Bila tengah berak pun dibayar RM171,750 sejam...tak percaya?


Najib: Kerajaan belanja RM7.2 Bilion Untuk Bayar Perunding Dalam Lima Tahun ! Kepakaran Perkhidmatan Awam Terhad.

Diterjemah dari artikel : Syed Akbar Ali

Ok soalan yang telah lama saya cuba untuk dapatkan jawapannya kini telah terjawab.Kerajaan telah membelanjakan RM7.2 BILION untuk membayar perunding dalam tempoh lima tahun .Berikut petikan dari The Star:

Najib: RM7.2bil dibelanjakan untuk perunding dalam tempoh lima tahun

Kerajaan membelanjakan RM7.2bil untuk mengupah syarikat perunding swasta dalam tempoh lima tahun kata Najib

* Jawapan bertulis kepada Wong Chen (PKR)

* Jumlah berdasarkan statistik daripada Akauntan Negara Malaysia

* Sejumlah RM721.89mil dibelanjakan untuk perunding swasta pada Oktober tahun ini

* Jumlah dibayar tahun lalu RM1.824bil

* RM1.797bil dibayar untuk perunding swasta pada tahun 2011

* Kebolehan penyelidik kerajaan adalah terhad dari segi kepakaran

* Perlu melantik syarikat-syarikat swasta untuk mengatasi kekurangan

* Wong mempersoalkan jumlah yang besar dibelanjakan untuk perundingan

* Perbelanjaan atas syarikat berkenaan meningkat sebanyak 13.5 % setiap tahun

* Kadar pertumbuhan KDNK dua kali ganda

* Bersamaan RM125mil sebulan atau RM4 juta sehari

* Mencerminkan kekurangan keyakinan terhadap perkhidmatan awam

* Ketua Audit Negara dan PAC perlu menyiasat syarikat perunding swasta

Baik pertama sekali hanya satu penjelasan (pembetulan) kecil.Memandangkan kedua-dua kerajaan dan Consultans bekerja hanya seminggu lima hari kos sebenarnya adalah RM5.5 Juta sehari. Ini bermakan RM687,000 dibayar bagi setiap jam bekerja dalam satu hari lapan jam ( tidak termasuk Minum pagi,Minum petang rehat ,"mesyuarat" dan lain-lain aktiviti membuang masa ).Baik jika ianya akan mengambil 15 minit masa anda untuk membaca ini,beerti kerajaan telah membakar RM171,750 daripada wang anda membayar con-sultan.

Saudara....kita semua telah DISAMUN !

Persoalannya disini,Perdana Menteri  telah secara terus mendedahkan maklumat ini di Parlimen.Ini adalah Perdana Menteri Malaysia.


Bagaimana pula Khazanah Nasional enggan mendedahkan maklumat yang sama di Parlimen ?Apabila Wee Choo Keong  membangkitkan soalan yang sama di Parlimen untuk Khazanah menjelaskan,mereka mendakwa ' maklumat sulit pelanggan" dan segala kepala bana alasan untuk tidak menjawap.

Tiada siapa yang berminat nak tahu maklumat yang tepat tentang siapa perunding yang dibayar dan untuk apa mereka dibayar.Kita cuma nak tahu jumlah besar yang telah dibayar.Berapakah jumlah yang dibayar oleh Khazanah Nasional kepada perunding mereka setiap tahun?Berapa banyak mereka bayar perunding mereka bagi tempoh lima tahun yang lalu?Hanya jumlah.RM5 Billion ? RM3 Bilion ? Berapakah jumlahnya?

Jika Khazanah enggan mendedahkan angka itu ianya akan membuat orang ramai berfikir bahawa Khazanah Nasional cuba menyembunyikan maklumat daripada rakyat pembayar cukai.Mungkin kah berlaku rasuah yang serius dalam Khazanah Nasional dan inilah sebabnya mereka enggan mendedahkan jumlah sebenar ?

Atau mungkin Khazanah Nasional juga tidak cekap dan terlalu memerlukan con-sultan untuk membawa mereka ke tandas. Bukan saya yang kata tapi PM kita yang kata : " kebolehan penyelidik kerajaan adalah terhad dari segi kepakaran ".

Khazanah Nasional juga boleh menggaji ramai con- sultan disebabkan kepakaran mereka yang terhad. Kita cuma nak tahu betapa terhadnya kepakaran mereka dan berapa BILLION yang mereka bayar untuk ketidakcekapan itu?


Dan sementara kita masih membicarakannya - kita juga ingin tahu berapa juta yang telah dibayar oleh "mayat mayat tak berbakat " yang berada dalam Talent Corpse kepada perunding?

Kita juga ingin tahu mana satu 5 Kementerian atau Jabatan yang paling " terhad dari segi kepakaran" mereka? Bagaimana caranya kita boleh tahu hal ini ? Mari kita lakukan Ranking Top 5 kementerian atau jabatan kerajaan yang paling banyak membelanjakan wang mereka untuk membayar perunding.

Meminjam logik (kata kata) PM sendiri maka jabatan yang paling tidak cekap pastinya jabatan yang mempunyai kebergantungan maksima terhadap khidmat para perunding.

Menggunakan kayu ukur " kebolehan penyelidik kerajaan adalah terhad dari segi kepakaran ".Saya yakin jabatan kerajaan yang mengalami kekurangan terbesar dalam kepakaran adalah Jabatan Perdana Menteri sendiri.


Saya berharap Ahli Parlimen akan terus membangkitkan isu Khazanah Nasional ini di Parlimen.

Kemaskini: Walaupun membelanjakan begitu banyak wang untuk perunding berapa banyak pertumbuhan ekonomi yang berjaya dijana oleh para perunding ini?Apa pulangan yang telah kita perolehi dari RM7.2 Bilion yang dibelanjakan ini? Pertumbuhan KDNK mula dilihat perlahan.Pertumbuhan KDNK tahun ini dipercayai akan mencecah di bawah 5 %.


PEMANDU memandu seperti pemandu mabuk. Kadar jenayah terus melambung tinggi.Idris Jala dan con- sultan dia terus berkata kadar jenayah ok.Ringgit jatuh.Hutang kerajaan semakin meningkat.Pasukan bola sepak kita kini setaraf Bangladesh.Sistem pendidikan terus menurun,ke bawah dan ke bawah.

Akhir sekali saya tidak bersetuju bahawa Penjawat Awam mempunyai kepakaran yang terhad.Tun Dr Mahathir berjaya mencapai 8% -9% pertumbuhan KDNK secara konsisten menggunakan Perkhidmatan yang sama Awam. Penjawat Awam kita adalah orang-orang yang mampu dan berkebolehan.Kita mesti berupaya untuk mendapatkan yang terbaik daripada Penjawat Awam kita.Jika kita gagal untuk menguruskan mereka,maka kita hanya akan mendapat yang paling teruk dari Penjawat Awam kita. Kesalahan terletak pada bagaimana kita menguruskan orang kita.

Tak tahu menari jangan salahkan lantai tinggi rendah.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts