Ini pesanan khas buat @NajibRazak & The Gang dalam kabinet...


Dont look so sad Ah Jib Gor...just do it !

Sejak beberapa hari lalu blog ini kerap mempaparkan permasaalahan sebenar yang menghantui KAUM CINA yang mendiami negara ini sejak sekian lama.Beberapa kupasan menarik dari sahabat sahabat blogger dan facebooker aku siarkan disini terutama dari seorang anak muda berbangsa Cina bernama Tai Zee Kin yang begitu memahami dilema yang dihadapi oleh kaumnya sendiri.Bukan aku menyokong pendapatnya kerana dia nampak sendeng kearah kita tapi kerana analisa yang dilakukan Tai Zee Kin padat dengan fakta sejarah dan budaya Cina yang majoriti orang Cina dinegara ini sendiri tidak tahu ataupun tidak faham.

Jadi aku tinggalkan sementara aktiviti mengetuk "kepala kepala biul orang Cina" ini dan kali ini aku nak menyekel "kepala kepala bengong" pemimpin aku sendiri iaitu PEMIMPIN MELAYU UMNO terutamanya Najib Razak dan Geng Geng yang baru dilantiknya kedalam kabinet.

YAB DS Najib...

Masanya telah tiba untuk anda BERANI melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah berani dilakukan mana mana Perdana Menteri terdahulu atas nama kesepakatan kaum yang tinggal dibumi bertuah bernama Malaysia ini.Mungkin atas sebab ingin menjaga hati dan menagih undi kaum Cina untuk menyokong kerajaan dalam Pilihanraya maka tiada keberanian langsung Perdana Menteri Perdana Menteri sebelum ini untuk mengubah kepincangan yang telah begitu lama dibiarkan berlaku dalam Sistem Persekolahan yang ada hari ini.

Ya,saya bercakap pasal sistem VERNAKULAR yang diamalkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan lagi.Sistem Persekolahan yang sudah berakar berumbi yang membantutkan matlamat negara untuk mengwujudkan INTERGRASI KAUM selama ini.Sistem yang terus terusan merenggangkan hubungan antara kaum dari peringkat kanak kanak lagi bila mereka dipisah pisahkan dengan beberapa sistem persekolahan SK.SJKC dan SJKT.Tidak terdapat mana mana negara didunia yang MEMBENARKAN dan MENGAMALKAN sistem persekolahan begini dan ianya hanya wujud di Malaysia.

Perlembagaan memperuntukan HAK untuk kaum Cina dan kaum India mempelajari bahasa ibunda masing masing,TETAPI Perlembagaan tidak memberi HAK kepada mereka untuk mengamalkan Sistem Persekolahan/Pembelajaran menggunakan bahasa ibunda masing dan itu amat jelas.Mungkin diperingkat awal bila Allahyarham Tunku menutup sebelah mata dan membiarkan kewujudan sekolah sekolah Cina ini ianya mengambil-kira keinginan imigran awal Cina untuk kembali ke Tanah Besar Cina lantas beliau membiarkan mereka untuk menerapkan nilai pembelajaran dan budaya yang berpaksikan negara asal mereka.

Tetapi bila Jepun menawan Tanah Besar China dan kemudiannya berlaku Perang Saudara diantara Parti  Komunis dan Nasionalis yang diketuai Chiang Kai Sek yang menyaksikan Parti Komunis menang,maka TERTUTUPLAH pintu untuk Tok Moyang kaum Cina yang ada di negara kita hari ini untuk kembali ke tanah air mereka,MAKA negara inilah tempat persinggahan terakhir mereka sehingga mereka mati.Maka terkuburlah segala IMPIAN mereka untuk menyaksikan anak cucu mereka dapat kembali ke Tanah Besar China.

