Paklah dah kena TULAH...sape lagi yang berhajat? @NajibRazak @ahmadmaslan @tengkuadnanreal


Dibawah adalah makna KETULAHAN mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4.Rujuk link dibawah....


TULAH : kemalangan yg menimpa kerana me­langgar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kece­la­kaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengu­tuki (menyumpahi dll) orang supaya men­dapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah: baginda telah ~ pd raja Melaka kerana yg sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kpd raja China.

Malam ini aku ulangtayang kisah yang berlaku 14 tahun lalu (tahun 2000) yang melibatkan syarikat Elegant Advisory SB yang berurus niaga dengan Paklah atau "wakil" Paklah waktu itu.Kisah berakhir dengan Paklah (baca UMNO) gagal/enggan melunaskan HUTANG yang berjumlah RM250 Juta untuk kerja kerja pembekalan PRU11 2004 kepada syarikat EASB hingga kesaat ini.


Baca penghakimannya disini http://www.thesundaily.my/node/139108


Aku adalah (bekas) PENGARAH URUSAN Elegant Advisory Sdn Bhd yang bertanggung jawap untuk projek ini dari peringkat perancangan awal 4 tahun sebelum PRU11 2004 sehinggalah dengan jayanya delivered semua keperluan BN/UMNO waktu itu.

FAST FOWARD ketahun 2014...

Selepas 14 tahun berlalu aku sudah boleh menerima ketentuan Ilahi yang mungkin wang RM218 Juta + Interest selama 10 tahun ini mungkin ditakdirkan Allah Taala bukan milik dan rezeki aku beserta RIBUAN lagi nyawa nyawa yang terlibat dengan projek ini secara langsung atau tidak langsung.Perlu diingat ratusan individu terlibat untuk projek besar ini secara langsung dan ribuan lagi yang terlibat secara tidak langsung..iaitu ahli keluarga mereka masing masing.

Hampir kesemua SUB KONTRAKTOR yang terlibat dalam projek ini kini telah MUFLIS.Ada dikalangan mereka (yang bukan Islam) yang telah MEMBUNUH DIRI kerana bebanan hutang dan tidak sanggup menanggung malu.Aku pun dah lost count...tapi kali terakhir (4 tahun lalu) aku kira,tidak kurang dari 32 orang yang berurusan secara langsung dengan aku dan aku kenal sangat telah MENINGGAL DUNIA dan meninggalkan BALU BALU BERSAMA RATUSAN ANAK ANAK YATIM.

* Inilah sebabnya aku selalu mengingatkan Paklah dan Najib agar mengembalikan hak anak anak yatim ini sehinggalah aku berhenti menyeru sejak 2 tahun lalu...

Sebaik sahaja tamat PRU11 2004 dan bila mendapati Paklah (baca Umno) seakan enggan membayar dan berdolak dalih,maka kepada Allah Taala aku berserah dan memohon pertolongan untuk dilembutkan hati Paklah.

Sepanjang 2 tahun lebih 2004-2006,tidak kurang dari 20 PESANTREN di Indonesia bersama penghuninya melakukan Solat Hajat,Zikir Munajat dan Doa atas permintaan aku.Ini usaha terakhir yang terpaksa aku lakukan setelah gagal berurusan dengan MANUSIA MANUSIA UMNO yang memegang kuasa dan merasa mereka berkuasa.Kebetulan memang beberapa orang Sub Kontraktor aku rajin berulang alik kebeberapa Pesantren disana.

Dipendekan cerita....

PRU12 2008 menyaksikan BN/UMNO/PAKLAH kalah "separuh menungging" setelah MENANG BESAR dalam PRU11 2004....aku tersenyum..

Tahun 2009..Paklah terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menterinya setelah didesak rakyat dan menjadikan ianya SEJARAH HITAM PERTAMA dalam sejarah pemerintahan Perdana Menteri di Malaysia.Sejauh mana kaitanya dengan doa dan zikir dari anak anak yatim dan orang teraniaya aku tak pasti...Yang aku pasti DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJABNYA DISISI ALLAH TAALA..Waallahu'alam.

PRU13 2013 dibawah Perdana Menteri baru DS Najib pun prestasi BN/UMNO tidak mendatangkan syahwat yang diidamkan dan tidak banyak bezanya dengan prestasi Paklah sebelum ini..

Walaupun begitu...

Banyak kejadian kejadian KELAS UNPRECEDENTED (pinjam ayat Hishamuddin) telah pun berlaku dalam era pemerintahan DS Najib dan akan terus berlaku,antaranya Kes Lahad Datu dan Misteri Kehilangan MH370...


Mohon terasa ya sape gak jadi PM selepas Paklah..

KES KES UNPRECEDENTED ini membuatkan aku berfikir...apakah KETULAHAN PAKLAH kini mula menjangkiti DS Najib dan akan terus menjangkiti pemimpin pemimpin lain selepas beliau?

Mungkin iya dan mungkin juga tidak...tapi perlu diingat...

DOA SIAPA AGAKNYA LEBIH MAKBUL DISISI ALLAH TAALA?

DOA ANAK ANAK YATIM INI ATAU PENYAMUN PENYAMUN TARBUS?

Kah Kah Kah...aku sudah lama melupakan episod ini,tapi mesti diingat setiap keluhan..setiap kesusahan..setiap perit jerih anak anak yatim ini bersama ibu mereka (jika ibu mereka masih ada lagi..jika tiada maka mereka kini yatim piatu) menjalani kehidupan harian mereka ADALAH DOA UNTUK SANG PENGANIAYA...

Ada sesiapa yang berani menyanggah KEKUASAAN ALLAH TAALA?

Over to you Umno and whoever....hik hik hik


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts