Bila nyawa anda atas ihsan taiko...


Kisah berlaku dalam sebuah negera ntah dimana tapi dalam garisan lintang Khatulistiwa.

Alkisah negara ini bernama JibGorgia yang diperintah oleh seorang Mamak Bendahari (jantina tak pasti) yang tidak dapat dipastikan susur galur keturunannya sama ada berbangsa Mala atau Lanco.Dalam kerajaan Mamak Bendahari ini pula ramai Memanda Mentera yang dilantik untuk memenuhi kabinet dapurnya walau negara JibGorgia ini cuma sekangkang jalang luasnya.Maka ramailah para mentera yang makan gaji buta tak buat kerja walaupun kebanyakan mereka memang rajin "turun padang"...bukan turun padang bertemu rakyat jelata tapi turun kepadang dimana permainan peninggalan orang putih yang pernah menjajah tok moyang mereka dimainkan.


Permainan yang memerlukan beberapa orang pemain separuh gila memukul bola kecil kedalam semak dan belukar kemudiannya mencari bola tersebut dan bila jumpa akan dipukul semula.Permainan yang masih menjadi tanda tanya kepada keturunan burung gagak yang selalu hinggap dipokok tempat mereka bermain yang sehingga kini tidak difahami oleh gagak gagak ini.Ada masanya pemain pemain ini akan bermain 18 lubang dan selalunya mereka akan bermain 36 lubang.Pemain hanya akan berhenti bermain bila sampai kelubang 37...yang juga dikenali sebagai LUBANG KUBUR.Bila berjaya masuk lubang ke-37 maka permainan mereka akan tamat.

Okay kembali kepada cerita pokok kita...

Dalam ramai ramai Memanda Mentera terdapat seorang memanda mentera yang bersikap agak "gedebe" dari yang lain.Memanda gedebe ini pernah dilantik menjaga Kementeraan Kanun Negara tapi bila Mamak Bendahara melakukan ubah suai "kabinet dapur" baru baru ini maka jawatan di Kementeraan Pelencungan diserahkan kepada memanda gedebe ini.Maka sibuklah dia dengan tugas lencung melencung dia ditempat yang baru termasuk melantik anakanda sendiri Hang Nadam untuk menolong dia menguatkan lencungan.

Bercakap pasal anakanda memanda gedebe ini tidak banyak yang diketahui tentang sejarah dan latarbelakang dia kecuali dia mewarisi SIKAP GEDEBE ayahnya yang menjadi bualan rakyat jelata selama ini.Bak kata perpatah Jawa..."Like father like son of the gun"..he he he.Cuma ada juga khabar angin mengatakan dia bukan berasal dari "ibupejabat" tapi anak kepada "cawangan" yang dikatakan berasal dari "penari istana".Maka atas sebab itu jugalah maka ibu kepada Hang Nadam ini tidak pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai oleh sibapa.Maka segala kehendak dan kemahuan Hang Nadam pasti akan dituruti oleh memanda gedebe ini tanpa dibantah.Maka jadilah perangai Hang Nadam bagai Anak ku Sazali dalam filem arahan Steven Spielberg dari Jalan Ampas.Beraja dimata bersultan dihati...ikut suka hati emak tiri dia nak buat apa.


Suatu hari Hang Nadam bersama lima sahabat dia Hang Tuah,Jebat,Lekir,Kasturi dan Lekiu sedang bermain sepak raga bulatan di Pasar Seni.Sambil bermain mereka menogok air tapai yang dah bertukar menjadi tuak sambil diselang selikan dengan air ketum rebusan Dang Wangi (macam nama IPD lah pulak).Kerana terlalu banyak menogok air tapai dan air daun ketum Hang Nadam merasakan dirinya macam kena sumpahan ibu si Tanggang....stone je semacam....kepala rasa ringan telinga rasa nipis.


Walaupun begitu mereka berenam terus bermain sepak raga bulatan dalam keadaan stone maksima tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang disekeliling mereka.Tiba tiba..."Adusssss",Hang Nadam menjerit kesakitan dan baseball cap putih yang dipakainya mula bertukar menjadi warna merah akibat darah yang mula mengalir dari kepalanya.Lima sahabat Hang Nadam mula panik dan mencari gerangan siapakah yang mengakibatkan kecederaan dikepala Hang Nadam itu.

Tiba tiba mereka melihat seorang anak Cina cuba melarikan diri maka dikejar oleh mereka berlima hingga anak Cina itu berjaya mereka tangkap.Lalu dibawa anak Cina itu mengadap Hang Nadam untuk dipersoalkan tindakan dia mencederakan kepala Hang Nadam.

"Lu apa nama?..",tengking Hang Jebat

" Aaar...aarrr....",terketar anak Cina tu nak menjawap.

" Apa aarrr...aaarrrr..cakap lu apa nama..?",gertak Hang Lekir pula.

" Wa namaaa..waaa..nama Kang..",jawap anak Cina itu ketakutan.

" Apa pasal lu punya nama banyak pendek?..Lu takda Christian name ka..?",Hang Tuah mula mencelah.

BERSAMBUNG NANTI...








6 comments:

Anak Kota said...

aku kesian dekat pemohon2 di laman web SPA yang memohon jawatan pembantu khas nie..bayangkan kerajaan mmg dah sediakan peruntukan jawatan ini tetapi diberi kpd orang yg tidak setarafnya..sbb gaji utk pembantu khas ni mmg utk jawatan khas ni jer(bkn tamak tapi mmg layak utk mereka yg menjawat jawatan ni)..si Nazri gaji nadim tak bayar pakai duit kerajaan kan?..bagaimana pula layanan yg sepatutnya utk penyandang jawatan utk majlis kerajaan@keraian yang lain?..tak nadim duduk jauh je...respectlah sikit mereka yg dah lama berada dalam kerajaan..jgn sbb mangkok sekor ni rosak organisasi jabatan yg lain?..tak caya tgk lah dalam 2 tahun nie..

Anonymous said...

yeah..lets party babe!!waa...ANAK BAPAK!!keke

Anonymous said...

Lu orang percaye ke binawe sekor nie kata anak nyer kerja tanpa gaji.jika benar tak perlu ler namakan anakonde nyer pegawai khas.cukup ler taruh besar besar sign name anakonde nyer di pintu pejabat bilik khidmat masyarakat di Padang Rengas.apehal plak nak dinamakan anakobde nyer di kementerian plak.gedebe penipu besaq nie kaki kencing woooo.mulut longkang betui gedebe penipu nie.

Anonymous said...

nazri najis mulut sial!

dasar melayu haprak kurang ajar!

Anonymous said...

mulut longkang macam nazri monyet nih pun boleh jadi menteri ke?

apa yang hebat sangat dengan monyet botak nih?

setakat hebat mulut bercakap macam sampah pun boleh jadi menteri ke?

banyak lagi kot orang umno yang lebih berwibawa dari monyey tua nih kot boleh diangkat jadi menteri

Anonymous said...

bapak mulut burit, anak kaki keletit..

bapak kaki kangkang, anak kaki tunggang!

malaysia boleh!

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts