Bila pegawai PM @NajibRazak macam Sahlan dan sejenis dengannya tidak tahu bidang kuasa masing masing,pentadbiran jadi haru biru


Aku akan terus memperkatakan tentang Pegawai  Pegawai Perdana Menteri sama ada yang berjawatan SUPOL atau tidak SUPOL dan artikel ini pun ada kaitan dengan para pegawai dan para supol menteri menteri yang lain.Tapi untuk artikel ini aku akan hanya fokus kepada Dato Shahlan Ismail Nasution,Mantan Supol yang dikatakan kembali kepejabat PM selepas KALAH bertanding PRU13 dengan strategi baru dengan mengwujudkan satu jawatan baru yang tidak pernah ada sebelum ini iaitu PENGARAH STRATEGIK,sama saperti jawatan yang dipegang Rafizi Ramli dalam PKR.Mungkin juga Sahlan dapat idea dari adik dia Saifuddin Nasution yang duduk disebelah sana bila semua SUPOL PM yang tewas tempohari tidak kembali kepejabat PM kerana malu besar.Jadi artikel kali ini KHAS UNTUK SAHLAN dan tiada kena mengena dengan orang lain terutama SUPOL baru PM Datuk Khairun Aseh.Jadi kau Khairun duduk diam diam dan baca artikel aku ini dan belajar bagaimana untuk jadi seorang SUPOL yang dihormati dan disegani oleh semua orang dan bukan jadi "punching beg" macam Sahlan ini bila orang dah hilang hormat pada dia.

Satu perangai buruk Sahlan yang tidak masuk dek akal dan menjadi buah mulut selama ini ialah dia cuba menunjukan KUASA dia lebih dari para menteri dengan mempengerusikan banyak mesyuarat strategik dan operasi sedangkan fungsi utama dia sebagai Pegawai Perdana Menteri hanyalah mewakili Pejabat Perdana Menteri dan melaporkan apa yang telah diputuskan secara konsensus oleh semua yang terlibat.Itu sepatutnya kerja Sahlan...

Contohnya semasa Dato Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan.Dato Rais adalah seorang Ketua Bahagian, Ahli Parlimen yang menang dikawasan yang ditandinginya dan dilantik ke kabinet oleh PM untuk mengetuai kerja kerja penerangan yang melibatkan dasar dasar kerajaan.Olehitu pegawai yang berada di PMO atas lantikan PM macam Sahlan dan lain lain WAJIB menghormati Rais Yatim dan tidak OVER RULE beliau dalam hal hal yang melibatkan penerangan dasar kerajaan.

Begitu juga Dato Ahmad Maslan,beliau adalah seorang Ketua Bahagian,Ahli Parlimen yang menang dan seorang Timbalan Menteri yang dipertanggung jawapkan oleh Presiden dan MKT Umno untuk menjaga segala aspek penerangan parti Umno.Maka orang macam Sahlan WAJIB menghormati keputusan Ahmad Maslan dalam hal hal berkaitan penerangan Umno dan bukan OVER RULE beliau.

SAHLAN...CUBA LU TELANJANG DEPAN CERMIN LEPAS TU BUAT PENILAIAN TENTANG DIRI LU SENDIRI.

Apa yang dilakukan Sahlan dan Supol Supol PM sebelum ini saperti mengambil peranan Menteri Menteri yang ada yang dilantik oleh Perdana Menteri sendiri.Ianya saperti menggambarkan PM tak happy dengan prestasi Menteri dan Timbalan Menteri sebagai Ketua Penerangan Kerajaan dan Umno maka SUPOL PM terpaksa campurtangan dan over rule tindakan mereka.Kalau sudah begitu ada baiknya PM pecat saja Rais Yatim dan Ahmad Maslan dan lantik Sahlan jadi Senator supaya boleh ambil alih dua tugas penting ini.Jadi bolehlah dia berlagak dan baru kena pada tempatnya..

Sepatutnya...

Menteri mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa atau operasi dan pegawai PM (supol atau tak supol) hanya bertindak sebagai salah seorang anggota mesyuarat yang membantu memberi pandangan bagi pihak Pejabat Perdana Menteri,bukan buat kerja songsang SUPOL pengerusikan mesyuarat dan Menteri pula kena ikut arahan dia.

Menteri kemudiannya akan melaporkan hasil mesyuarat kepada Kabinet,Ketua Penerangan akan melaporkan kepada Majlis Tertingi Umno dan SUPOL atau Pegawai PM akan melaporkan kepada Perdana Menteri dan PMO.Itu aturan yang mudah yang susah sangat Sahlan nak faham atau memang buat buat tak faham..

Samalah saperti yang sepatutnya berlaku dalam hal hal berkaitan IPT dan mahasiswa sebelum ini.Sepatutnya hal hal berkaitan kementerian Dato Khaled Nordin yang patut pengerusikan mesyuarat dan hal hal yang melibatkan Biro IPT adalah tanggung jawap Dato Razali Ibrahim dan bukan Sahlan yang menyibuk jadi pengerusi!

Aku belum nak sentuh lagi apa yang berlaku dalam WAR-ROOM dimana Sahlan memberi penerangan kepada PM waktu itu dan selang sehari apa yang dibentang malam itu sudah berada ditangan adik dia Saifudin Nasution yang kemudiannya dispin oleh siber troopers Pakatan Rakyat.Aku bukan nak tuduh Sahlan yang menyalurkan maklumat kepada Saifuddin tapi agak pelik bila MATERIAL SULIT begitu boleh terlepas ketangan Saifuddin...Ada sesiapa boleh bagi pencerahan bagaimana ini boleh berlaku?

Jadi kesimpulannya...

Sebagai rakyat,ahli Umno dan bloggers mesra Umno suka aku menyarankan kepada Perdana Menteri ,jika Dato Seri merasakan Menteri Menteri lantikan Dato Seri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno lebih teruk dari SUPOL Dato Seri Shahlan Ismail Nasution yang juga abang kepada musuh politik Dato Seri Saifuddin Nasution,maka pecatlah semua mereka dan lantiklah Sahlan Ismail Nasution untuk jawatan apa saja yang disukainya selama ini sebab perangai dia dah macam cacing naik kemata.Perangai begini tidak boleh terus didiamkan demi menjaga nama baik Dato Seri dan kerajaan dimata rakyat.Kita tidak mahu ada pegawai atau supol siapa sahaja yang terlebih sehingga tidak tahu menghormati Menteri,Ahli Parlimen dan jawatan yang Dato Seri sendiri lantik.

Kepada segala Tok Nenek Pegawai/Supol Perdana Menteri dan Menteri Menteri yang baru dilantik....

Ini pesanan aku kepada korang...

Kalau korang perasan sangat nak BERKUASA lebih daripada Perdana Menteri atau Menteri sila bertanding dalam PRU lain kali.Kalau korang nak over rule MKT Umno sila bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi hujung tahun ini,itu baru dinamakan Anak Jantan bukan Khunsa yang berselindung disebalik kuasa orang lain.Tapi dengan syarat....kalau korang kalah bertanding BERAMBUS !Jangan datang balik macam Sahlan buat muka terompah sumbing!

Kalau korang takde telor dan memang dalam kategori separa-khunsa dan tak berani nak bertanding eluk korang belajar ETIKA menjadi pegawai atau supol siapa saja dan dihormati.Belajar menghormati HARAKI dalam kepimpinan kerajaan mahupun parti.Jangan cetuskan "budaya kurang ajar" dan tidak menghormati Menteri dan Majlis Tertinggi yang duduk dijawatan masing masing atas keberanian mereka bertanding untuk jawatan itu.Kepada pegawai dan supol muda yang baru nak menjilat kemanisan kuasa saperti Khairun Aseh dan yang lain belajarlah dengan OTAI OTAI SUPOL PM terdahulu bagaimana nak jadi seorang supol yang baik dan jangan belajar dengan Shahlan Ismail Nasution...hampehhhh!

P/S : Jangan nanti ada yang kata APA pun sama mengutuk menteri/pemimpin umno tak hingat hingat.Helo brother....gua bukan pegawai atau supol PM atau Menteri,jadi gua peduli apa!




3 comments:

Anonymous said...

Aku tak hairan dengan pelantikan mamat ni...sebab sebelum ini pun najib lantik ketua perusuh hindraF jadi timbalan menteri ....apa nak dihairankan.......Najib kan PM dia ada kuasa .......Orang melayu melalak ke ,menyumpah ke dan macam macam lagi Ada najib kesah?......Najib bukan melayu ...najib tiada jiwa Melayu ...Najib tiada dan tidak faham kesusahan Melayu...sebab najib adalah anak TUN hj Abdul Razak .
najib sedang main dam haji dan buahnya adalah orang orang Melayu.

Anonymous said...

ambik yg angguk kan senang..ikut aje takde bantahan.. jd jika nak untung diri keluarga kroni kan mudah. takde bantahan.. pulun selagi mampu.. rembat selagi mau.. kaut hingga puas.

bayangkan najib jatuh.. sapa meraung???? punahsihat???? keluarga????? apa... hehehe??? rakyat..cina atau melayu?????

saya...mmmm....mmmm..mcm mana ya... happyyyyyyyyyyy... ganti la org lain oooiiii.. tak tahan lagi nak tengok ongggg punahsihat tu..

Anonymous said...

Huhu..gua rasa najib ambik Sahlan balik psal nak korek rhsia Pkr atau PR..Tpi gua rasa rahsia BN yg terkorek keluar..Cyber tropers Bn melalak mcam anjing dpt kontrak juta2 ka...hampeh,shahrizat dpt ratus juta...lps tu ada cmpany pulak take over byar hutang...huh wangi punya lembu

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts