Sejarah Pertikaian Guru Guru Dengan Umno Sejak Sebelum Merdeka - Bah 1 (Pengenalan) @NajibRazak


Hari ini kita memperkatakan tentang kecenderungan para guru/pendidik/pentadbir sekolah,kolej dan universiti yang menyokong parti pembangkang Pakatan Rakyat berbanding dengan parti kerajaan Barisan Nasional yang selama ini menaungi mereka melalui Kementerian Pelajaran yang sebelum ini juga dikenali sebagai Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Rata rata ahli Umno dan para penyokong kerajaan mempertikaikan akan sikap para pendidik dan tenaga penggerak dasar dibawah kementerian ini yang dicop sebagai "tidak mengenang budi" memandangkan selama ini Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka bahkah begitu banyak insentif yang diberikan kepada golongan ini.

Mungkin ramai yang menyangka sikap anti-establishment terhadap kerajaan(baca Umno) oleh kaum pendidik ini suatu FENOMENA BARU yang muncul sejak kebelakangan ini tanpa mengetahui sejarah dan latar belakang PERTEMBUNGAN mereka(para guru dan Umno) telah berlaku sejak sebelum merdeka lagi sehingga hari ini.

Jadi sebelum blog ini pergi lebih jauh lagi memperkatakan tentang punca KEGAGALAN MENTERI PELAJARAN menangani situasi ini dan BEBANAN TUGAS terhadap golongan ini yang menambah kebencian dan kemarahan mereka kepada kerajaan (baca Umno),eluk rasanya kita selusuri sejarah "pertembungan" diantara kaum guru ini dengan Umno saperti yang ditulis oleh Ibrahim Mahmood dalam buku beliau bertajuk Sejarah Perjuangan Umno terbitan Pustaka Antara tahun 1981.

Semoga dengan sedikit pencerahan tentang kenapa sikap ini wujud dalam hati para pendidik sejak sekian lama sehinggalah kehari ini,maka Para Pembuat Dasar dan Menteri Pelajaran mungkin dapat memikirkan kaedah yang lebih sesuai cara bagaimana untuk mendekati hati para guru ini dan bukan sekadar dilihat seakan "CUBA MERASUAH" mereka dengan menghambur berbagai faedah dan insentif dengan harapan mendapat "sokongan" mereka tanpa menyedari ianya hanyalah "AN INSULT TO THEIR INTELIGENCE"....

Nantikan kalau tidak malam ini..esuk InsyaAllah aku akan mulakan siri ini.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts