WAHHABI -SH Alattas


ANTARA WAHABI DAN AHLI SUNNAH
LU FIKIRLAH BRO!

PENGASAS fahaman ini Muhammad bin Abdul Wahab. Oleh kerana orang menamakan gerakannya/fahamannya dengan Wabahiyah, dibangsakan kepada Abdul Wahab, bapa Muhammad bin Abdul Wahab. Sebenarnya menamakan gerakan ini dengan "Wahabiyah" adalah satu kerana pengasasnya bernama Muhammad bukan Abdul Wahab. Tersebut dalam kamus Munjid muka 568 bahagian Adab, ertinya:-

"Wahabiyah adalah satu bahagian dari firqah Islamiyah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1702M-1787M.) Lawannya menambah Wabahiyah tetapi pengikutnya menamakan dirinya "Al Muwah-hidun" dan thariqat mereka dinamakan "Al Muhammadiyah." Dalam firqah mereka berpegang kepada Mazhab Hambali, disesuaikan dengan tafsir Ibnu Taimiyah.

Keterangan Kamus Munjid ini tidak semuanya benar. Ulama-ulama Wahabi tidak marah kalau mereka dipanggil dengan kalimat Wahabi dan bahkan ada sebuah buku yang dikarang oleh mereka berjudul "Al-Hidayatussaniyah wat Tuhfatul Wahabiyah An Nijdiyah" di cetak oleh percetakan Ummulqura di Makkah tahun 1344H. Saudara dari Muhammad bin Abdulwahab ini bernama Sulaiman bin Abdul Wahab mengarang sebuah buku dengan judul "Ash Shawa-iqul Ilahijah Firraddi Alal Wahabiyah" (Petir Tuhan untuk menolak fahaman Wahabi). Dengan judul buku ini sahaja jelaslah bahawa pada masa hidupnya Muhammad bin Abdul Wahab nama "Wahabiyah" sudah ada juga.

Seorang ulama besar, Mufti Shafie di Makkah, Sheikh Sayid Ahmad Zaini Dahlan (wafat 1304H) menulis sebuah buku untuk menolak fahaman Wahabi dengan judul "Ad Durarus Sanijah Firraddi Alal Wahaniyah" (Permatang yang bertatah untuk menolak fahaman Wahabi). Teranglah bahawa nama "Wahabi" itu sudah lama adanya. Dari keterangan "Munjid" tadi ternyatalah bahawa fahaman Wahabi itu adalah penerus fahaman Ibnu Taimiyah dan bahkan lebih fanatik dan lebih radikal dari Ibnu Taimiyah.

Dalam sebuah buku "Kasyfus Syubahat" karangan ulama-ulama Wahabi seperti tersebut:-

Muhammad bin Abdul Wahab berasal dari qabilah Banu Tanim, lahir tahun 1115 H. Wafat tahun 1206H (ia meninggal dunia 213 tahun yang lalu). Mula-mula ia belajar agama di Makkah dan di Madinah. Di antara gurunya di Makkah terdapat Sheikh Muhammad Sulaiman Al Kurdi, Sheikh Abdul Wahab (bapanya sendiri) dan abangnya Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Menurut ustaz Hasan Chazbyk dalam satu karangannya dikatakan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab pada ketika mudanya banyak membaca buku-buku karangan Ibnu Taimiyah dan lain-lain penulis yang sesat.

Perbezaan tahun wafat Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab adalah 478 tahun. Ibnu Taimiyah meninggal di Syria dan Muhammad bin Abdul Wahab meninggal di Najed.

Menurut buku Kasyuf Syubahat tersebut yang berasal dari tulisan cucu-cucu dari keluarga Muhammad bin Abdul Wahab, iaitu Abdul Lathif bin Ibrahim Ali Sheikh, bahawa Muhammad bin Abdul Wahab lahir di satu desa bernama Ainiyah pada tahun 1115H. Ia belajar agama dari bapanya kerana bapanya adalah ulama/kadi di negeri Ainiyah itu.

Setelah ia mencapai usia dewasa ia pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan kembali ke Ainiyah sesudah mengerjakan haji. Hal ini berbeza dengan Muhammad bin Abduh di Mesir penganut fahaman Ibnu Taimiyah juga tidak pernah naik haji walaupun ia berulang kali pergi ke Paris. Kemudian Muhammad bin Abdul Wahab datang lagi ke Makkah dan Madinah yang kedua kali. Lama ia tinggal menuntut ilmu di Makkah dan Madinah. Katanya pada kali yang kedua inilah ia banyak melihat di Madinah amal-amal ibadat orang Islam di hadapan makam Nabi yang berlainan dari syariat Islam menurut kaca matanya.

Kemudian ia pindah ke Basrah dan menyiarkan fatwanya yang ganjil-ganjil tetapi ia segera diusir oleh penguasa dan dikeluarkan dari kota Basrah. Kemudian Muhammad bin Abdul Wahab pergi ke Hassa dan berguru lagi di situ dengan Sheikh Abdullah bin Abdul Lathif, seorang ulama di Hassa ketika itu. Kemudian ia pindah ke Huraimalah, satu desa kecil di negeri Najed.

Mula-mula ia menyiarkan fatwanya yang ganjil-ganjil di negerinya sendiri iaitu di Ainiyah. Tetapi raja di negeri itu namanya Utsman bin Ahmad bin Ma'mar yang mulanya menolong tetapi setelah mendengar fatwa-fatwanya lalu mengusir dan bahkan berusaha membunuhnya.

Kemudian ia pindah ke Dur'ijah. Raja Dur'ijah bernama Muhammad bin Saud menolong Muhammad bin Abdul Wahab dalam penyiaran fahamannya. Maka bersatulah dua orang Muhammad yang berlainan kepentingan iaitu Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad bin Saud.

Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong menyiarkan fahamannya yang baru dan Muhamamd bin Saud memerlukan seorang ulama yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang keras demi memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya. Maka bersatulah antara fahaman agama dan raja sebagai bersatunya fahaman Syiah di Iran dan Syah Iran dan bersatunya Syiah Imamiyah di Yaman dengan Imam yang menguasai Yaman (sebelum Republik).

Demikian tersebut dalam buku Kasyfus Syubahat cetakan percetakan An Nur Riyadh.

Jelas dari huraian ini bahawa fahaman Muhammad bin Abdul Wahab tidak diterima di Basrah juga tidak diterima di Ainiyah sehingga ia diusir dari kedua tempat itu oleh penguasanya. Tetapi dengan pertolongan Muhammad bin Saud di kota Durijah banyak jugalah pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang terdiri dari orang-orang padang pasir sehingga menjadi kekuasaan yang tidak boleh diabaikan oleh Turki dan syarif-syarif di Makkah ketika itu.

Pada suatu ketika mereka menghantar delegasi ke Makkah menemui syarif Makkah, iaitu Mas'ud sambil mengerjakan haji. Delegasi ini menyiarkan fatwa-fatwa Wahabiyah yang ganjil di Makkah. Syarif Mas'ud menangkap orang-orang ini dan bahkan membunuh sebahagiannya tetapi sebahagiannya lepas dan pulang memberikan laporan kepada Muhammad bin Sa'ud.

Dari mula tarikh ini berkobarlah permusuhan antara kaum Wahabi di Najed dengan syarif -syarif (penguasa-penguasa) di Makkah. Dalam hal ini syarif Mas'ud membuat suatu kesalahan kerana ia menangkap orang haji dan membunuh mereka pada hal Tuhan telah berfirman dalam Al Quran bahawa barangsiapa masuk Makkah adalah aman (surah Al Imran ayat 97)

Seharusnya kalau ia tidak sesuai dengan fahaman Wahabi ia boleh mengusir sahaja orang itu tanpa membunuh. Tetapi dalam sejarah ini dapat diambil pula bahawa raja Makkah ketika itu tidak menyukai fahaman Wahabi, serupa dengan raja-raja di Basrah dan di Ainiyah.

Muhammad bin Abdul Wahab biasa menfatwakan bahawa orang-orang di Makkah itu banyak yang kafir, kerana mereka membolehkan berdoa dengan tawassul di hadapan makam nabi, membolehkan berkunjung dari jauh untuk menziarahi makam nabi, berdoa mengadap ke makam nabi, memuji-muji nabi dengan membaca nahzam Burdah, Amin Tadza, membaca selawat Dalailul Khairat yang berlebih-lebihan memuji nabi, membaca kisah-kisah maulud berzanji dan akhirnya mereka dikafirkan kerana tidak mahu mengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

Tersebut dalam sejarah bahawa terjadi perdebatan antara Muhammad bin Abdul Wahab dengan saudaranya Sulaiman bin Abdul Wahab dalam soal kafir mengkafirkan ini.

Sulaiman bertanya kepada adiknya "berapa rukun Islam?". Muhammad menjawab "lima" Sulaiman menyambung pertanyaannya "tetapi kamu menjadikan enam"."Kamu menfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir". Muhammad terdiam dan marah.

Sesudah itu ia berusaha menangkap abangnya dan akan membunuhnya tetapi Sulaiman dapat melepaskan diri ke Makkah dan setibanya di Makkah ia mengarang buku As Shawa-iqul Ilahiyah Firraddi Al Wahabiyah yang tersebut di atas tadi. Dari buku ini kita dapat melihat fatwa-fatwa Muhammad bin Abdul Wahab yang ganjil-ganjil dan baru. Tertulis juga di dalam buku ini sejarah perdebatan seorang lelaki dengan Muhammad bin Abdul Wahab.

Seorang lelaki bertanya : Berapa orang yang dibebaskan Tuhan dalam bulan Ramadhan.
Muhammad bin Abdul Wahab : Seratus ribu.
Lelaki itu bertanya lagi: Pada akhir malam bulan Ramadhan berapa.
Muhammad bin Abdul Wahab : Pada akhir bulan Ramadhan dibebaskannya Tuhan sebanyak yang telah dibebaskannya tiap-tiap malam Ramdhan (jawapan ini sesuai dengan sebuah hadis nabi)
Lelaki itu bertanya : Dari mana diambil orang Islam sebanyak itu pada hal murid kamu tidak sampai sebanyak itu.

Muhammad bin Abdul Wahab marah dan berusaha menangkap orang itu. Dari riwayat ini dapat dipetik satu hal iaitu bahawa Muhammad bin Abdul Wahab pada permulaan fatwanya banyak sekali mengkafirkan orang-orang yang tidak mahu menerima fatwanya.

Muhammad bin Abdul Wahab sejak membuka fatwanya di Durijah tidak mahu ke Makkah dan ke Madinah lagi kerana ia tidak sudi melihat orang-orang membuat maksiat di Makkah dan di Madinah, katanya.

Yang dikatakan maksiat iaitu ialah beramai-ramai pergi ziarah ke makam nabi berdoa dengan bertawassul dengan "zat" nabi berdoa dengan menghadap ke makam nabi (bukan ke qiblat) adanya kubah-kubah di atas perkuburan Mu'ala di Makkah, di Baqi'i di Madinah, di perkuburan Uhud di Madinah dan juga ditempat maulud nabi di Suq Al Leil di Makkah. Ini semua menurut Muhammad bin Abdul Wahab amalan syirik atau sekurang-kurangnya membawa kepada syirik.

Kaum Wahabi sudah dua kali menguasai Hijaz. Yang pertama pada tahun 1803M dan yang kedua pada tahun 1972 hingga sekarang.

Kami penulis buku ini ketika naik haji yang pertama pada 1 Januari 1927 iaitu setahun sesudah kaum Wahabi memasuki Makkah, kemudian selama tujuh tahun kami bermukim di Makkah dan pulang ke Indonesia pada bulan April 1933 telah melihat dengan mata kepala sendiri perlaksanaan dan praktik-praktik yang dilakukan oleh orang-orang Wahabi di Makkah dan Madinah pada ketika mereka menguasai Hijaz dalam rondaan kedua. Yang kami lihat dengan mata kepala adalah:-

1. Sekelian rakyat dilarang merokok atau merokok dengan syisya kerana merokok itu pekerjaan syaitan. Tembakau dan rokok yang terdapat di kedai-kedai dibakar semuanya.

2. Tidak boleh dan dilarang melagukan azan. Sebelum Wahabi masuk Makkah di atas ke tujuh menara Masjidil Haram bilal melakukan azan dengan lagu suara-suara yang indah.

3. Tidak boleh menyembunyikan radio, tidak boleh menyembunyikan piring hitam.

4. Tidak boleh dan dilarang keras melagukan qasidah.

5. Tidak boleh melagukan bacaan Al-Quran dengan lagu Fuqaha sebagai yang banyak kedengaran di Mesir.

6. Tidak boleh membaca kitab selawat Dalailul Khairat dan lebih-lebih lagi tidak boleh membaca Burdah iaitu qasidah Ain Tadza yang ada dalam kitab Dalailul Khairat itu kerana di dalamnya terlalu banyak memuji-muji nabi Muhammad SAW.

7. Tidak boleh mengaji sifat dua puluh sebagai yang tertulis dalam kitab-kitab Kifaiatul Awam, Matan Djauharatut Tauhid, Sanusi dan kitab-kitab Tauhid Asj'ari/kitab-kitab kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tauhid kaum Wahabi berkisar sekeliling Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhijah sahaja.

8. Imam-imam di Masjidil Haram disatukan di belakang seorang ulama mereka bernama Abu Samah sedang sebelum Wahabi datang ke Makkah Imam-Imam sembahyang di Masjidil Haram adalah empat iaitu Imam Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali. Nampaknya penguasa Makkah hendak menyatukan keempat-empat di bawah dan di belakang Imam yang menganut Mazhab Wahabi. Tetapi kadi-kadi di mahkamah syariah ketika itu masih ada kadi-kadi Maliki, Hanafi, Shafie dan Hambali.

9. Sembahyang berkaum-kaum diwajibkan. Apabila azan kedengaran maka sekumpulan askar bertebar di kota Makkah dengan tongkat rotan menyuruh orang-orang sembahyang ke masjid. Manakala ia melihat orang yang tidak pergi sembahyang berjemaah akan dipukul dengan tongkat rotan, kadang-kadang sebanyak 24 kali.

10. Kubah-kubah di atas kubur sahabat-sahabat nabi baik yang berada di Mu'ala (Makkah), di Baqi'i dan Uhud (Madinah) semuanya di runtuh dan diratakan dengan tanah. Kabarnya meruntuhkan dengan alat meriam. Tetapi kubah hijau Al Qubbatul Khadra di atas makam Nabi Muhammad SAW di masjid Madinah tidak diruntuhkan kerana sangat banyak reaksi dari kaum muslim di seluruh dunia ketika itu.

11. Kubah (bangunan besar) di atas tanah di mana nabi Muhammad SAW dilahirkan iaitu di Suq All Leil diruntuh dan didatarkan dengan tanah menggunakan meriam juga. Kemudian tempat itu dijadikan tempat menambat unta. Pada waktu yang akhir kabarnya atas desakan umat Islam seluruh dunia di atas maulud nabi itu dibangun bangunan perpustakaan.

12. Perayaan maulud nabi bulan Rabiulawal setiap tahun dilarang kerana perayaan itu bidaah.

13. Perayaan Mi'raj yang biasanya dilakukan pada malam 27 Rejab dilarang kerana hal itu bidaah.

14. Pergi dengan maksud ziarah makam nabi ke Madinah terlarang. Yang dibolehkan pergi ke Madinah dengan maksud untuk menziarahi dan sembahyang di masjid Madinah.

15. Berdoa menghadap ke makam nabi dilarang. Boleh ziarah tetapi ketika membacakan doa harus menghadap kiblat dan membelakangi makam nabi. Pada ketika ziarah harus menjauhkan diri dua meter dari besi yang melingkari makam nabi.

16. Berdoa dengan bertawassul dilarang keras, syirik. Inilah yang dapat dilihat dengan mata kepala dan didengar dengan telinga pada ketika itu. Kemudian pada tahun 1959M. kami datang lagi ke Makkah tidak dalam musim haji. Kami melihat sendiri.

17. Ada usaha hendak memindahkan/menggeser kedudukan batu makam Ibrahim kira-kira dua puluh meter ke belakang dan ada juga usaha hendak memindahkan telaga Zamzam sepuluh meter ke belakang. Kami melihat sendiri penggalian dan persiapan untuk itu. Pada tahun 1961M kami datang ke Makkah. Ternyata bahawa maksud ini tidak kesampaian, mungkin dihalang oleh dunia Islam.

18. Tempat sa'i antara Safa dan Marwah telah dilebarkan dua kali ganda. Dahulu ditaksirkan hanya seluas lapan meter tetapi sekarang sudah begitu luas dua kali ganda.

19. Amal-amal thariqat umpamanya thariqat-thariqat Naqsabandi, Qadiri Shathari, Samani dan lain-lain banyak lagi sebagai yang banyak terdapat di Mesir dilarang keras.

20. Membaca zikir "La Ilaha Illallah" bersama-sama sesudah sembahyang sebagai banyak terlihat di Indonesia dan lain-lain dunia Islam terlarang.

21. Imam tidak membaca "Bismillah" pada permulaan fatihah dan juga tidak membaca "qunut" dalam sembahyang subuh tetapi sembahyang tarawihnya dua puluh rakaat.

IKTIKAD KAUM WAHABI YANG BERTENTANGAN DENGAN IKTIKAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1. Berdoa dengan Bertawassul Syirik
Ulama-ulama Wahabi selalu menfatwakan bahawa berdoa dengan tawassul adalah syirik/haram. Hal ini tidak hairan kerana fahaman Wahabi itu adalah penerus yang fanatik dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah.

Pendirian kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam soal tawassul sudah dibentangkan dalam fasal yang terdahulu yang membicarakan fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah. Pada fasal itu telah kami kemukakan dalil-dalil Al Quran dan Hadis yang bertalian dengan tawassul itu.

2. Istighatsah Syirik
Tersebut dalam kitab karangan ulama Wahabi yang berjudul Al Hadajatus Saniah Wat Tuhfatul Wahabiyah pada muka 66.

"Barangsiapa menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib atau Mahjub perantara mereka dengan Allah kerana mereka dekat kepada Allah seperti yang banyak diperbuat orang dihadapan raja-raja, maka orang kafir, musyrik, halal darahnya dan hartanya walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadat walaupun ia sembahyang, puasa dan mendakwa dirinya muslim".

Jelas menurut buku Wahabi ini bahawa kaum Wahabi mengkafirkan sekalian orang Islam yang sudah membaca syahadat kalau orang Islam itu menjadi malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib (maksudnya Saidina Ali k.w) atau Mahjub menjadi perantara mereka dengan Allah.

Erti menjadi perantara yang dilarang itu menurut fahaman wahabi ialah beristighatsah dengan mereka. Tegasnya "Siapa yang beristighatsah menjadi syirik" Apa yang dimaksudkan dengan Istighatsah. Contohnya ialah seorang muslim datang menziarahi kubur (makam) nabi di Madinah lantas di situ ia berkata menghadapkan perbicaraan kepada nabi "Hai Rasulullah, hai Habiballah, hai penghulu kami Muhammad nabi akhir zaman, berilah kami syafaat engkau di akhirat, mintakanlah kepada Tuhan supaya kami ini selamat di dunia dan di akhirat". Inilah ucapan orang yang beristighatsah.

Cara ini syirik menurut kaum Wahabi, kerana beberapa unsur kemusyrikan iaitu:-

i. Memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati sedangkan orang itu telah menjadi bangkai.

ii. Meminta atau memohon pertolongan kepada orang mati, kepada mahluk sedangkan yang boleh dijadikan tempat memohon pertolongan itu hanyalah Allah sahaja.

iii. Menjadikan nabi itu sebagai perantara antara ia dengan Allah, padahal setiap orang Islam boleh berdoa langsung kepada Tuhan sedangkan Tuhan itu dekat kepada sekalian hambanya.

Inilah unsur-unsur kemusyrikan dalam istighatsah itu dan kerananya orang itu menjadi musyrik kalau mengerjakan ini. Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beriktikad sebagai iktikad nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Imam Abu Hassan Al Asj?ari tidak sefaham dengan Wahabi dalam soal ini.

Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat:-

i. Memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang yang telah mati boleh sahaja tidak terlarang dan bahkan dikerjakan oleh nabi dan sahabat beliau juga umat Islam diseluruh dunia.

ii. Nabi Muhammad SAW walaupun beliau sudah mati tetapi beliau hidup dalam kubur dan mendengar sekalian salam orang dan sekalian permintaan orang sebagai keadaannya sewaktu beliau hidup di dunia.

iii. Minta tolong kepada mahluk, kepada selain Allah kepada nabi dan kepada manusia boleh sahaja tidak terlarang dalam agama.

Inilah perbezaan faham yang nyata antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Wahabiyah.

Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini berdasarkan dalil-dalil di antaranya kami kemukakan dibawah ini:-

Pertama,
"Dari Anas r.a ia berkata "Pada suatu malam kaum Muslimin mendengar Rasulullah menyeru dekat telaga Badar Hai Abu Jahil bin Hisham, hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Khalaf adakah kamu menerima ganjaran seksa yang telah dijanjikan Tuhan kepadamu sekalian. Saya sudah menerima apa yang dijanjikan Tuhan kepada saya. Sahabat-sahabat ketika bertanya kepada nabi "Kenapakah tuan memanggil orang-orang yang sudah menjadi bangkai. Maka nabi menjawab "Mereka mendengar apa yang aku ucapkan melebihi dari pendengaran kamu, tetapi mereka tak berkuasa menjawabnya." (susunan Nisai, Juzuk 4 muka 110)

Terang dalam hadis ini bahawa nabi dan ada memanggil orang-orang yang sudah mati, yang sudah menjadi bangkai. Hadis ini dengan panjang lebar diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari(lihat Sahih Bukhari pada kitab Al Magazi dan Fathul Bari juzuk muka 302s/d/305).

Kejadian yang diterangkan hadis ini ialah sesudah peperangan Badar di mana banyak orang-orang kafir Quraish yang mati bergelimpangan mayatnya dalam kali Badar yang diantara namanya dipanggil oleh nabi itu. Tidak beberapa lama sesudah peperangan Badar, nabi Muhammad SAW bersama sahabat beliau datang ke kali itu dan mengucapkan perkataan yang tersebut di atas.

Apa yang dapat dipetik dari hadis ini ialah:-

i. Nabi ada memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang-orang yang telah mati.

ii. Orang-orang yang telah mati itu walaupun ia sudah mati dan dikuburkan mereka dihidupkan kembali dengan segera hidup dalam alam barzah sehingga mereka mendengar kembali seruan orang hidup yang menyerunya.

iii. Menyeru orang mati tidak terlarang, sedangkan orang kafir yang sudah mati boleh dipanggil apalagi nabi-nabi dan ulama-ulama Islam.

Kedua,
Tersebut dalam hadis Bukhari (lihat Fathul Bari, juzuk 3 halaman 449)

Dari Anas bin Malik dari nabi Muhammad SAW beliau berkata. "Hamba-hamba Tuhan apabila diletakkan dalam kuburnya dan orang-orang pengantarnya sudah mulai kembali pulang maka mayat itu mendengar bunyi kasut mereka."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ternyata dalam hadis ini bahawa orang mati itu mendengar sampai kepada bunyi kasut apalagi kalau dipanggil. Jadi adalah tidak benar fatwa sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa orang-orang mati setelah diletakkan dalam kubur tidak mendengar apa-apa lagi.

Ini adalah hadis sahih dari Imam Bukhari yang tidak diragukan lagi kesahihannya.

Ketiga,
Tersebut dalam hadis Muslim (lihat kitab Sejarah Muslim Juzuk 7 halaman 45) bahawa nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umatnya apabila mereka menziarahi kubur supaya membaca salam sebegini:-

"Salam atasmu hai penduduk kampung ini mukmin dan muslimin dan kami insyaAllah akan mengikuti kamu, kami memohon afiat untuk kami dan untuk kamu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Jelas dalam hadis ini bahawa dalam hukum syariat Islam boleh mengadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati seolah-olah kita bercakap dengan orang-orang yang masih hidup. Dalam hadis ini ada kalimah "salam untukmu kami akan mengikuti kamu" dan "kami memohon afiat untuk kami dan untuk mu". Kalau ada fatwa yang mengharamkan menghadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati maka fatwa itu bertentangan dengan hadis ini.

Keempat
Tersebut dalam hadis Bukhari (Fathul Bari juzuk 2 halaman 456 s/d 458)

Maka apabila seorang dari kamu sembahyang maka hendaklah membaca tahiyat itu untuk Allah juga sembahyang dan sekelian ucapan yang baik salam atasmu hai Nabi Muhammad SAW dan rahmat Tuhan dan berkahnya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Nyatalah dalam hadis ini bahawa setiap orang Islam dalam sembahyang lima waktu sehari semalam tetap mengucapkan salam kepada nabi Muhammad SAW dengan menghadapkan perkataan langsung iaitu ucapan "salam atas tuan hai nabi". Ini membuktikan bahawa nabi itu hidup dalam kubur dan kita boleh mengadapkan perbicaraan kepada beliau.

Kelima
Tersebut dalam hadis Abu Daud (lihat Sunan Abu Daud juzuk 3 halaman 215)

Adalah nabi Muhammad SAW apabila selesai menguburkan mayat beliau berhenti sejenak dan berkata kepada sahabat-sahabat beliau minta ampunkanlah saudaramu kerana ia sekarang sedang ditanya.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jelas dalam hadis ini bahawa orang mati itu dihidupkan dalam kuburnya dan ditanya tentang ini dan itu.

Dalil-dalil yang lima ini dapat diambil kesimpulan:

i. Memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang mati boleh sahaja. Boleh kita ucapkan "Ya Rasulullah" di hadapan makam nabi di Madinah atau ditempat lain.

ii. Orang yang sudah mati dikembalikan alat pendengar dan alat perasa oleh Tuhan kepada mereka sehingga mereka mendengar ucapan kita dan mendengar bunyi kasut di atas kubur mereka. Khusus bagi nabi-nabi, kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah mempercayai bahawa beliau hidup dalam kubur mendengar salam dan mendengar ucapan yang diucapkan kepada beliau.

Keenam
Tersebut dalam kitab Zarqani sejarah kitab Mawahibullaaduniyah pada juzuk ke 5 muka 332.

Dari Anas bin Malik bahawasanya nabi Muhammad SAW berkata "Nabi-nabi itu hidup dalam kubur mereka dan mereka sembahyang" (Imam Baihaki)

Ketujuh
Tersebut dalam Zarqani juga:-

Bahawasanya nabi Muhammad SAW berkata "Pada malam Isyrak sahaja melalui nabi Musa di Katib Ahmar, beliau berdiri sembahyang dikuburnya.
(Hadis Imam Ahmad, Muslim dan Nisai)

Menurut hadis ini nabi-nabi hidup dalam kuburnya masing-masing dan mengerjakan sembahyang. Dan khusus bagi nabi kita Muhammad SAW beliau berkata tentang diri beliau.

Kelapan,
Tersebut dalam kitab hadis

Dari Abu Hurairah beliau berkata "Berkata Rasulullah SAW pada setiap orang Islam memberi salam pada saya nescaya Tuhan mengembalikan kepada saya roh saya sehingga aku menjawab salamnya"
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, lihat Sahih Abu Daud juzuk 2 muka 218)

Berkata Imam Zarqani dalam menafsirkan hadis ini, bahawa hadis ini satu bukti bahawa nabi hidup terus menerus dalam kubur beliau kerana pada setiap saat ada orang yang selawat kepada nabi Muhammad SAW di atas dunia yang luas ini. (lihat Zarqani sejarah Mawahib juzuk 5 muka 335)

Kesembilan
Tersebut dalam kitab hadis Bukhari satu hadis yang panjang menyatakan orang-orang di Padang Mahsyar di mana mereka beramai-ramai beristighatsah minta bantuan kepada nabi-nabi untuk mohon supaya nabi-nabi memintakan kepada Allah agar segera diadakan hari hisab.

Pangkal hadis itu berbunyi
Berkata Rasulullah SAW Tuhan menghimpunkan manusia pada hari kiamat maka manusia itu berkata sesama mereka kiranya kita minta syafaat minta bantuan untuk menyampaikan permohonan kita kepada Tuhan supaya kita mendapat kesenangan maka mereka datang kepada nabi Adam dan lain-lain.

(Sahih Bukhari juzuk 4 muka 98)

Dalam hadis ini dinyatakan dengan terang bahawa orang-orang di akhirat beristighatsah (minta bantuan) kepada nabi-nabi, nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan akhirnya nabi Muhammad SAW. Sampai di akhirat manusia beristighatsah kepada nabi-nabi. Lebih jauh baca kembali hadis Tawassul dalam buku bahagian Bab Ibnu Taimiyah.

Kesepuluh
Tersebut dalam kitab Sjawahidul Haq karangan Sheikh Jusuf bin Ismail an Nabhani pada halaman 136

Dan menurut hadis yang sahih dalam satu hadis yang panjang bahawasanya kemarau menimpa manusia pada zaman Saidina Umar bin Khatab memerintah maka datang seorang lelaki ke makam nabi Muhammad SAW maka ia berkata "hai Rasulullah mintakanlah hujan untuk umatmu kerana mereka hampir binasa. Kemudian lelaki itu bermimpi kedatangan nabi dan nabi mengatakan hujan akan turun. Memang sesudah itu hujan turun. Dalam hadis itu disebut juga suruhan nabi kepada lelaki itu supaya ia menyampaikan salam nabi kepada Saidina Umar dan mengabarkan bahawa hujan akan datang.

(Sjawahidul Haq 138)

Ketika kemukakan dalil ini bukan maksudnya supaya mimpi dijadikan dalil tetapi seorang sahabat nabi di zaman khalifah ke II datang ke makam nabi beristighatsah (minta tolong)

Kesebelas,
Di dalam soal meminta pertolongan kepada lain Allah, kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa hal itu tidak apa-apa kalau kita mengiktikadkan bahawa yang menolong pada hakikatnya adalah Allah dan manusia tempat meminta tolong itu hanya sekadar pada lahir sahaja. Kita boleh meminta tolong kepada sembahyang dan kepada sabar apalagi kepada nabi Muhammad SAW.

Firman Tuhan

Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang (Al Baqarah 45)

Sabar dan sembahyang itu bukan Tuhan.

Keduabelas
Umat Islam disuruh tolong menolong dalam mengerjakan kebaikan yang bererti disuruh juga meminta pertolongan.

Firman Tuhan
Dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa (Al Maidah 3)

Sultan Iskandar Zulqarnaini yang dipuji oleh Tuhan dalam Al Quran pernah meminta tolong kepada manusia. Tuhan menyatakan hal ini dalam firmannya.

Apa yang ditetapkan oleh Tuhan buatku lebih baik (dari pemberianmu) sebab itu tolonglah saya dengan (pekerja-pekerja) yang kuat. (Al Khafi 95)

Sesudah menghuraikan dalil-dalil di atas dapat diambil kesimpulan tentang istighatsah dengan nabi sebagai berikut:-

i. Sesudah mengadap perbicaraan dan seruan kepada orang yang telah mati umpamanya katakan "Ya Rasulullah".

ii. Boleh meminta pertolongan kepada Rasulullah yang sudah mati kerana beliau itu hidup dalam kuburnya sembahyang dan berdoa.

iii. Boleh meminta pertolongan kepada mahluk kalau memerlukan pertolongan itu.

iv. Yang syirik dan kafir hanyalah menyembah mahluk atau mengiktikadkan bahawa mahluk itu Tuhan yang disembah atau manusia yang berkuasa menciptakan sesuatu seperti Allah.

Inilah iktikad kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini bertentangan dengan iktikad Ibnu Taimiyah dan Wahabi yang berpendapat bahawa meminta tolong kepada lain Allah adalah syirik dan beristighatsah iaitu meminta kepada nabi yang sudah mati adalah syirik.

Berbeza 180 darjat

Sesiapa yang hendak memperdalami soal istighatsah ini dengan lebih lanjut baca dan perhatikan kitab-kitab tersebut:-

i. Kitab "Sjawahidul Haq" karangan - allamah Sheikh Jusuf bin Ismail An Nabhani

ii. Kitab "As Shawa'iqul Ilahiyah Firaddi Ala Wahabiyah - karangan Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab, saudara kandung Muhammad bin Abdil Wahab.

iii. Gautsul "Ibad bin Bajanirrasjad" karangan Sheikh Mustafa Abu Seif Al Hamami.

iv. "Ad Aurarus Saniyah Firraddi Alal Wahabiyah" karangan Mufti Shafie Syed Ahmad Zaini Dahlan

3. Pergi Ziarah Kubur adalah Haram
Satu ciri khusus ialah mengharamkan pergi Ziarah kubur. Kalau dilakukan maka perjalanan itu dianggap maksiat yang wajib dilarang. Kaum Ahli Sunnah seluruhnya menfatwakan bahawa perjalanan ke Madinah untuk ziarah makam nabi adalah perjalanan yang dituntut oleh syariat Islam sunat mua'kad yang baik sekali untuk dikerjakan.

Kaum Wahabi sepatutnya mengatakan bahawa tidak boleh mengqasar atau menjamak sembahyang dalam perjalanan untuk ziarah kerana perjalanan itu adalah perjalanan maksiat.

Fatwa-fatwa ini pada masa sekarang sudah tinggal di atas kertas sahaja. Kaum Wahabi yang berkuasa di Makkah sekarang tidak sanggup atau tidak berani melawan umat Islam sedunia yang datang beramai-ramai ziarah makam nabi ke Madinah tiap-tiap tahun atau di luar musim haji.

Kita melihat dengan mata kepala bahawa keberangkatan orang haji ziarah ke Madinah atau kembalinya dari Madinah ke Makkah diurus oleh petugas-petugas kaum Wahabi. Jadi rasmi sudah dibolehkan.

Kaum Wahabi tahu kalau ziarah ke Madinah dilarang sebagai fatwa Muhammad bin Abdul Wahab maka umat Islam diseluruh dunia akan membantah.

Dalil-dalil kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam soal ziarah kubur ini sudah dihuraikan di dalam bab iktikad Ibnu Taimiyah. Bacalah kembali.

4. Kubah Di Atas Kubur Adalah Haram
Sejalan dengan fatwa tidak boleh menziarahi makam-makam, kaum Wahabi berpendapat bahawa membuat kubah di atas kubur adalah haram dan kerana itu semuanya harus diruntuhkan sekiranya ada. Hal ini dilaksanakan oleh mereka pada ketika memasuki Hijaz pada gelombang yang pertama tahun 1803M dan pada gelombang kedua tahun 1924. Kubah-kubah Siti Khadijah di Mu'ala Makkah dan sahabat-sahabat lain, kubah Saidina Hamzah dekat bukit Uhud, Kubah Baqi'i di Madinah semuanya diruntuhkan. Bukan sahaja kubah kubur tetapi juga kubah peringatan Maulud Nabi di Suq Al Leil juga diruntuhkan dengan meriam. Pada bekas-bekas kubur tersebut ditambatkan unta-unta seolah-olah tidak ada penghargaan langsung kepada orang-orang yang telah meninggal

Andaikata kaum Wahabi berkuasa di Indonesia sudah pasti mereka akan mendatarkan sama dengan tanah bangunan-bangunan makam ulama, makam Wali Songo, makam parajurit nasional, makam pahlawan dan semuanya akan dihapuskan dan diruntuhkan.

Seluruh dunia Islam selain yang dikuasai oleh Wahabi, kita melihat kubah ini seperti di Palestin, Iraq, Moroko, Mesir di Al Jazair, Turki (Istanbul), Afghanistan, Pakistan, Filipina, India dan Indonesia didirikan kubah-kubah di atas makam ulama atau pahlawan.

Bagi kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah menganggap kubah-kubah pada makam itu tidak apa-apa bahkan hal itu baik sekali untuk dibangun sebagai tanda bagi ulama-ulama dan auliya-auliya yang bermakam di situ sehingga memudahkan bagi orang yang hendak datang berziarah.

Di sinilah perbezaan fahaman antara kaum Wahabi dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tetapi kaum Wahabi sendiri tidak berani meruntuhkan kubah yang ada di atas makam junjungan kita nabi Muhammad SAW di Madinah kerana takut akan reaksi dunia seluruhnya,

5. Menghisap Rokok Adalah Haram Dan Syirik
Pada tahun 1927M penulis buku ini sedang berada di Makkah. Pada ketika itu ramai orang haji pergi ke Makkah. Dari Indonesia sahaja seramai 90,000 orang. Askar-askar wahabi dari Nedjdi yang bernama Guth-guth pula naik haji.

Baik ulama, askar semuanya melarang orang-orang merokok. Kalau berjumpa orang haji menghisap rokok di jalan raya lantas dipukul dengan rotan ketika itu juga dan dikatakan bahawa hal itu syirik (kafir).

Saya membaca sebuah buku kecil dari mereka yang menerangkan bahawa rokok itu adalah najis syaitan. Kemudian setelah diselidiki ternyatalah bahawa askar-askar Wahabi sebelum merebut Makkah diajar dengan pengajaran agama bahawa yang menghisap rokok adalah perbuatan syaitan sedang orang-orang yang menghisap rokok itu banyak di Makkah, menduduki kota Suci kerana itu kita harus mengalahkan mereka. Inilah pangajian menghisap rokok syirik.

Tapi lama kelamaan fatwa melarang menghisap rokok hilang sendiri sehingga pada tahun 1963M saya datang ke Makkah dan melihat bahawa di jalan-jalan raya sudah banyak orang menghisap rokok.

Rupanya fatwa kaum Wahabi tidak tahan juga.

Bagi kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah menghisap rokok itu makruh hanya kalau memudaratkan bagi tubuh barulah hukumnya haram. Kalau tidak ya tidak apa-apa. Merokok sama dengan makan buah-buahan sahaja kalau mahu boleh dan kalau tidak boleh juga. Jadi termasuk mubah (harus).

6. Kubah Maulid Nabi Diruntuhkan
Askar-askar Wahabi setelah memasuki Makkah lantas meruntuhkan kubah di atas tempat di mana nabi dilahirkan iaitu di Suq Al Leil Makkah. Tempat itu kami lihat hanya digunakan untuk menambat unta-unta. Bangunan itu dianggap oleh dunia Islam sebagai bangunan sejarah, tugu kemerdekaan yang mana setiap orang haji yang datang ke Makkah memerlukan datang melihat-lihat tempat di mana nabi dilahirkan. Memang luka hati kita melihat bahawa tempat yang mengandungi sejarah kebesaran Islam itu dijadikan tambatan unta yang seolah-olah dihinakan sahaja.

Alasan meruntuhkannya kata mereka kerana bangunan itu membawa orang kepada syirik, dikhuatiri orang Islam akan menyembah "bangunan sejarah" kerana banyak yang datang ke Makkah memegang-memegang dinding bangunan itu dan bahkan ada yang menciumnya.

Semuanya itu adalah syirik kata ulama-ulama Wahabi. Rupanya alam pemikiran kaum Wahabi ini menganggap bahawa orang haji yang datang ke Makkah itu adalah bodoh-bodoh orang yang mula-mula masuk Islam, orang yang lemah iman dan tauhidnya dan orang yang belum tahu membezakan mana yang syirik dan mana yang tauhid.

Mereka selalu khuatir sahaja kalau orang yang menziarahi kubur, bangunan yang bersejarah, tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti bukit Uhud padang Badar dan lain-lain akan menjadi syirik kerana menyembah tempat itu. Oleh yang demikian semua bangunan-bangunan itu diruntuhkan, disapu bersih dan tidak mengendahkan apakah bangunan-bangunan itu mempunyai sejarah atau tidak.

Kami yakin andaikata kaum Wahabi menguasai Mesir maka tentulah mereka akan meruntuhkan pula makam Imam Shafie, masjid-masjid dan tempat suluk ahli Thariqat yang banyak di Mesir. Begitulah fahaman Wahabi terhadap tugu-tugu dan kubah-kubah.

Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah atau katakanlah dunia Islam yang banyak tidak berfahaman begitu, mereka berpendapat bahawa pada makam nabi-nabi, auliya-auliya, ulama-ulama dan orang yang mati syahid lebih baik dibinakan kubahnya sehingga mudah diketahui oleh orang yang hendak datang ziarah, sebagai keadaannya dengan "Kubbatul Khadra"(Kubah Hijau) pada makam Saidina Muhammad SAW di kota Madinah.

Kaum Ahli Sunnah yakin bahawa pada masa ini orang Islam sudah kuat imannya, tauhidnya dan mengerti hukum-hukum agama sehingga tidak akan ada orang lagi yang akan menyembah batu, tugu dan kubur. Kita tidak boleh menganggap terlalu rendah pada tauhid umat Islam.

Orang-orang haji yang datang ke Makkah pada waktu sekarang sudah banyak ulama-ulama, kaum cerdik pandai, ahli fiqih dan ahli sejarah dan intelektual tidak perlu begitu dikhuatiri oleh kaum Wahabi. Mungkin ilmu agamanya sudah banyak dan melebihi dari kaum Wahabi.

7. Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah
Kaum Wahabi melarang orang-orang mengaji sifat Dua Puluh sedang hal ini dianjurkan oleh kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka menciptakan satu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada dari dulu, baik pada zaman nabi Muhammad SAW atau pada zaman sahabat-sahabat beliau.

Pengajian baru ini ialah apa yang dinamakan oleh mereka dengan Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah.

i. Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir, orang musyrik yang menyembah berhala atau dengan kata lain tauhidnya orang syirik.

ii. Tauhid Uluhiyah iaitu tauhidnya orang mukmin, orang Islam serupa iman dan Islamnya kaum Wahabi.

Mereka mengatakan bahawa dalam Al-Quran tersebut:-

"Katakanlah (Hai Muhammad) kepunyaan siapakah langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui?". Mereka akan menjawab "Kepunyaan Allah. Katakan lagi kepada mereka "Mengapa kamu tidak mengambil pengertian"
(Al Mukminun ayat 84 ? 85)

Dengan ayat ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang-orang kafir yang menyembah berhala percaya juga kepada adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana mereka menyembah berhala disamping pengakuannya kepada adanya Tuhan.

Dalil yang lain yang biasa dimajukan mereka:-

Dan kalau engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab Allah. Maka bagaimana kamu berputar dari kebenarannya.

(Ankabut ayat 61)

Kaum Wahabi mengatakan orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah lain Allah.

Kesimpulannya mereka berkata ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah lain Tuhan. Ini dinamakan Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang yang mempersekutukan Tuhan. Adapun Tauhid Uluhiyah menurut mereka ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Tuhan. Inilah tauhid orang mukmin sejati. Demikian pengajian kaum Wahabi.

Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu dan tidak pernah disebut oleh kaum Ahli Sunnah, kaum Mu'tazilah dan Syiah. Pengajian seperti ini khusus bagi kaum Wahabi.

Hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan dinamakan kaum tauhid. Adakah sahabat-sahabat nabi dari dahulu menamakan orang musyrik dengan umat tauhid. Tidak ada Syirik dan tauhid tidak boleh disatukan. Hal ini dua perkara yang berlawanan. Bolehkah bersatu siang dan malam, bolehkah bersatu dua yang bertentangan.

Kaum Wahabi menciptakan pengajaran baru ini ialah dengan maksud untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi makam nabi ke Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul, orang-orang yang meminta syafaat nabi serupa dengan orang kafir yang bertauhid rububiyah. Keterlaluan fahaman Wahabi ini.

Orang-orang yang datang ziarahi ke Madinah itu bukanlah menyembah nabi tetapi pada hakikatnya hanya menghormati nabi dan memuliakan nabi. Apakah tidak boleh menurut hukum syariat Islam menghormati atau memuliakan nabi walau pun beliau telah meninggal. Orang-orang yang ziarahi ke makam nabi bukanlah menyembah kepada nabi, bukan berlutut kepada nabi, hanya semata-mata ziarah ke makam nabi, iaitu nabi yang membawa panji-panji Tauhid yang membebaskan manusia dari syirik.

Dengan ziarah ke makam nabi Muhammad SAW akan bertambahlah tauhid kita, bertambah kasih sayang kita kepada nabi yang membawa tauhid, bertambah tinggi semangat ke Islamiah kita, bertambah kuat semangat juang kita untuk menegakkan agama Islam, agama tauhid ini.

Dengan memberi salam berhadap-hadapan ketika ziarah ke makam nabi, seolah-olah kita sudah bercakap-cakap dengan beliau pada ketika hidupnya.

Kita mengatakan ketika itu:-
Salam untuk tuan hai nabi rasul yang besar, penyantun dan penyayang rahmat Tuhan dan berkahnya atas tuan.

Apakah dengan mengucapkan salam serupa ini kita menjadi syirik, apakah nabi Muhammad SAW itu tidak seorang rasul besar yang penyantun dan penyayang? Kita bercakap-cakap dengan nabi, kita berhadapan dengan nabi, seolah-olah beliau hidup di muka kita. Alangkah enaknya, alangkah lazatnya ketika itu? Hanya orang yang dalam imannya kepada Allah dan Rasul yang dapat merasakan lazatnya.

Ini tidak dirasakan oleh kaum Wahabi, yang tidak menghormati sama sekali orang-orang yang sudah mati walaupun wali-wali atau nabi-nabi.

Tulisan "Traditional Islam In The Modern World" membezakan golongan "Traditional" dan "Fundamental". Fahaman Wahabi termasuk pada golongan "Fundamentalist". Petikan dari buku "Iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah" yang dikarang oleh K.H Siradjuddin Abbas.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts