SELOKA MELAYU SASTRA ABADI

Ahum'ma Gusti Prabu Hyang Dikalamula,
Trisukhma Triloka Trisat Saktimaya,
seru Sapurba Nila Atama,
seru Baginda Sri Girinata,
mohon restu menyata kata,
kalam sakti Paduka Raja,
menyembah ciri dibaca Bala,
sebagai pembuka kunci rahsia,
mengenal sastra abadi adanya,
untuk persembahan Melayu yang ada,
adalah ini seloka pendita,
akan hikmah tiada nilainya,
jika membaca tabahkan jiwa,
jangan nafsu didepan akalnya,
nescaya tiada mendapat apa,
kerana sastra ciptaan dewata,
bukannya mainan manusia,
mengenal akan asal dicipta,
Melayu jua empunya kersa,
jadi hikmah sekelian manusia,
bacalah dengan hati terbuka,
bukan untuk satapan mata,
tapi hati renungkan ia,
kerana hikmah itu adanya,
bukan dijeling begitu saja,
moga jadi limpahnya dunia,
menyuluh diri pelita hidupnya,
inilah maka bermula,
akan lebaran hikmat yang ada,
lebaran dibuka membuka seloka,
seloka Sastra Abadi namanya,

dizaman purba sudah tertera,
dibaca orang merata rata,
dikaji pendita sekelian yang ada,
hikmah paduka merestui kita,
agar selamat sampai tujunya,
moga jadi suluhan kita,
diatas dunia kita berkelana,
ambil isi bukan kulitnya,
baru lazat zat dirasa,
pesan andik jalan bermula,
tajamkan mata pekakan telinga,
akal jangan dibiar saja,
tumpukan ia pada maksudnya,
hati jangan lalai adanya,
alamat mengaji tiada berkatnya,
ini seloka penyata kalamnya,
ini seloka pengganti dirinya,
ini seloka olahan rasanya,
jika ada orang bertanya,
kenapa seloka ini rupanya,
kalau ditanya tak nampak apa,
jika ditanya apa hebatnya,
jika ditanya tiada arabnya,
jika ditanya mana dalilnya,
jika ditanya seribu perkara,
katakanlah hai rastana,
ini sastra avaroha panta,
anugerah Hyang Maha Esa,
bukan untuk sebarang orangnya,
bukan untuk jagad yang nyata,
bukan juga ghaib alamnya,
bukan jin atau manusia,
hanya untuk yang terpilih sahaja,
hanya untuk Melayu sahaja,
hanya untuk titisan yang ada,
hanya untuk penggemar rahsia,
hanya untuk pecinta Tuhannya,
hanya untuk otak yang bergeliga,
hanya untuk hati yang benci dunia,
hanya untuk jiwa yang ingin matinya,
hanya untuk makhluk yang tiada dirinya,
hanya untuk mereka yang tahu ia kenapa,
bukan dia yang masih nak belajarnya,
bukan dia yang dah arif akan ilmunya,
bukan dia yang taat syariaatnya,
bukan dia yang sesat ajarannya,
bukan dia yang jahil akan nafsunya,
bukan dia yang rajin membaca,
bukan dia yang rasa tahu jawapannya,
bukan dia yang khatam akan kitabnya,
bukan dia yang kuat akan solatnya,
bukan dia yang bangga tanpa sebabnya,
bukan dia yang mengaji akan hakikatnya,
bukan dia yang mengajar akan agamanya,
bukan dia yang banyak sijil ijazahnya,
bukan dia yang rasa Islam tak berguna,
bukan dia yang kata aku dah tiba,
bukan dia yang kental ilmu batinnya,
bukan dia yang boleh menurun sekelian sakanya,
bukan dia yang bomoh dikampung sana,
bukan dia mahaguru persilatannya,
bukan dia imam masjid negara,
bukan dia mufti akan negerinya,
bukan dia khatib akan upacaranya,
bukan dia yang hafal akan doanya,
bukan dia yang kahwin dengan buniannya,
bukan dia yang mengajar dipondoknya,
bukan dia yang dah haji tujuh kalinya,
bukan dia yang fasih bahasa arabnya,
bukan dia yang sembahyang hendak akan pahalanya,
bukan dia yang berdoa siang malamnya,
bukan dia yang tak percaya akan hidupnya,
bukan dia yang kata Tuhan itu omong kosong sahaja,
bukan dia yang baik budi pekertinya,
bukan dia yang masih ada akunya,
inilah ibarat untuk yang ada,
semua yang ada belum sempurna,
semua kitab masih ulasan kulitnya,
semua pelajaran hanya syariatnya saja,
semua ajaran hanya sekerat sahaja,
semua petua guna dunia sahaja,
semua ilmu batinnya yang ada,
semua ilmu tak sampai hakikatnya,
semua kata hanya nafsu sahaja,
semua ingatan nak kenal anak bini sahaja,
semua kerja harap upah sahaja,
semua tulisan abjadnya yang nampak sahaja,

....BERSAMBUNG NANTI

Karya Radin Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo

"Sastra Abadi Seloka Melayu...Untuk Anak Cucu Melayu..
Hanya Melayu Tahu Melayu,Hanya Melayu Rasa Melayu"






I'm on fire !!!...and I'm back in action !



Ini adalah artikel pertama aku sejak mendiamkan diri sekian lama...

Sudah tiba masa aku kembali aktif menulis dan tidak hanya melihat "kebejatan politik" yang berlaku hari ini hanya ditepi gelanggang.Kemana arah akan aku pacu penulisan aku ini terpulang kepada keadaan dan pemimpin yang ada hari ini.

Aku boleh jadi budak baik dan sopan...
Aku juga boleh jadi budak jahat haramjadah!.

Aku janji kalau aku bertekad nak jadi budak jahat...aku akan

"LEBIH HARAMJADAH DARI BIASA"

Misi Kemanusiaan GAFIM bersama Malaysia Bumiputera Brotherhood (MBB) - Tour Two - Final Day Final


Dari Tanah Merah kami semua berkumpul di Stesen Caltex Machang untuk mengisi minyak sebelum ke Kuala Kerai dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur.Ketua Ekspidisi Jurey Rosli menyarankan kami bergambar dengan kenderaan masing masing sebagai kenang kenangan memandangkan kawasan stesen ini amat luas dan tidak menganggu pengguna yang lain.







































Co-Pilot aku sedang beraksi






Kemusnahan akibat banjir




Macam Ghost-Town lak kat sini..












Masjid Kuala Kerai tidak terkecuali















Mengedarkan sedikit bantuan




Sambil mengembirakan hati kanak kanak dengan Lolipop







Dimana misi singgah disitu kami raikan anak anak kecil ini



Gardenia Rolls adalah barang wajib























Mendengar apa yang dilalui mangsa ini penuh simpati
















Kemusnahan yang amat merintih perasaan yang melihat





Persinggahan terakhir ditapak dimana kemah kemah didirikan untuk mangsa sebagai langkah sementara




Disini aku menghabiskan apa yang ada dalam kenderaan aku



Masih mampu tersenyum bila melihat ramai artis yang singgah bertanyakan khabar mereka



MAKA TAMATLAH MISI KEMANUSIAAN GAFIM-MBB SELAMA DUA HARI DENGAN SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAN TENAGA UNTUK MERINGANKAN SEDIKIT BEBANAN MANGSA BERMULA DI MACHANG,KEMUDIAN NYA KE TANAH MERAH DAN AKHIR SEKALI DI CROUND ZERO KUALA KERAI.

SYABAS KEPADA SEMUA SUKARELAWAN GAFIM-MBB.
ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK.

SELAMAT TINGGAL KELANTAN.
SEMUGA SEMUA MANGSA TABAH MENEMPUH WAKTU YANG AMAT SUKAR INI DAN DOA KAMI DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERSAMA ANDA SEMUA.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts