15 HARI LAGI SELAWAT PERDANA 2014


Cuma tinggal 15 hari sahaja lagi sebelum Dataran Masjid Putra dan Putrajaya sendiri akan bergegar dengan gemuruh suara Zikirullah dan Selawat keatas junjungan Nabi Muhamad dalam penyataan cinta dalam program SELAWAT PERDANA - Malam Cinta Allah & Rasul 1435 yang julung julung kalinya diadakan di Putrajaya.

Sejak dilancarkan 21hb Feb lalu sambutan program ini agak luarbiasa bila page Facebooknya menerima LIKES melebihi 100 ribu dan terus meningkat dan dijangka akan lebih meningkat bila menghampiri tanggal 21hb March nanti,InsyaAllah.

Rata rata rakyat tidak mengenal ideologi politik mereka sama sama memberikan promo terhadap program Selawat Perdana ini dimana kita melihat untuk julung julung kalinya NAMA NAMA BESAR PENGGIAT MAYA KEDUA BELAH PIHAK turut sama sama membantu dalam meyebarkan maklumat tentang program yang akan berlangsung nanti.Syabas kepada ANDA SEMUA yang sanggup meletakan baju politik masing masing ditepi buat seketika untuk sama sama melihat program berbentuk keagamaan saperti ini dapat berjalan dengan lancar dan mampu membawa PEMIMPIN MELAYU BERBAGAI IDEOLOGI POLITIK duduk dalam SATU SAF yang sama walau hanya untuk satu malam demi menyatakan cinta dan kasih kita semua terhadap Allah Ya Rabb dan RasulNYA.

Untuk yang masih kabur tentang PENGANJUR dan penganjuran program Selawat Perdana ini,ianya adalah anjuran sebuah NGO anak anak muda yang menamakan diri mereka GERAKAN ANAK MUDA DAKWAH .Tujuan mereka hanya satu,untuk paling tidak melihat SEMUA PEMIMPIN MELAYU ISLAM tidak mengira mereka Umno,Pas,PKR atau apa saja politik anutan mereka untuk duduk bersama dalam satu majlis begini,walaupun HANYA UNTUK SATU MALAM SAHAJA.

Itu rumusan yang aku dapat bila berpeluang berbicara dengan MEREKA (anak anak muda ini) sewaktu berpeluang menemui mereka baru baru ini.Lantas aku secara sukarela telah menawarkan diri untuk MENJEMPUT SETIAP PEMIMPIN TERTINGGI PAS SECARA PERIBADI bermula dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk sama sama turut hadhir jika tiada halangan kesihatan demi agama yang kita sama sama anuti dan cintai.

INSYAALLAH

Anda boleh layari semua link dibawah ini untuk info lebih lanjut


Facebook : Selawat Perdana
Twitter : @selawatperdana - #selawatperdana
Instagram : @selawatperdana



0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts