Si Cilik
Printscreen dibawah aku ambil dari Facebook seorang ibu yang aku kenal semasa retreat
bloggers Janda Baik tidak berapa lama dahulu.Anak kecil dia aku lihat begitu tekun mengikuti
sessi yang dihadiri oleh kedua ibu bapanya waktu itu dan dia amat alert setiap kali gambarnya
aku rakam.Cukup menarik apa yang dicatat anak kecil dalam "Diary" ini dan aku harap ianya
adalah catatan anak pasangan ini sendiri (gambar diatas).
2:00 ptg : "Mengikut ayah saya memasang Bendera Barisan Nasional."
10:00 mlm : "Saya tertidur lepas itu saya bermimpi Dato Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia..bla bla bla.."
Ha ha ha...ikut ayah pasang bendera BN tapi tidor mimpi Anwar jadi PM,satu pemikiran anak
kecil yang belum "korup politik" tapi daya imiginasinya yang tajam sehingga terbawa kedalam mimpi.Cuma ikut catatan cikgu dia mimpi tidak boleh masuk dalam diari..
Ada maksud tersurat dan tersirat bagi yang mahu melihat...
Keluarga bahagia yang bakal didatangi seorang puteri lagi
bila bila masa sahaja...insyaAllah.
.