Hari Ahad seminggu sudah di Kota Bharu..


Hari Ahad seminggu sudah aku berada di Kota Bharu atau lebih tepat lagi di Pasar Siti Khadijah dan persekitarannya lebih 6 jam sebelum memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Dalam artikel awal aku sebelum ini tentang perkara yang sama,aku cuma memaparkan gambar gambar yang sempat aku rakam tentang warna warni kehidupan dan kebersihan pasar itu dan persekitarannya.

Hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang respon yang aku perolehi dari ramai warga Kota Bharu yang sempat aku tanyakan secara rambang tentang politik semasa,isu semasa,prospek PRU13 dan paling penting tentang TUJUH JANJI JANJI @NajibRazak dalam kunjungan beliau ke Kelantan baru baru ini.Bila aku kata secara rambang bererti aku mentafsirkan "respondan respondan" ini mengikut pemerhatian fizikal aku secara peribadi dengan cara pemakaian mereka dan percakapan mereka dan aku kelaskan mereka sebagai..

1. Penyokong taksub Pas

2. Penyokong Umno

3. Orang atas pagar

4. Para peniaga kecil dan besar sekitar pasar.

5. Anak Kelantan yang pulang bercuti,

6. Orang luar yang melawat pasar.

Aku menemubual lebihkurang 80 respondan saperti kategori diatas dan diakhir sesi terjah itu ada rakaman video yang aku dan Amrayy rakamkan menemu-bual 2 respondan yang "berkecuali" yang akan aku siarkankan disini nanti bila kerja kerja edit selesai dilakukan Amrayy.

Cuma hari ini aku ingin mengulas respon majoriti yang aku temubual terhadap 7 JANJI @NajibRazak...Aku catitkan dibawah ini tentang 7 JANJI itu kalau ada yang dah terlupa atau memang tidak tahu.

Berikut adalah Tujuh (7) janji Najib untuk Rakyat Kelantan kalau BN menang :

1.Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu,
2. Membina Stadium Baru,
3. Mengatasi Masalah Air,
4. Membina 3,000 Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),
5. Membina UiTM Bandar Kota Bharu,
6. Membina Masjid Negeri
7. Menyediakan Perkhidmatan Bas Rapid Kota Bharu.


* TUJUH JANJI DIATAS AKAN HANYA DITEPATI KALAU BN MENANG DAN AKAN JADI CAPATI KALAU BN GAGAL TAWAN SEMULA KELANTAN.

Rata rata mereka yang aku tanya menganggap 7 JANJI @NajibRazak itu sebagai...LAWAK! dan ada juga yang menganggapnya satu PENGHINAAN terhadap rakyat Kelantan.

Sama ada "lawak" @NajibRazak itu setaraf lawak Jojan atau Boboy Raja Lawak aku tak pasti tapi ianya tidak lebih dari hanya LAWAK MENGHINA kepada majoroti respondan yang aku temubual ketika itu.Walaupun terjah aku ini lebih merupakan ad-hoc dan tidak boleh digunapakai sebagai ukuran sentimen majoriti rakyat Kelantan secara khusus tetapi mengambil kira Pasar Siti Khadijah adalah pusat tumpuan semua golongan rakyat Kelantan permastautin atau perantau dan respondan respondan yang aku pilih,aku rasa sentimennya tidak banyak berbeza  jika satu kajiselidik menyeluruh dilakukan melibatkan keseluruhan rakyat Kelantan disemua Daerah.Tapi janganlah tanya rakyat Kelantan Tanah Merah atau 6 kerusi yang dimenangi BN masa PRU12 lalu sebab jawapan mereka sudah pasti kita ketahui.

Bercakap pasal LAWAK yang rata rata disebutkan oleh respondan ini ingin aku petik beberapa komen yang aku anggap bernas dari beberapa respondan.Mereka rata rata mengatakan 7 JANJI NAJIB itu hanya layak dijanjikan oleh Anwar Ibrahim sebagai pembangkang dan bukan @NajibRazak sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tidak kira yang menyokong atau menentang dia.Itu TANGGUNGJAWAP dan AMANAH yang terpikul dibahunya sebagai Perdana Menteri....PERIOD!.

Jadi kalau nak gunapakai bahasa haramja "APA Gangnam Style" apa yang dijanjikan @NajibRazak di Kelantan baru baru ini bukanlah JANJI tapi lebih bersifat UGUTAN dan ACAMAN!

Setuju ???

....atau

Tidak setuju ????

Terpulang dari sudut mana anda melihat dan dari kumpulan mana anda memandang...

WaAllahu'alam.

2 comments:

zopinion said...

komen gua.. Najib tak perlu nak janji apa2 pun dengan orang kelantan pasal majoriti org kelantan dah puas hati dgn kerajaan pimpinan PAS.. biarlah org kelantan tu.. tak perlu ganggu mereka..

Joe said...

Ya betul kata zopinion..setuju..kenapa perlu ganggu mereka.adakah majoriti yg Bro APA temuabual itu mengadu kerajaan kelantan menzalimi mereka seperti kerajaan Gadafi?jika tidak apa hujah BN yg bersungguh sangat nak kelantan? pembangunan?kemajuan?kelantan banyak rasuah?makan harta rakyat negeri?menteri besarnya kaya?rumah besar?kelab malam berleluasa?malam minggu banyak mat motor berpeleseran?tiada masjid @ kuliah agama di kelantan?anak2 org kelantan di biarkan tanpa pelajaran?tiada org kelantan yg masuk u?harga makanan mahal?harga tanah mahal?sebab jalan jem?sebab org kelantan tak mampu duduk rumah flat? Pilihlah hujah kamu..

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts