dato Seri,

Salam 1Malaysia,nampaknya makin hangat topik siapa yg akan jadi calon BN utk PRU 13.
Byk tempat play safe dgn ambil sikap tunggu dan lihat siapakah calon BN,baru nak gerakkan jentera.Ada juga Ketua Bahagian UMNO yg main 'ugut' nak lumpuhkan jentera dan 
sabotaj sekiranya x jadi calon atau 'org2 dia' x jadi calon (sebagai persiapan Pemilihan 
UMNO tahun depan) utk PRU kali ni.

Sumpah taat setia dah byk kali dibuat dan Aku Janji di hadapan PM dan TPM tapi semua 
tu 'wayang tinggi production yg tak berapa nak box office' sbb masih ramai Ketua 
UMNO Bahagian ni yg pasang angan2 nak jadi calon atau meletakkan calon pilihan dia sbg persiapan utk 'menyelamatkan diri' menjelang Pemilihan UMNO tahun depan.Belum lagi 
PRU 13 berlangsung dah 'looking forward' utk kepentingan peribadi? Haprak punya pemimpin!!! 
Beria dok bersumpah bagai,ke hulu ke hilir canang dia la paling rapat dgn PM tapi x sedar 
diri yg diri dia tu diperingkat akar umbi termasuk pengundi atas pagar dah tolak jauh2 nama 
dia waimah bertanding la di mana2 pun.Kalau dah 'penyamun' tu,mmg x boleh la buang 
tabiat 'menyamun'. 

Wahai PM kesayangan rakyat Malaysia,tolonglah pilih 
calon2 seperti yang telah dilaungkan selama ini, 'Winnable',Rajin,berkaliber,bersih daripada skandal/rasuah dan diterima masyarakat setempat terutamanya pengundi atas pagar.Jangan 
hanya dengar nasihat drpd org sekeliling yg rapat sahaja termasuk yang kaki bodek,mengampu,penipu. PM kena jugak dengar dr akar umbi termasuk NGO yg 
kebanyakkan mewakili pengundi atas pagar.Mereka lebih tau kerenah dan sepak terajang apa 
yg berlaku di kawasan mereka kerana mereka menetap dan mengundi di kawasan tersebut. 
Sudah tentu mereka juga ada nama bakal2 calon yg mereka sukai kerana perkhidmatan yg cemerlang,prihatin dgn masalah setempat dan aktif menjalankan pelbagai 
aktiviti untuk kebaikan masyarakat. 

Tapi,apa perasaan mereka jika tiba-tiba PM menamakan calon BN di situ orang yang mereka tidak gemari? Adakah PM hanya fikirkan undi 'orang2 yg melobi keras turun naik 
pejabat PM tanpa mempedulikan nasib rakyat' atau undi dari suara rakyat terutamanya 
dikalangan atas pagar? 

Setuju,rakyat amat menghargai semua sumbangan yg dicetuskan oleh PM tetapi rakyat 
juga mahukan calon BN dikalangan pilihan mereka sendiri.PM bukannya bertanding di 
kawasan mereka.Janganlah direncatkan mood PRU dikalangan pengundi dengan meletakkan 
calon 'para troopers' dan tak popular dikalangan.pengundi tempatan.Ambillah iktibar 
PRU 12, apabila orang BN sendiri yg sabotaj sampai PR dapat menawan Selangor,Kedah dan Pulau Pinang. Pilihlah.calon yang berkaliber dan telah berusaha keras mengembalikan mood pengundi kepada BN selama ini dan bukannya dengar cakap si kaki pengampu,jika BN mahu menang bergaya dalam PRU 13 dan merampas kembali negeri-negeri yang tumpas kepada PR terutamanya Selangor yang PM sendiri jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan 
Pengarah Pilihan Raya Negeri. 

Di Selangor tak perlu calon recycle dan ramai muka-muka baru yang 
berkebolehan membawa panji BN.Walau apa pun,masih ada masa untuk mengkaji semula 
senarai calon-calon BN sebelum diberi watikah perlantikan sebagai calon BN di DUN atau Parlimen. Jangan nanti.menyesal dikemudian hari akibat silap pilih calon dan silap percaturan. 
Fikir masa depan,jangan fikir masa pendek. Fikir kepentingan rakyat, jangan fikirkan kepentingan peribadi rakan-rakan yang kononnya rapat termasuk la si kaki pengampu yang banyak buat laporan dan claim kepada ICU based on paper sahaja. Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Ingat tu....Selamat Maju.Jaya

JANGAN ORANG LAIN YANG BEKERJA TAPI ORANG LAIN BERHIAS!

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts