Ramai sungguh manusia yang mengidam 3 kerusi di Ampang sekarang ini...
Masing masing semua tengah pasang badan dan berangan angan nama mereka akan
menjadi "The Ultimate Choice" @NajibRazak bila ianya diumumkan
sedikit masa nanti.
Sebelum ini dah banyak nama yang dikatakan "sure-listed" tapi ianya berubah ubah macam
indeks KLSE di Bursa Saham...sekejap naik sekejap turun,sekejap panas sekejap sejuk.
He he he...
Macam macam "cable" khabarnya digunakan oleh mereka ini terutamanya "wildcard entry"
yang datang saat saat terakhir.Katanya ada yang guna "kabel Rosmah","kabel @NajibRazak",
"kabel Tun M","kabel TPM"."kabel mBah Dukun","kabel Sultan Kiram","kabel talipun"
"kabel TNB" dan ntah apa lagi kabel tok nenek yang diaorang ada...
Apa pun kita sediakan ambulan selepas calun yang benar benar dipilih @NajibRazak diumumkan.
Kenapa...?
Sebab ramai yang bakal BUNUH DIRI terjun kedalam LOJI KUMBAHAN Indah Water kerana kecewa....