Bukan aku nak tolong Pakatan Rakyat kasi tumbangkan calun BN di Parlimen Shah Alam
tapi nak defend macamana calun macam ini.Ramai yang menyangka kenyataan Zul Nordin
yang dikatakan menghina masyarakat India tu berlaku 10 tahun lalu semasa dia masih
didalam Pas termasuk PM dan TPM kita bila ditanyakan atau membuat kenyataan
membela Zul Nordin.
Tapi berapa ramai yang tahu yang Zul Nordin terus terusan menghambur kata kata yang
hampir sama dengan "penghinaan" dalam roadshow dia sebelum ini.Aku pun kerap
mengikuti roadshow beliau dan banyak merakamkan video saperti dibawah.Memanglah
tujuan dia baik untuk menyangkal ketaksuban orang Melayu Pas dan PKR yang gila
mempercayai mendiang PI Bala yang bersumpah atas Kitab Agama dia tapi harus juga
diambilkira pentas dimana kenyataan sebegitu mahu dibuat kerana kita hidup dalam
masyarakat majmuk yang saling menghormati sentimen beragama masing masing.
Persoalannya...
Atas nasihat siapa beliau dicalunkan untuk kerusi sepenting kerusi Parlimen Shah
Alam ini?