Tetapi,amat malang sekali bilamana segala yang mereka lakukan untuk persediaan mereka dan anak cucu mereka untuk kembali ke Tanah Besar China tidak terhenti bersama impian dan kematian mereka bahkan diteruskan hingga kehari ini.Anak cucu mereka yang mendiami negara ini dan mengaku sebagai Rakyat Malaysia masih lagi menjalankan kehidupan WARISAN Tok Moyang mereka yang berpaksikan negara asal mereka sedangkan REALITI nya itu semua sudah tidak wujud lagi.Suka atau tidak inilah negara tempat kelahiran mereka dan disinilah juga tempat mereka akan mati dan dikuburkan nanti.Tetapi dengan KEBEBALAN yang sengaja atau tidak disengajakan mereka mahu terus mendakap warisan tok moyang mereka dan mengekalkan sistem persekolahan dan amalan budaya yang amat bercanggah dengan semangat patriotisme negara Melayu ini.

Pemimpin pemimpin Melayu Umno juga wajib dipersalahkan dalam soal ini kerana membiarkan perkara ini berlaku begitu lama atas kepentingan politik mereka.Sokongan yang mereka rasakan IKLAS yang diberikan kaum ini selama ini mereka telan bulat bulat tanpa ada rasa syak sedikit pun.Rupanya sokongan kaum ini bermotif dan beragendakan perjuangan bangsa mereka sendiri dengan sifat CAUVINIS yang tersembunyi yang hanya diperlihatkan secara terang terangan dalam PRU13 yang baru lalu.Hanya nasib yang menyebelahi Kerajaan BN pimpinan Melayu ini bila mereka masih mampu bertahan atas sokongan pengundi Melayu sendiri.Ini jelas dibayangkan oleh DS Najib dalam ucapan kemenangan Barisan Nasional pada malam 5hb Mei dengan merujuk apa yang berlaku sebagai "Tsunami Cina".

HIKMAH dari apa yang berlaku dalam PRU13 sewajarnya telah membuka mata Pemimpin Melayu Umno untuk melakukan perkara yang betul demi kelangsungan survival Bangsa Melayu dengan mengambil kira kaum kaum lain yang turut menjadi rakyat negara ini.Tiada lagi keperluan untuk Pemimpin Melayu Umno mengambil hati kaum Cina secara berlebihan semata mata untuk mendapatkan SOKONGAN mereka kerana walau BERBILLION wang yang ditaburkan,mereka tetap mahu bermain SANDIWARA CINA...dan ini amat jelas.Bukti PRU13 amat jelas...kaum ini secara beramai ramai cuba menjatuhkan KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN MELAYU dipeti undi kerana menyangkakan akan berlaku apa yang diharap mereka sebagai THE MALAYSIAN SPRING.Tapi ianya tidak terjadi dan tubuh MUSANG yang selama ini diselindungkan dengan bulu bulu ayam kini bertaburan dan menampakan susuk tubuh MUSANG mereka yang sebenar disebalik wajah ayam yang ditonjolkan selama ini.

Tiada lagi kompromi...

YAB DS NAJIB..

Anda WAJIB berani!

Dengan mula mula MEMANSUHKAN semua Sistem Sekolah Vernakular yang merupakan tempat awal dimana bibit bibit kebencian terhadap Bangsa Melayu dan Kerajaan disemai dan mengwujudkan satu sistem persekolahan yang WAJIB diterima semua kaum yang memanggil diri mereka RAKYAT MALAYSIA.Wujudkan kembali English Medium untuk mereka yang tidak mahu menghantar anak anak mereka ke Sekolah Kebangsaan.Dengan ini bukan sahaja masaalah POLARASI kaum dapat diatasi diperingkat awal bahkan penguasaan Bahasa Inggeris oleh anak anak Melayu juga dapat diperkasakan untuk bersaing diperingkat nasional mahupun global.

Dato Seri...anda tiada pilihan lain!

JIKA INI GAGAL ANDA LAKUKAN,TAK USAH SEMBANG BAB LAIN LAH !



0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts