Iklanraya @NajibRazak sekejap ada..sekejap tak ada macam biskut apakenama tu...


Dari blog Hussein Lempoyang...

Aku memerhati isu iklanraya Najib sejak dari minggu terakhir kita berpuasa lagi.Tapi sehingga takbir raya bergema tak nampak pun rupa iklan akan muncul.Alih alih 3 bloggers Mymassa,Dinturtle dan 1Peluru bertelingkah disaat orang duk sibuk beraya pasal isu ini dan dilawakkan pula oleh Hussein Lempoyang...he he he.(imej atas)



Sekejap ada...

Jadi aku pun gatal gatal duk tumpang sekaki membaca apa yang menjadi perteligkahan mereka.Ternyata video iklanraya yang dikatakan oleh Mymassa itu WUJUD TAPI TAK WUJUD lagi sekarang ini sebab semasa Mymassa post video itu boleh ditonton oleh public tapi sekarang dah jadi PRIVATE lah ntah pasal apa (printscreen disertakan).


Sekejap tak ada..

Dalam hal ini aku salahkan Tukang Propa PM dan PM sendiri yang mengamalkan sikap berpilih pilih dalam menghadapi hari perayaan kaum kebelakangan ini.Mana mungkin umat Islam negara ini tidak berkecil hati bila PM dalam perayaan Tahun Baru Cina awal tahun ini beriya iya dengan video propa dan banner banner ucapan yang berselirat ditiang tiang lampu seluruh negara.Tapi bila tiba sambutan Aidilfitri sunyi dan sepi....

Kita pun faham yang sambutan Tahun Baru Cina kebetulan sangat hampir dengan PRU13 dan ianya digunakan olek Tukang Propa sebagai salah satu platform kempen pilihanraya,tapi kalau itu mampu dilakukan untuk kaum Cina,apa salahnya PM tidak mengecilkan hati Umat Islam Melayu dengan melakukan perkara yang sama?Itu saja sebenar isunya....

Apapun kalau video yang dimaksudkan itu yang macam printscreen Mymassa diatas,rasanya ini video yang sama yang semua saluran tv sedang mainkan dari masa kesemasa.SO NO BIG DEAL..

Lagi satu...

Blog blogger No.1 Dr.Novandri pun ada promo video ini macam Mymassa gak tapi video ini pun dah tak boleh diakses.Jadi ada eluknya pihak yang upload video ini buat sesuatu sebelum isu video ini menjadi viral yang akhirnya akan hanya mengwujudkan berbagai persepsi dan spekulasi....



4 comments:

Anonymous said...

Mengharap benar agar sesekali "yang diatas" tu cuba memperlihatkan ciri-ciri jati Melayunya.

Orang Melayu taklah susah sangat hendak dipujuk dan diambil hatinya...cukup sekadar perihatin pada apa-apa yang bersifat Melayu Islam.Tak lah pula sampai terpaksa menghambur jutaan ringgit dan merayu merendah diri semata-mata untuk mengambil hati

Simplenya pemikiran dan kehendak Melayu ini walaupun apa yang ada habis digadai.Dari itu sayangilah bangsa kita ini tanpa pula kita abaikan bangsa lain dan simpanlah apa -apa yang tinggal untuk bangsa sendiri. .

Anonymous said...

Apasal tiba-tiba rasa ketinggian si dia itu naik mendadak? hahaha... kamon la...

Anonymous said...

Dah sama tinggi pula...

Anonymous said...

article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts