Pengendali stesen Petronas Bkt Antarabangsa macam siye...@NajibRazak


Ingat lagi artikel aku semalam pasal "Ops Subuh" sabotaj apa saja banner berkaitan program berkaitan Umno dan BN di Bukit Antarabangsa sejak sekian lama DISINI?Banner dibawah adalah satu satunya banner terakhir yang masih tinggal semalam yang digantung dipagar belakang Stesen Minyak Petronas Bukit Antarabangsa dan dalam kawasan Cravencafe.Tak sampai 4 jam banner ini digantung ianya telah HILANG sekembalinya kami ke Cravencafe lebih kurang jam 11:30 malam semalam.Difahamkan kakitangan stesen Petronas ini telah menurunkan banner ini atas ARAHAN boss mereka pengendali setesen minyak ini.Okaylah,tak boleh nak salahkan bangla bangla pekerja stesen ini sebab mereka pun menerima arahan BOSS mereka.

Tapi....


Sekejap ada ......sekejap tak ada




Perangai buruk PENGENDALI STESEN MINYAK PETRONAS BUKIT ANTARABANGSA ini sudah terlalu lama dibiarkan bermaharaja lela tanpa confrontation dari ahli Umno disini sejak kempen PRU12 2008 lagi.Untuk pengetahuan pembaca,kedua SUAMI-ISTERI pengendali stesen ini dikatakan AHLI DAN PENYOKONG TOTOK PAS.Jadi dengan menggunakan "PERATURAN" yang kononnya disyaratkan oleh Petronas Dagang Sdn Bhd yang mengendalikan semua premis stesen minyak Petronas dalam negara,mereka(suami isteri ini) dengan angkuh senantiasa akan menurunkan banner,poster dan apa saja yang berkaitan Umno dan BN sejak kempen PRU12 2008 lagi sehingga hari ini.Kalau ia pun memang disyaratkan semua premis Stesen Minyak Petronas tidak boleh digantung apa apa material berhubung politik,tapi kenalah guna BUDI-BICARA sikit dalam situasi tempatan Bukit Antarabangsa ini.

Walaupun ramai yang menyangka kawasan Bukit Antarabangsa ini kawasan elitis tapi ianya lebih merupakan "kawasan kampung Melayu moden pinggir bandar" dimana majoriti yang tinggal disini adalah orang Melayu.Hampir semua penduduk yang bersidai dikedai kedai kopi atau mundar mandir dikawasan pusat bandar(taklah besar mana pun) yang menyediakan berbagai kemudahan saling mengenali antara satu sama lain...tak ubah saperti suasana kampung.Jadi satu satunya stesen minyak Petronas yang ada disini walau se GAH mana diluar sana tapi ianya tidak lebih dari "stesen minyak kampung"(macam kat tanah rancangan Felda) yang hanya digunakan masyarakat setempat atau orang luar yang kebetulan berkunjung disini.Inilah isunya....




Waima apa juga syarat yang dikenakan Petronas Dagang SB keatas pengendali stesen minyak Petronas ini mahu pun pengendali restoran Cravencafe mestilah mengambilkira sentimen masyarakat tempatan disini.Namanya pun "stesen minyak dan kedai kopi kampung" jadi budaya berkampung janganlah pulak dilupakan oleh pihak pengurusan dengan terus nak "enforce" segala macam peraturan tok nenek korang.

Suka hati emak bapak korang je nak turunkan banner,nak buang bendera dan nak bakul-sampahkan flyers Umno/BN tanpa mahu mengambil-kira suasana dan mood "pilhanraya" dan "politik"masyarakat setempat.Kalau otak korang tak duduk kat punggung dan masih berada dalam tempurung kepala tolong gunakannya untuk berfikr seketika...

Jangan sampai "tindakan bodoh" korang(Petronas) selama ini dengan "menekan" kedua dua pengendali stesen minyak dan restoran korang mencetus kemarahan penyokong Umno terutama generasi muda hingga bertindak diluar kawalan,lebih lebih lagi dalam menghadapi PESTA POSTER DAN BENDERA KEMPEN PRU13 nanti...

ORANG TUA TUA PESAN....KALAU KITA BERNIAGA "BAHAN API" JANGAN PULAK SUKA MAIN DENGAN API....

Nanti terbakor.....

P/S : Pelik gak "orang Pas" cari makan dengan Petronas milik kerajaan tapi nampak macam anti-kerajaan?Apakata kita kaji semula status dan kontrak lepas menang 2/3 dan tawan Selangor kembali nanti...


Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts