"Two Wongs Dont Make One White..."


Ayat sebenarnya adalah "Two wrongs dont make a right"...

Atau dalam bahasa kita..."Jangan nak betulkan salah yang kita buat dengan mengambil contoh salah yang sama yang dilakukan orang lain..." ATAU "Kalau orang mencuri takkan kita nak menyamun pulak.."

Tajuk kat atas itu cuma bila Cinabeng pekat tak reti berbahasa Melayu cuba cakap omputih..jadi gitulah agaknya bunyi dia...Kita yang faham bahasa Melayu ini rasanya cukup jelas dengan pengertian perempumaan omputih yang aku tulis kat atas dengan maksud yang aku faham...

Kita bercakap pasal siapa ni ya...????


Ulamak pun teringin gak nak naik jet...he he

Ntah....aku pun aku tak tahu aku tengah cerita pasal siapa,cuma yang aku tahu aku tengah cerita pasal KAPALTERBANG.Bukan sebarang kapalterbang tapi kapalterbang yang orang kaya kaya naik..kapalterbang yang Everyone Can Fly naik kat LCCT tu tak main lah bro...

Binatang ini pun diaorang tak panggil kapalterbang,tapi ada nama glamour lain supaya nampak berbeza dari besi besi Tony Fernandes yang korang naik kat LCCT tu.Ada yang panggil "private jet"..ada yang panggil "pesawat eksekutif" dan macam macam lagi.Tapi pada aku semua binatang ni sama saja,sebab kalau jatuh terhempas kebumi semua isi didalamnya pasti jadi abu.Kalau ada tandamata yang ditinggalkan pun hanyalah gigi gigi mangsa saja...Jadi tidak kira korang Presiden ke..Perdana Menteri ke...Royalty ke...rakyat biasa ke...atau pekerja Indon ke yang naik untuk pulang kekampung..kalau ditakdirkan pesawat korang terhempas kebumi...nasib semua sama saja...jadi BBQ.

Berbalik kepada kisah.."Kalau orang menyamun kita pun janganlah jadi pencuri.." tadi,sehari dua ini hebuh disana sini berbagai pihak berdebat sesama sendiri isu siapa yang layak atau tak layak naik "besi eksekutif " milik kerajaan Malaysia ini dengan hujah masing masing.Pada aku semua pun BETUL dan semua pun SALAH,bergantung pada siapa yang kita sokong dan pertahankan...

Tapi kenapa aku letak gambar Tok Guru dengan anak dia naik "besi esksekutif" ini (gambar atas) untuk artikel ini..?

Sebab ada yang berhujah "Kalau Tok Guru boleh..takkan Maam tak boleh...?"

Jawapan aku...TWO WONGS DONT MAKE ONE WHITE


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts