Awas !!! APA TERJAH Iftar Ramadhan Pemimpin Umno Bersama Fakir & Anak Yatim. @NajibRazak




Saperti yang aku janjikan sebelum ini,sepanjang bulan Ramadhan kali ini aku akan MENERJAH mana mana majlis berbuka puasa PEMIMPIN UMNO atas konsep meraikan Anak Anak Yatim & Fakir Miskin.Tidak kira dimana majlis ini bakal diadakan aku pasti sampai tanpa diundang,bukan untuk menjamu selera tetapi untuk memerhatikan bagaimana pemimpin melayan golongan yang kononnya mereka raikan saban tahun sepanjang bulan Ramadhan.Tidak dinafikan kebanyakan Pemimpin Umno memang iklas meraikan "golongan tidak bernasib baik" ini,tetapi tidak kurang juga ada diantara mereka yang mengambil kesempatan atas program ini untuk "publisiti murahan politik mereka" sedangkan layanan yang diberikan kepada golongan ini macam haramjadah.


Kalau nak bagi mereka duduk atas lantai macam ini baik tak payah..
Korang sedap sedap duduk atas kerusi...

Tahun lalu 2 majlis begini dan 2 pemimpin aku kantoikan berperangai macam haramjadah.Itupun melalui maklumat dan gambar yang dikirim oleh individu yang hadhir dalam majlis itu yang sakit mata melihat cara golongan yang kononnya diraikan ini dilayan oleh pemimpin.Jadi tahun ini aku abadikan sebulan Ramadhan ini untuk MENERJAH mana yang sempat majlis yang bakal diadakan oleh pemimpin.Kalau baik layanan yang diberi maka baiklah ulasan aku,tapi andaikata macam haramjadah korang bersedialah untuk aku telanjangkan dihari baik bulan baik nanti.



Kalau makanan macam ini tak payah raikan lah mereka ini...
Kat Chow Kit pun melambak...

Aku pasti tahun ini majlis meraikan golongan fakir dan anak yatim ini akan meningkat 3 kali ganda dari tahun sebelumnya memandangkan ini TAHUN PEMILIHAN UMNO,maka ramailah pemimpin yang bercita cita untuk mengetengahkan diri mereka akan menggunakan platform (majlis) ini untuk tujuan promo diri masing masing,tetapi AWAS!! jangan buat silap kerana aku akan berada disana nanti.

Kepada pemimpin yang rasa nak MENGHALANG kehadiran tanpa diundang aku silakan...aku tak ada hal,tapi PASTI halangan itu nanti akan aku tulis diblog ini.Jadi kalau tiada apa yang nak disorokan dan kalau layanan yang bakal diberikan kepada golongan ini VVIP treatment apa masaalahnya kalau aku hadhir.Lagipun aku rasa aku layak gak tumpang berbuka memandangkan aku pun dah jadi PENGANGGUR sejak habis PRU13 lalu....he he he.

SEE YOU ALL UMNO's BROTHERS AND SISTERS


2 comments:

Anonymous said...

Kak Midah kenapa xde trpilih sbg Rejected..?

Prince of Noob said...

terjah bro jangan tak terjah

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts