Pilihan antara "Penyamun Yang Kita Kenal" dengan "Penyamun Yang Belum Dikenal"...ada masaalah?


Aku belumlah lagi memberikan sokongan terbuka kepada @NajibRazak,tapi kepada pengikut setia blog ini pastinya mereka dapat merasakan akan perubahan pandangan aku terhadap Najib Razak yang selama ini menjadi BAHAN BELASAHAN blog ini.Walaupun aku belum lagi menyatakannya dengan tepat tapi cara penulisan dan gambar gambar yang aku paparkan sejak kebelakangan ini mengambarkan perubahan itu.


Dalam banyak komen komen yang dilontar dalam beberapa artikel aku disini ternyata ramai yang "kecewa" dengan perubahan sikap aku ini dan dalam hal ini aku bersikap terbuka dan berlapang dada,walaupun banyak tuduhan tuduhan liar mengatakan aku dah "dibayar" lantas mengubah pendirian aku.Kalau bukan tuduhan "telah dibayar" apa lagi yang boleh dikatakan mereka untuk mengaitkan aku dengan perubahan yang berlaku.Lantas bagi mengelakan perdebatan sia sia maka aku "mengelak" dari menjawap setiap komen yang dilontar mulai sekarang.

Pembaca blog aku berhak untuk meluahkan kemarahan dan pendapat mereka,maka aku akan mempertahankan "hak mereka" itu dengan membiarkan ruang komen aku ini diakses sebebas bebasnya TANPA TAPISAN langsung.Cuma komen yang "terlalu melampau" tehadap individu lain yang akan aku DELETE kemudianya jika betul betul perlu.Perlu diingat sebagai tuan-punya blog aku juga akan DIPERTANGGUNG JAWAPKAN atas komen komen anda yang tersiar disini.Jadi gunakanlah ruang komen blog ini sebaik mungkin...

Berbalik kepada perubahan sikap dan pandangan aku terhadap kepimpinan Najib sejak kebelakangan ini..

Sebelum aku teruskan suka aku nak mengingatkan para pembaca blog ini...disamping aku sebagai seorang blogger kritikal,aku juga blogger penyokong kerajaan..ahli Umno yang aktif dan akan menawarkan diri sebagai AJK Bahagian dimana aku bernaung dipemilihan kali ini.Jadi aku ada 2 peranan yang wajib aku mainkan...1.Sebagai blogger yang tidak takut menegur...dan 2.Sebagai ahli Umno yang bertanggung jawap mengkritik secara menbina sambil menjaga kesejahteraan parti agar terus utuh.

Kalau yang mengkritik aku terdiri dari penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat yang selama ini duk "tumpang sekaki" syok aku membalun Najib dan Umno...aku tak ada apa yang perlu nak jawap kepada korang cuma ucapan terima kasih kerana sudi jenguk blog aku ini walaupun kita berlainan ideologi.Aku suka Najib atau tak suka Najib atau sokong pemimpin lain dalam Umno tak mendatangkan faedah apa apa kepada korang sebab yang pasti korang tetap ABU (Asal Bukan Umno).

Aku cuma nak bercakap dengan orang Umno yang selama ini yang marahnya masih belum reda walaupun semalam Najib dah pun mengumumkan "pelan tindakan" untuk bangsa Melayu/Bumiputera sebagai menghargai sokongan yang korang semua berikan kepada Barisan Nasional dalam PRU13 sehingga membolehkan BN membentuk kerajaan pusat sekali lagi dan sebagai tanda KEPERIHATINAN dia terhadap segala persepsi dan andaian yang dibuat selama ini seolah olah dia melebihkan bangsa Cina lebih dari bangsanya sendiri.

Sebagai permulaan kenapa tidak kita kumpulkan "segala tok nenek pemberian" Najib kepada bangsa Cina ini dari hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri sehingga waktu ini?Kita jumlahkan semua pemberian itu dan jangan ada tertinggal satu pun lalu kita bandingkan dengan apa yang diumumkan Najib semalam?

Apakah jumlahnya sama atau amat jauh berbeza?

Itu tak perlulah kita ambil kira apa yang "telah diberikan" Najib kepada bangsanya selama ini dan apa yang dan sedang diberikan  SECARA SULIT kepada orang Melayu selama ini.

Kalau korang dah buat semua PERKIRAAN diatas dan masih mendapati Najib "memberi lebih" kepada Cina berbanding bangsanya sendiri...AKU RELAKAN MUKA AKU KORANG LUDAH kerana memberi fakta yang salah.Korang boleh LUDAH muka aku secara berkumpulan dimana saja tempat yang korang atur dan aku BERJANJI akan turun...WaAllahi..Wabillahi...WatAllahi...aku bersumpah dengan nama Allah Taala.

Tapi...

Setelah korang bentangkan PENYATA KIRA KIRA yang aku minta korang lakukan diatas untuk dibuat perbandingan.Kalau setakat cakap cakap kosong tanpa fakta...tak dapek den nak nolong..mintak maaflah.

Satu lagi yang harus diingat oleh kita sebagai AHLI UMNO adalah pemilihan yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.Suka tak suka kita kena membuat pilihan kita.Dari peringkat Bahagian sehinggalah keperingkat Pusat kita kena menentukan pemimpin yang kita suka.Bercakap tentang pemimpin yang kita suka...ianya tiada kena mengena dengan siapa yang orang lain suka.Adalah menjadi HAK kita untuk memilih siapa saja dikalangan yang menawarkan diri sebagai "pemimpin yang kita suka" dan bukan apa yang "orang lain suka".Bukan begitu ke...????

Jadi kat mana SALAHnya aku kalau aku menyokong @NajibRazak..????

Kat mana silapnya kalau aku sokong Azeez Putera ke....Azeez Mamak ke....Azeez Penyamun ke...Azeez Jepun ke...atau sesiapa sahaja pemimpin "PILIHAN AKU" sendiri?

Lagipun mana ada satu pemimpin dalam Umno yang bukan Penyamun?

Kalau dah kita tahu SEMUANYA PENYAMUN apa isunya disini?

Kita cuma memilih sama ada untuk "mengekalkan" atau "menggantikan" penyamun yang sedia ada dari yang "penyamun lama" kepada "penyamun baru"....NO BIG DEAL !

Jadi korang jalankan HAK KORANG dan aku jalankan HAK AKU...habis cerita.Jangan duk pening peningkan kepala nak jadi "pencatur kuasa" yang tak dibayar gaji....

Aku cuma pinjam kaedah Tun Mahathir....

Baik aku pilih PENYAMUN YANG AKU KENAL dari memilih PENYAMUN YANG AKU BELUM KENAL...tu aje.

PENYAMUN TETAP PENYAMUN....

Kah Kah Kah.

P/S : Kalau korang rasa nak duk rumah tak mau keluar "memilih penyamun" pun oke je...Orang kata ada pun tak menokok,takde pun tak mengurangkan.Tapi jangan jadi macam cerita Pak Pandir marah orang tak jemput dia makan kenduri,jadi bila dia dijemput dia enggan pergi sambil berkata dalam hatinya..."Padan muka korang kali ini aku tak datang..takde sape nak makan makanan aku,haritu sape suruh tak jemput aku..."

Kalau ikut akal Pak Pandir jadilah kita orang yang merasa untung tetapi sebenarnya rugi...



4 comments:

Anonymous said...

Saya mula baca blog bro (ke nak panggil "pakcik"? Saya 27), dari zaman Google Reader ada lagi (April 2013) sampai la saya guna Feedly. Mula2 dulu ingat APA ni mcm Sungai Derhaka, Amenoworld, ect sbb cara "balun" kerajaan tu mmg ala2 blog PR gitu. Tapi bukan sbb saya sokong PR yg saya tertarik, tapi sebab saya mmg sokong BN, jadi konon2 saya nak buat blog ni as balance to blog pro-BN yg lain. Tapi mmg terkejut (dan relief sgt2 actually) yg it turns out APA ni mmg sokong kerajaan rupa2nya. Dia punya perasaan tu kan, mcm bila kita selalu tgk arwah Mahmud June jadi antagonis je, tiba2 dia dapat watak jadi baik. Kan rasa seronok kan? :) Saya mula perasan masa awal bulan puasa dulu. Tapi kalau dari azali blog ni mmg APA sokong kerajaan pun dan saya yg poyo2 ingat dia blogger PR, maaflah. Mmg silap saya then. Ni first time saya komen dkt blog APA ni, dan lama dah nak luah pasal ni. Huhu. Bottom line, saya akan terus setia baca blog ni, sbb penyampaian dia walaupun bhs kasar ala2 House PK, tapi rasanya teguran tu mmg ikhlas dan benar. Bro/uncle APA, teruskan perjuangan! :D

FARHAN M

Anonymous said...

Bro terlalu awal utk bg kredit pd PM. Dlm paper mmg bgs bro...agenda memperkasa ekonomi bumiputera bkn agenda br...dr dulu dah ada..masalahnya ialah pelaksanaan....yg kita lihat akhirnya akan berakhir dlm poket individu pilihan...gua pn bkn salahkan kalau nak pemimpin nak bg kroni...tp biarlah tolong sekali jer...ini tidak..balik2 org tu jer...lu bygkan la...kalau dr dulu bg org berlainan...dah berapa byk jutawan org melayu hari ini....apa ygbkita inginkan ialah suasana perniagaan dan pemilikan aset spt kelantan...lu msk KB kita boleh nampak majoriti kedai2 org melayu...tp cuba lu msk JB...nak cr kedai melayu pn susah....dr bjb

Anonymous said...

Yg penting ko ngaku gak penyamun penyamun negara itu terlalu ramai dlm umno

Anonymous said...

Aku mula menyusup ke blog APA sbb tertarik dgn artikel projek air mineralnya.Marah bebeno bro
APA masa tu dgn BN..Kemarahan berterusan dalam artikal SPAD tapi tak ada sambungan artikel tu.Setiap hari aku baca sekurang2nya 50 blog pro BN tak termasuk blog belah sana.Aku pun
tak pasti blog APA ni dipihak mana.Sini bantai sana pun bantai.House PK bahasa elok lagi banding dgn APA.Sebulan dua ni APA ada dlm ranking blog pro kerajaan.Kalau tak de blog porno Pilihan Anda ,APA dah berada kat ranking ke dua bro.Aku tetap sokong.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts