Bila lagi nak balun Pak Lampir aka Zain Badak aka Zuraidah? @NajibRazak


Nampak seakan serangan bertali arus terhadap Allies Nor dah berhenti seketika.Tak tahulah aku sama ada berhenti terus atau semua yang terlibat sebelum ini rihat ambik nafas re-group dan akan buat second wave lepas ini.Apapun eluklah kalau berhenti sebab yang diserang itu pun tak ada kena mengena dengan prestasi malapetaka BN Selangor apatahlagi bab memilih calun calun "Guarantee Kalah" yang dah terbukti kalah pun dalam PRU lepas.

Apakata kalau korang Blogger Blogger Zuraidah  mula serang Zain Badak aka Pak Lampir aka Zuraidah pula?

Ha ha ha...aku rasa tobat tak ada sape yang berani,sebab dah tersengkak kenyang perut masing masing dibagi makan Zain Badak guna dana Umno Selangor.Bukan sikit beb..jatuh bergolek bijik mata kalau blogger lain tahu betapa lumayannya pendapatan setiap seorang dari mereka,sehingga ada blogger (nama besar)yang cuma keluar 1 artikel sahaja sepanjang tempoh dari penamaan calun 21/4/2013 sehingga hari mengundi 5/5/2013 tapi pendapatannya mak datuk...lumayannnn.Itu belum lagi dicampur 10K sebulan yang dibayar BTN secara tetap,pendapatan mengekuri H2O kesana kemari dan pendapatan dari penyenaraian "nama besar" dia dalam list Selangor,Sarawak dan ntah apa apa lagi senarai.Bayangkan beb....satu artikel saja..he he he.

Itu pun tak kisahlah...dia dan kawan kawan dia pandai Umno bodoh dan dah memang ditentukan itu rezeki dia dan mereka,kita tumpang dengar jadilah...kita saja yang tak pandai nak cari lubang yang macam diaorang jumpa.Kalau kita jumpa lubang yang macam diaorang jumpa pastinya kita pun tidak jauh berbeza dengan mereka.

Jadi sebab aku tak rasa yang MEREKA akan serang Zain Badak,maka biarlah aku seorang saja yang buat kerja gila ini.Aku serang Zain Badak bukan kerana aku sokong atau nak bodek Allies Nor tapi aku serang sebab Zain Badak tak masukan nama aku dalam SENARAI ZURAIDAH macam mereka yang ada dalam senarai itu.

Kah kah kah...lawok je...

Okay kita serius sikit...


Blogger "Nizam" vs "Blogger Zuraidah"...
Siapa Besar?

Aku nak Zain Badak bertanggung jawap 100% atas kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan calun calun BN Selangor yang keputusannya dah geli tekak aku nak menyebutnya berulang kali.Jangan lepas tangan dan biarkan orang yang tiada kena mengena (Allies Nor) jadi "kambing hitam" untuk tutup DOSA dia terhadap setiap pengundi dan penyokong Barisan Nasional secara keseluruhan dan di Selangor ini khasnya.Jangan gunakan blogger blogger dibawah "payroll" Senarai Zuraidah untuk alihkan pandangan terhadap war-room dan Allies Nor bila yang bertanggung jawap memilih,mencantas dan menaikan nama calun adalah "kerja-buat" lu seorang dan tiada orang lain selain lu bhai...

Habis orang orang Khir Toyo lu cantas dan Noh Omar pun kena kencing dengan "game" lu bhai..betul tak?Ini maklumat sahih dari War Room dan Inner Circle lu sendiri bhai dan ianya datang berserta "bukti".Sampai lu boleh bikin "Blogger Pro-Khir Toyo" yang pernah menatang penuh Khir Toyo dulu berpaling tadah dalam agenda lu mengenggkang kemaraan orang orang Khir Toyo di Selangor.

Ini belum lagi mengambilkira lu membiarkan campur tangan Tun M dalam pemilihan calun calun untuk Parlimen Gombak dan Ampang yang menyaksikan dua calun "SUSPEK KES KHALWAT" yang sebelum ditandingkan dah diketahui umum "guarantee kalah" dan ternyata memang kalah.Jadah apa lu buat keputusan macam itu Bhai?

Kalau nak buat keputusan macam yang dah dilakukan di Gombak dan Ampang tidak perlulah laporan berbagai agensi yang selama ini membazirkan wang rakyat dan masa mereka untuk menyediakan laporan peryediaan calun calun.Baik panggil cucu aku yang baru habis belajar Tadika tu buat...sebab keputusan nya guarantee sama dengan apa yang lu buat Bhai...

Jadi kepada blogger blogger Tun M sila jawap isu calun Gombak dan Ampang yang dikaitkan dengan campurtangan boss korang..

Siapa ya BLOGGERS TUN M...?

2 comments:

Unknown said...

Alamak sudah terang lagi bersuluh.

Sudah terlanjur pos entri ni, teruskan sajalah APA saya dok tepi kunyah kacang rebus sambil minum kopi o sejuk ^_~

Aku Peduli Apa @ APA said...

Pelan pelan JS tk perlu gopoh.Kacang dgn kopi o tu jgn habiskan...tinggalkan gua sikit

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts