Apakah Umno sudah gila membiarkan bekas PKR cuba tawan Umno Bahagian Ampang? @NajibRazak @tengkuadnanreal



Aku pernah tulis pasal CALUN KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG Mohd Isa Mohd Saidi (gambar atas) dalam artikel http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/10/bahagian-ampang-serba-peliknajibrazak.html pada 3hb Oktober lalu tentang kelayakan calun ini bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian Ampang.Memandangkan kelayakan bertanding diperingkat bahagian MESTILAH MENJADI AHLI UMNO TIDAK KURANG 3 TAHUN,aku merasa pelik bila Isa Saidi dapat melepasi tapisan Jawatan Kuasa Pemilihan Umno 2013 memandangkan sehingga bulan April 2012 dia masih lagi AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT sebelum dipecat pada 22 Mei 2012.



Isa Saidi tidak pernah mengaku menjadi ahli Parti PKR tapi mengikut semakan daftar ahli PKR beliau memang ahli PKR sehingga 22 Mei 2012,dan kalau mengikut kenyataan Media YB Zuraidah (video dibawah) Isa Saidi menjadi ahli PKR pada 27hb June 2010.

Printscreen beberapa artikel dari beberapa blog juga ada menulis pasal status MUFLIS beliau dan beberapa laporan polis yang telah dibuat keatas beliau berhubung beberapa kes yang didakwa melibatkan PENIPUAN wang oleh beberapa individu.


Antara printscreen dari beberapa blog






Setelah melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013,Isa Saidi juga dikatakan melepasi saringan Umno Selangor minggu sudah dan DIBENARKAN bertanding untuk cuba menumbangkan Ketua Umno Bahagian Ampang 19 Oktober nanti.


SOALAN AKU KEPADA DATO RAOF & THE GANG....

1...Bagaimana Isa Saidi boleh lepas bertanding Ketua Bahagian?

2...Tidak kah menjadi ahli parti pembangkang secara otomatik keahlian dalam Umno akan tergugur dengan sendiri?

3...Kalau Isa Saidi masuk Umno semula pada 23 Mei 2012,adakah dia memenuhi kelayakan 3 TAHUN MENJADI AHLI UMNO?

4...Apakah DARJAT Isa Saidi yang pernah MENGKHIANATI UMNO...dikatakan kononnya MUFLIS...dan dikaitkan dengan beberapa laporan polis yang melibatkan PENIPUAN lebih tinggi dari 1,700 para perwakilan muflis yang digugurkan HAK untuk memilih baru baru ini?

Ada yang tidak kena dengan cecair yang mengalir dalam otak semua individu yang memberi SIJIL HALAL kepada Isa Saidi untuk mencabar jawatan Ketua Bahagian Ampang 19 Oktober ini.Dont give me all that crap yang mengatakan Isa Saidi adalah "Trojan Umno" yang ditanam kedalam PKR sejak June 2010.Kalau itu alasan yang Ibu Pejabat Umno nak bagi,maka Isa Saidi memang BERJAYA dalam misi black ops nya....

Dia berjaya MENAMBAH MAJORITI yang dimenangi oleh Azmin Ali dan Zuraidah Mak Lampir dalam PRU13 yang lalu...KAH KAH KAH.

Ada lagi kisah pasal Isa Saidi dan seorang individu JUTAWAN bernama Datuk Z dalam misi mereka merampas kepimpinan Umno Ampang dengan meletakan "orang orang mereka" yang akan aku dedahkan dalam waktu terdekat ini.Semalam mereka telah GAGAL meletakkan Calun Ketua Pemuda mereka walaupun berjaya membuatkan 60 Perwakilan Pemuda Tidak Hadhir bersidang dalam cobaan memenangkan calun mereka.Sama ada berlaku pemberian WANG dengan ketidakhadhiran perwakilan ini aku tidak pasti,tapi dikhabarkan sudah ada beberapa Perwakilan Pemuda yang gagal hadhir berani tampil kehadapan membuat pengakuan.

Ini sesuatu yang tidak boleh didiamkan begitu saja....

Raof & The Gang.....over to you all now !


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts