Petang tadi aku berkesempatan singgah di sekolah lama aku St.John's Institution (SMK St.John) di Bukit Nanas yang kali terakhir aku berada disana adalah pada tahun 1978.Kebetulan Amrayy yang aku tumpang keretanya nak menjemput anaknya yang belajar di SRK St.John II petang tadi maka dapatlah aku bernostalgia dengan kenangan silam aku sewaktu belajar disana.
Entah mengapa aku mengambil masa hampir 35 tahun untuk sekali lagi menjenguk sekolah aku ini sedangkan aku kerap melalui Jalan Ampang berhampiran AIA sebelum ini.Mungkin ada kenangan pahit yang ingin aku lupakan disini...
Apapun terima kasih Amrayy yang tanpa sengaja telah membawa aku kesini tadi.