Apa maksud gambar ini? #P146 @razailiibrahim @P146Muar


Beberapa malam sudah aku merayau rayau sekitar parlimen #P146 Muar untuk melihat
apaaktiviti yang dilakukan petugas/sukarelawan parti parti yang bertanding di #P146 dan
Dun dibawahnya selepas tengah malam.Kalau di Lembah Kelang pilihanraya macam
sambut hariraya tak pernah tidor 24/7 sampailah hari membuang undi,tapi disini agak
berbeza sedikit dan tak semeriah apa yang berlaku di Lembah Kelang.Jadi kalau ada
aktiviti selepas tengah malam cukup mudah kita spot.


Disebatang jalanraya dalam #P146 aku melihat sekumpulan sukarelawan Pas sedang
memasang bendera ditiang lampu (aku tak pasti apa nama jalannya) lebih kurang jam
3 pagi.Saperti biasa aku berhenti menyapa sambil merakamkan aksi mereka dan
memandangkan aku tak pakai baju parti dan memakai pas media maka aku bagitau
mereka aku dari portal media internet merakam aktiviti kempen pilihanraya.

Mata aku tertarek dengan t-shirt yang dipakai salah seorang sukarelawan Pas yang
tertera Singapore 2010 Volunteer untuk satu acara sukan.Aku
tak mahulah menuduh ada campurtangan SUKARELAWAN SINGAPURA dalam
politik negara tapi t-shirt yang dipakai sukarelawan Pas ini mencetus berbagai tafsiran.


Ntahlah...baru seminggu berkempen dan bermacam kejadian pelik berlaku.Ada yang mati,
ada yang diletopkan dan terbaru kemalangan yang menimpa dua bloggers top BN di
Behrang awal pagi tadi.Dikhabarkan kedua roda hadapan kereta yang dinaiki mereka
tercabut dan mereka kini dirawat dihospital dan dikhabarkan mungkin wujud unsur unsur
SABOTAJ memandangkan kedua mereka amat lantang mengkritik dan mendedahkan
perihal pemimpin pemimpin pembangkang terutama Anwar Ibrahim.


Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts