Bawang Kecil Bawang Besar..Penyamun Kecil Penyamun Besar...sama je lah


Pesawat ACJ320 yang disewa sehingga 31 Disember lalu dan beroperasi menggunakan nama “NR2″ atau “Perdana 2″.

Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta setahun bagi menyewa pesawat kerajaan.
Selain itu sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaran pesawat jet VVIP tersebut.

Ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan dalam tempoh tiga tahun dari 2010 kerajaan telah berbelanja RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta bagi penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk penambahbaikan jet tersebut.

Diatas adalah jawapan Maharaja Lawak Shahidan Kassim berhubung pertanyaan Nga Kor Ming mengenai sewaan Pesawat Kerajaan,manakala dibawah adalah kenyataan rasmi Pegawai Kewangan Negeri P.Pinang, Datuk Mokhtar Mohd Jait berhubung pembelian Mercedes Benz S300L untuk kegunaan Lim Guan Eng.

“Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga asal RM657,218 (sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng."


Maka melalak lalak lah penyokong kedua belah pihak mengecam tindakan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri P.Pinang berhubung kedua isu penyewaan dan pembelian 2 menatang mewah ini untuk kegunaan pemimpin masing masing.

Satu pihak berbelanja lebih RM100 juta untuk sewa pesawat,kos penerbangan dan penyelenggaraan,manakala satu pihak lagi dikatakan menjimatkan ratusan ribu RM setelah membeli S320L itu dengan harga diskaun.

Apapun rasional yang kedua belah pihak nak suruh kita sebagai rakyat telan bulat bulat..hakikatnya itulah perangai PENYAMUN yang ada pada pemimpin kita hari ini.Sama ada mereka PENYAMUN KECIL atau PENYAMUN BESAR...mereka semua tetap PENYAMUN.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts