Walaupun mengikuti rombongan Perdana Menteri atas urusan lain,kesempatan yang ada dimanafaatkan Menteri MOA DS Ismail Sabri Yaakob untuk memertai dua Perjanjian Persafahaman dengan Filipina sebelum ini dan terbaru negara Veitnam dalam hubungan dua hala yang melibatkan Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sikap begini haruslah dipuji dan harus dicontohi Menteri Menteri yang lain bila berkesempatan mengikuti rombongan Perdana Menteri walaupun bukan berbentuk lawatan resmi perdagangan.Jangan asyik duk mengekor bontot PM sekadar pergi makan angin dan shopping je...
Dalam lawatan itu juga DS Ismail Sabri sempat menyentuh langkah langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan pengeluaran beras negara mampu mencapai tahap optima saperti yang dilaporkan Bernama dibawah ini :
HANOI – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan optimis sasaran untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa program penanaman padi.
Pada masa ini sebanyak 30 peratus keperluan beras negara masih ditampung menerusi import, dan Vietnam merupakan negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, iaitu sebanyak 658,120 tan metrik beras dengan nilai RM812 juta pada tahun lepas, katanya.
Beliau berkata demikian kepada kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Cao Duc Phat.
Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.
Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran
teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.
Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.
“Walaupun kita ke arah sara diri (mengeluarkan beras untuk kegunaan sendiri sepenuhnya) tetapi dari segi import beras tidak menunjukkan pengurangan, misalnya pada 2012 jumlah import beras kita adalah 983,000 metrik tan tetapi pada 2013 meningkat kepada 1.1 juta metrik tan.
“Ini satu trend yang tidak memberangsangkan kerana sepatutnya jika kita ke arah sara diri kita mesti ada penurunan setiap tahun dari segi import beras ini,” katanya .
Beliau berkata walau bagaimanapun dengan pelaksanaan program berkaitan penanaman padi, selain menggalakkan petani menjalankan penanaman secara efisen diharapkan dapat mengurangkan pengimportan beras dari luar negara.
Katanya, selain itu kementerian itu telah memperkenalkan benih padi yang lebih bermutu tinggi untuk diusahakan petani, serta mencari kaedah mengurangkan kerugian petani selepas penuaian. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment