Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Dis 2008.
Bersambung dari SINI
Tragedi Tanah Runtuh 2008 telah mendedahkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor
Pakatan Rakyat yang waktu itu baru 8 bulan berkuasa menangani tragedi berskala besar
begini.Kehadiran Menteri Besar dan Exco nya hanya sekadar menghias kesibukan yang
berlaku di "ground zero" waktu itu.Tiada apa yang mereka mampu lakukan sekadar sibuk
memberikan kenyataan akhbar kepada petugas media yang berkampung siang dan malam
disitu waktu itu.Apatahlagi Azmin Ali yang boleh aku anggap sekadar "bertandang" dengan
baju linen dan kasut kulit berkilat dia.
Bab ini memang Pakatan Rakyat pakar..
Talk and talk and talk cock!
hari kejadian tanpa ada bantuan mana mana pihak waktu itu.Semuanya digerakan sendiri
secarasukarela bersama penderma dikalangan ahli dan penyokong Umno yang tinggal disini
dan perkara pertama yang dilakukan adalah membeli barangan keperluan bernilai hampir
50K dari Pasaraya Giant yang ada disini untuk diagihkan kepada 4 ribu penduduk
yang terperangkap tanpa bekalan eletrik dan terputus hubungan jalanraya dan aku
mengetuai operasi pengagihan ini.
Timbunan tanah yang menutup jalan utama yang mengakibatkan
hampir 4 ribu penduduk terperangkap disebelah sana.
sukarelawan Pemuda Umno Ampang dan Gombak terpaksa membuat jalan alternatif
meredah hutan dan bukit berhampiran Athenium Condo dalam keadaan hujan lebat untuk
memastikan bekalan 50K yang dibeli dapat sampai kesebelah sana sebelum malam.Kami
terpaksa melakukan "bucket brigade" dengan dibantu penduduk dan tentera dikecuraman
50 darjah hampir 150m tinggi dalam keadaan hujan lebat mulai jam 3 ptg hingga 8 malam.
Dihari ketiga tragedi barulah kelihatan PKR mendirikan kemah bantuan mereka berhampiran
ground zero itupun setelah mencetuskan polimik dengan Pasukan Pertahanan Awam
bilamana kemah yang nak didirikan mereka menghalang akses keluar masuk anggota PPA
yang terlibat dengan operasi menyelamat ketika itu.Semuanya gara gara 'lokasi' dipilih
mereka betul betul berdekatan "command centre" yang mana tempat media berkampung
dan bersidai,jadi kita boleh andaikan sajalah apa 'motif' mereka.Aku yang beradatidak jauh
dari situ (dalam kemah bantuan Umno) memerhatikan sahaja gelagat mereka yang
baru berkuasa di Selangor yang akhirnya berjaya "menyingkir" Pasukan Pertahanan
Awam dari posisi asal mereka.
Masa itu tapak dimana kemah kemah bantuan didirikan saperti tapak "pesta makanan" bila
hampir semuanya menyediakan makanan untuk anggota penyelamat,penduduk,sukarelawan
dan siapa sahaja yang berada berhampiran ground zero ketika itu.Tidak terfikir dikepala kita
dalam waktu waktu begitu KFC,Mc D,Aiskrim Walls dan lain lain begitu mudah didapati
secara percuma disitu."Khemah Bantuan PKR" yang tidak mahu ketinggalan telah membawa
juadah dari De Palma Hotel Ampang untuk tujuan yang sama.Bagi pihak Umno Ampang kita membawa Restoran Ali Maju kesitu untuk menyediakansuasana kedai mamak 24jam sehari
selama hampir 2 minggu.
Aku ceritakan semua diatas adalah sebagai perbandingan diantara "cakap dan bikin" dengan
"cakap tak serupa bikin" yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali
Azmin Ali dalam menghadapi tragedi ini.Calun BN yang ditolak pengundi Bukit Antarabangsa
8 bulan sebelum itu Allahyarham Haslinda Mohd Zerain (Alfatihah untuk arwah) adalah
tenaga utama yang menyelaraskan pusat bantuan disebelah sana dari hari pertama sehinggalah
jalan alternatif siap dibina untuk kemudahan penduduk yang terperangkap.
Allahyarham Haslinda Mohd Zerain
Allahyarham walaupun tewas ditangan Azmin tapi sikap beliau dalam membantu penduduk
yang menolak beliau masa PRU12 amatlah terpuji.Beliau sanggup meredah timbunan tanah
berjalan kaki tidak kira siang,malam atau subuh dari pusat bantuan disebelah sana untuk
ke kemah bantuan sebelah sini hanya untuk menyelaraskan keperluan penduduk yang
terperangkap ketika itu.Ketiadaan bekalan letrik hampir satu minggu disebelah sana
mengakibatkan komunikasi melalui cellphone terputus disebabkan battery tidak boleh di
charge.Alat alat komunikasi yang kami bekalkan pun hanya boleh digunakan selagi battery
nya masih berfungsi.Itulah komitmen Umno terutamanya Allahyarham Haslinda dan ketua
bahagian DatoIsmail Kijo dalam memastikan bantuan tetap tiba kepada penduduk yang terjejas.
Dimana Azmin Ali ketika itu...?
Hanya menjenguk untuk dirakam wajahnya oleh media dengan baju linen dan sepatu kilat..
BERSAMBUNG...