Timbalan Ketua Tuan Hj.Aziz Derus yang kerap
dilihat duduk jauh dibelakang.
Khabar angin bertiup kencang dalam Umno Bahagian Ampang yang kononnya tiada satu
pun calun yang dianjurkan Umno Bahagian Ampang kepada @NajibRazak diterima untuk
menjadi calun PRU13 nanti di dua Dun dan satu Parlimen yang bakal ditandingi
Barisan Nasional.
Sejauh mana kebenaran "khabar angin" ini tidak dapat dipastikan lagi tapi ianya disahkan
oleh sumber sumber yang amat rapat dengan Noh Omar petang kelmarin selepas parlimen dibubarkan.Dikhabarkan seorang calun datang dari sebuah NGO(yang boleh dikira diterima pengundi Ampang) dan dua orang "paratroopers" yang menjadi pilhan @NajibRazak.
"Paratrooper" dari Baling?
Dato Aziz Putera jangan seronok dulu..
Dato Aziz Putera jangan seronok dulu..
dari Baling iaitu Mashitah Ibrahim dan seorang pemimpin tempatan spesis
Zaman Jurassic yang juga orang kuat JASA Fuad Hassan yang dah dikira
masuk "tarikh luput".
Lebih baik kekal dan perkuatkan JASA
dari menyibuk di Ampang.
Aku yang kerap menghadhiri program program anjuran Umno/BN ataupun NGO "mesra BN"
disini sejak kebelakangan ini dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila kelihatan pemimpin pemimpin kanan Umno Bahagian Ampang saperti hilang semangat dan selalu saja
mengambil "tempat duduk dibelakang" saperti lain lain hadhirin.Dari raut wajah mereka
terbayang "kekecewaan" yang jelas walaupun cuba disorokan.Cuma Dato Ismail Kijo sahaja
selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi BN Ampang yang "terpaksa" buat buat bodoh untuk tidak memperlihatkan kekecewaan AJK dan Ahli Umno bahagian pimpinan beliau.
Apa yang bermain difikiran Ketua Pemuda Safarizul
hanya dia yang memahaminya..
Naib Ketua Sheikh Azieman yang begitu kuat bekerja
saperti dapat membaca isyarat terbaru...
Dia hilang dipertengahan program...
Jadi suka aku menyarankan kepada @NajibRazak agar "bertindak cerdik" dalam meletakkan
siapa juga "calun boleh menang" untuk 3 kerusi di Ampang kelak dengan mengambil kira
sentimen kepimpinan dan ahli ahli Umno yang ada.Kegagalan @NajibRazak melakukan
perkara yang BETUL hanya akan membantutkan cita cita Barisan Nasional untuk
merampas kembali 3 kerusi yang mereka kalah dalam PRU lalu dan seterusnya merampas
Selangor dari Pakatan Rakyat.
Dato Ismail Kijo selaku kepala terpaksa
buat buat bodoh...
Dr.Rozaidah dah mula tak kelihatan di program.Apakah pencatur
dipusat berani mengambil risiko untuk mengusik perasaan
Jentera Wanita Umno Ampang?
Persoalan yang bermain dikepala setiap ahli Umno di Ampang ini adalah...
"Apakah tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang layak (winnable) untuk
dipertarungkan untuk PRU13 nanti...?"
Jika benar saperti "khabar angin" yang sedang bertiup kencang ketika ini,maka
"pilihan Najib" ibarat PENGHINAAN kepada kewibaan setiap ahli
Umno Bahagian Ampang dan seolah olah melemparkan keseluruhan Umno Ampang
yang wujud sekian lama kedalam longkang!Itulah luahan seorang sahabat AJK Bahagian
kepada aku petang kelmarin.
Aku tiada apa apa kepentingan dalam politik Ampang.Aku cuma mahu BN merampas
kembali 3 kerusi yang kita kalah dulu dan mengembalikan MARUAH kami yang
telah hilang selama ini...itu saja.Tapi kalau percaturan @NajibRazak macam "haramja"
dan bakal mencetuskan perpecahan dikalangan Jentera Parti Ampang...maka harapan kini
bakal menjadi hanya suam suam telor dalam seluar dalam.
Pastinya Azmin Ali dan Zuraidah Mak Lampir akan tersenyum girang bila "khabar angin"
ini menjadi kenyataan....
So @NajibRazak bila depan Kaabah....tolong fikir.
P/S : Bukan kita tak mahu sokong calun Winnable NajibRazak,tapi kalau tak ada
seputik pun calun yang datang dari Umno Bahagian Ampang....JADAH APA?
Dengar kata ada "winnable" yang mesra dengan Datin Seri ya?