Apa yang kita nampak itu bukan dia...


Bertahun tahun memerhatikan politik negara sebelum bergelar blogger dan hampir 4 tahun kebelakangan ini makan-minum-tidor politik menyedarkan aku tentang sesuatu tentang politik....

BAHAWA APA YANG KITA NAMPAK DAN KITA LIHAT BUKANLAH APA YANG SEBENARNYA BERLAKU.APA YANG KITA NAMPAK DAN APA YANG KITA LIHAT ADALAH APA YANG PEMAIN POLITIK MAHU KITA NAMPAK DAN KITA LIHAT.


Dalam bahasa mudah apa yang kita nampak dan percaya itu BUKAN dia.

"Seni Politik" mengkehendaki "pemain poltik" (kerajaan atau pembangkang) mencetuskan sesuatu senario bersesuaian dengan waktu dan isu untuk kekal relevan dimata rakyat.Apalah erti Kerajaan tanpa Pembangkang dan begitulah sebaliknya,mereka saling memerlukan satu sama lain.Tanpa kerjasama antara dua pihak ini maka tidak wujud apa yang dinamakan POLITIK.

Contoh paling mudah bila kita menonton perlawanan gusti WWE.Siapa berani berkata apa yang kita tonton itu sekadar LAKONAN dan bukannya REALITI dan hanya sekadar hiburan?Aku yakin tiada siapa yang berani berkata begitu walaupun didalam hati kecil kita masing masing ada merasakan keraguan bila melihat insiden dan watak watak didalam gelanggang ketika mereka bergusti.Semuanya nampak terlalu REAL untuk dikatakan ianya hanya sekadar LAKONAN diantara mereka.

Kepada kita yang betul betul berminat menonton WWE Wrestling ini,sama ada kita sadar atau tidak kebanyakan waktu kita sudah dapat meneka apa yang akan dilakukan oleh para penggusti ini mengikut watak masing masing.Dari masa kesemasa watak watak penggusti ini akan berubah dari "penggusti baik" yang disukai kepada "penggusti jahat" yang dibenci dan begitulah sebaliknya.Ini dilakukan berulang kali tanpa kita sadar kerana terlalu percaya semuanya itu benar belaka.

Mana boleh berlakon kata kebanyakan dari kita sebab ada masanya "kecederaan parah" para penggusti benar benar berlaku dengan darah memancut keluar dari dahi,hidung dan muka atau ada yang patah anggota dan kadang kadang ada yang menemui MAUT didalam gelanggang.Memanglah itu REAL dan bukannya special effect macam dalam lakonan filem,tapi kepada semua "pemain industri gusti" ianya sebahagian dari WORK HAZARD mereka yang tidak dirancang atau mampu dielakkan.

Lojiknya mana ada manusia biasa yang yang boleh dipukul bertubi tubi dibahagian kritikal dibadan sehingga lembik tapi dalam beberapa minit boleh pulih kemudian membalas balik sehingga lawannya pula lembik?Kadang kadang ini berlaku berkali kali dalam sesuatu perlawanan gusti sehingga tamat dan kita semua yakin giler yang ianya semua BENAR dan bukan LAKONAN.

Diakhir setiap episod WWE yang disiarkan di tv pasti ada insiden berupa "cliff-hanger" yang menjadi sequel (sambungan) untuk episod akan datang dan semua kita akan ternanti nanti apakah kesudahannya minggu hadapan.Tidak kah itu semuanya dirancang dan dilakonkan untuk mencetuskan minat kita terhadap "hiburan gusti" (bukan perlawanan gusti ya) ini seterusnya?WWE itu sendiri pun adalah singkatan untuk World Wrestling Entertainment...jadi ianya HIBURAN lah dan bukan suatu PERLAWANAN saperti kita sangka.Masih tak percaya?

Aku mengambil WWE sebagai contoh untuk membandingkan ianya dengan DUNIA POLITIK.Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dimana sahaja didunia bila POLITIK dan PEMAIN POLITIK beraksi.Kalau WWE adalah "hiburan" untuk mengujakan penonton dan peminat gusti untuk terus mengikutinya,POLITIK pula adalah "lakonan" pemain pemain politik dengan watak masing masing untuk meyakinkan rakyat apa yang dilihat mereka adalah REALITI.Baik ianya hiburan atau lakonan matlamat keduanya sama untuk "kekal relevan" dimata golongan sasar mereka.

Jadi aku ulang kembali ayat awal aku diatas...

"Dalam bahasa mudah apa yang kita nampak dan percaya itu BUKAN dia..."

Itu lah sebenarnya POLITIK NEGARA yang kita lihat selama ini dan ketika ini,masing masing dengan wataknya dan mereka sedang "melakonkannya" untuk buat kita semua percaya.Jadi kalau kita tak mau sia siakan masa kita yang berharga itu,janganlah ambil serius sangat POLITIK ini dengan jadi "tukang fikir" akan segala tok nenek permasaalahan negara.Biarlah PEMAIN POLITIK sahaja yang melakukan "kerja politik" mereka menyelesaikannya (kerana masaalah pun mereka yang cetuskan atau sengaja mereka cetuskan).

Cuba fikirkan sejenak....

Dari hampir 27 Juta orang rakyat negara ini berapa ramai diantara kita yang benar benar boleh memanggil diri kita ini sebagai PEMAIN POLITIK?

Kalau pun kita ini adalah ahli parti parti politik (pro kerajaan atau pro pembangkang) yang kalau dicongak,dikali dan didharab adalah kurang lebih 5 Juta orang...apakah kita ini PEMAIN POLITIK?

Rasa aku tidak kot...kita ini walaupun menjadi ahli parti politik yang berbagai hanyalah PENGIKUT kepada PEMAIN POLITIK dan bukan "pemain" yang sebenar.Dari jumlah 5 Juta orang (ahli parti politik) ini pun hanya kurang lebih SATU RIBU ORANG SAHAJA diantara kita yang benar benar boleh memanggil diri mereka PEMAIN POLITIK NEGARA SEBENAR (sama ada mereka kerajaan atau pembangkang).selebih nya hanya jadi "Pak Sibuk" dalam pentas lakonan politik negara (termasuk aku...he he he).Jadi baki 4,999,000 orang  "Pak Sibuk (termasuk aku) campur lagi dengan 22 Juta rakyat Malaysia yang bukan ahli mana mana parti politik...tak usah duk kalut nak fikir hal politik negara.Biarkan PEMAIN POLITIK saja yang buat kerja itu dan kita buat "kerja kita" 5 tahun sekali dipeti undi.

Bergantung kepada "lakonan" siapa lebih mantap dan meyakinkan kita pangkahlah siapa yang kita suka masa itu.Tapi harus diingat walau hak memilih itu HAK kita gunakanlah dengan bijaksana dan berhati hati.Jangan terpedaya dengan "lakonan" yang bila dilakonkan pun tak nampak REAL dan memudaratkan kita dan anak cucu kita akan datang.

WAJIB bagi kita semua orang Melayu untuk memastikan hak dan kepentingan agama dan bangsa tidak kita gadaikan kerana terpedaya dengan "lakonan" PEMAIN POLITIK yang meminggirkan kepentingan Agama dan Bangsa demi mengejar cita cita politik mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Jadi kalau PEMAIN POLITIK (pelakon) selama ini telah memberi persembahan yang terbaik dan memegang watak mereka dengan berkesan...maka apa perlu kita nak menukar "pelakon pelakon baru" yang tidak tentu hala "lakonan" mereka dengan skrip cerita yang tonggang langgang tak tahu yang mana DEPAN dan yang mana BELAKANG.

Kalau hari ini "pelakon utama" NAJIB RAZAK dilihat wataknya saperti "meragukan" kita dari skrip asal yang sepatutnya dia lakonkan...ada kemungkinan...

NAJIB SEDANG BERLAKON DALAM LAKONANNYA

Ini semua mungkin untuk memantapkan lagi jalan ceritanya supaya diakhirnya Orang Melayu akan dipersembahkan dengan cerita HAPPY ENDING....

P/S : Masih tak faham lagi?Kan aku dah kata kita ini bukan PEMAIN POLITIK sebenar mana kita nak faham semua itu....Ingat balik 'katakunci" awal tadi...

"APA YANG KITA LIHAT ITU BUKAN DIA"


2 comments:

Anonymous said...

salam.. APA tlg promote.. tq..


http://jamboreelimbc.tumblr.com

Anonymous said...

Hhhehheehhe.....mende lu merepek nie..

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts