Aku hadhir ke Kota Bharu semalam sebagai salah seorang saksi yang disapina oleh Husam Musa untuk kes saman beliau terhadap Papagomo.Seharian aku standby di Bilik Operasi UMB Kelantan dan melepak bersama blogger Double Y dan rakan rakan yang lain menanti panggilan ke makamah untuk disoal para peguam plantif dan defendan.
Sehingga hampir jam 5 petang tiada panggilan untuk aku hadhir kemakamah dan ini membuatkan aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan kes semalam.Hanya mendapat tahu kemudiannya dari pegawai Husam Musa yang kes telah ditarek balik tanpa memperincikan kepada aku sebab tindakan itu,
Hari ini melihat video dibawah barulah agak jelas sedikit sebab kes ini ditarek balik dan aku rasa timingnya agak tepat kerana tidak perlulah aku bersusah payah turun naik ke Kota Bharu saperti yang dah aku lakukan sejak disapina (dah 4 kali) dan hanya diberitahu kemudiannya kes ditangguhkan.Masa yang bakal diambil untuk memfailkan kes ini semula oleh pihak plantif pastinya memberi ruang kepada aku untuk fokus terhadap gerak-kerja PRU13 nanti.