"Tuhan tolong jaga dia untuk ku...."


" TUHAN TOLONG JAGA DIA UNTUK KU..."

Ayat yang paling enak ku dengar satu ketika dulu...

Alhamdulillah...Allah menyambut baik doa yang dipinta oleh Hamba Allah ini dan hari ini aku kembali bersemangat dan bertambah kuat untuk kembali menulis diblog ini yang sudah agak lama sepi kerana ketandusan idea dan keghairahan untuk terus menulis.

Sesungguhnya..ada rahmat Allah Taala disebalik setiap kejadianNya,meski pengalaman yang menimpa kita itu kekadang amat melukakan perasaan kita.Tapi sebagai hambaNya yang kerdil apakah kita mampu untuk melihat semua kejadian itu dari persfektif yang positif dan menjadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk kita bermuhasabah diri dan menjadikan kita lebih matang dan kuat untuk menempuh hari hari yang mendatang.

Itu yang berlaku kepada diriku dan aku amat bersyukur...

Lantas..blog ini pasti tidak akan sunyi lagi saperti sebelumnya.Banyak perkara perkara lain yang ingin aku kongsikan dengan pembaca setia blog ini disamping hal hal berkaitan POLITIK saperti lazimnya.Terlalu banyak soal kehidupan dan manusia yang ingin aku sentuh dalam kelahiran semula aku aktif menulis nanti..sama sama kita nantikan dan berdoa agar aku terus menulis dengan kekuatan dan keberanian yang bakal dianugerahkan oleh Ya Rabb..ameen.

SALAM KEMBALI KEPADA ANDA SEMUA.

SwitchOff14 sesuatu yang perlu diambil serius...


Malam tadi telah berlangsung Malam Solidariti Switch Off'14 diperkarangan pintu masuk Zoo Negara walaupun pada asalnya program ini sepatutnya dilangsungkan di Dataran FINAS yang dibatalkan disaat akhir walaupun sudah mendapat kelulusan awal FINAS sebelum ini.Agak pelik juga bila PEKERJA PEKERJA INDUSTRI HIBURAN TV/FILEM terpaksa berprogram dihadapan Zoo Negara walaupun mercu tanda industri mereka berada beberapa langkah sahaja dari tempat mereka berkumpul.

Melihat kehadhiran begitu ramai pekerja industri ini yang turun memberi sokongan moral dan bersama dengan PENGANJUR SwitchOff14 ini,dapatlah aku merumuskan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan industri ini dan pihak berwajib kenalah tenguk tengukan dimana penambahbaikan boleh dilakukan terhadap kebajikan dan masa depan mereka ini.

Letak kat tepilah ego masing masing kerana apa yang diperjuangkan adalah isu isu lama yang dah bertukar dari satu menteri kesatu menteri tapi duk kat situ gak tanpa ada penyelasaainnya.Persetan dengan segala tok nenek redtapes dan protokol.Kalau pihak PENGANJUR dikatakan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan..tunjuk ajar dan bantu mereka(penganjur) untuk mencapai garis panduan dan keperluan itu.Jangan jadikan itu ALASAN untuk terus buat bodo...

Kehadhiran begitu ramai malam ini menunjukan MEMANG ADA MASAALAH,kalau takde masaalah apa jadah turun ramai depan Zoo Negara malam ini?Bukan boleh masuk tenguk monyet dan kera pun...





























































































































Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts