#SelawatPerdana...Demi Kesatuan....Perpaduan...Persaudaraan


Rentetan dari Program Selawat & Zikir yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kedah baru baru ini,satu lagi majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

Dalam kekalutan politik orang Melayu dan perpecahan umat Islam negara ini yang dah menghampiri tahap KRONIK,program seumpama ini diharap dapat membawa kepada penyatuan umat Islam Malaysia tanpa mengira fahaman politik masing masing demi penyataan cinta dan kasih kita terhadap Allah dan RasulNya.Kita lupakan seketika politik dunia yang tidak membawa kita kemana pun,lantas bersatu atas Dua Kalimah Syahadah yang kita pegang selama ini sambil mengucap Zikir dan Selawat terhadap Allah SWT dan KekasihNya Muhammad SAW.

Lantas aku menyeru sahabat sahabat pengamal media baru diseberang sana untuk sama sama mempromo Selawat Perdana ini dengan LIKE page https://www.facebook.com/selawatperdana.Tiada unsur unsur politik program yang dianjurkan badan NGO ini kerana ianya bertujuan untuk menyatukan semua umat Islam tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti mereka sekarang ini.

Alangkah manisnya jika dimalam itu (31hb March) kita dapat melihat pemimpin pemimpin Islam Umno,Pas dan PKR duduk sebaris sambil bertasbih dan berselawat seolah olah tiada "sengketa" diantara mereka atas nama SAUDARA SEAGAMA.

Untuk satu malam sahaja dari 365 malam...

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts