Sepetang bersama Mantan Menteri KBS di #FBP13 @PortalSGB @Khairykj


Petang semalam sebelum majlis pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 oleh Perdana Menteri aku terserempak dengan Mantan Menteri KBS sebelum ini Datuk Ahmad Saberi Chik di tapak pentas utama bersama pegawai pegawai beliau dari kementerian yang baru diterajui beliau.Aku terpanggil untuk singgah sekejap dan menegur beliau disitu sambil merakamkan beberapa keping gambar,apatahlagi salah seorang pegawai beliau adalah kenalan peribadi aku yang sudah agak lama tak aku temui.

Pada mulanya aku ingat persinggahan beliau cuma sebentar tapi bila aku amati perbualan beliau dengan urusetia dan pegawai yang mengendalikan pentas utama untuk acara pelancaran malam tadi ternyata beliau amat mengambil berat tentang festival ini walaupun sudah berpindah ke kementerian yang baru.

Jelas terpancar kegusaran diwajahnya dan seakan satu "attachment" bila membicarakan tentang Festival Belia Putrajaya ataupun Himpunan Sejuta Belia Putrajaya nama awal festival ini yang kalau tak silap aku hasil cetusan idea beliau sendiri kepada Perdana Menteri.Apatahlagi aku pasti sebelum beliau dipindahkan ke kementerian baru dalam penubuhan kabinet selepas PRU13,festival belia ini memang menjadi agenda utama beliau...tup tup bertukar kementerian.Mungkin itu kegusaran yang aku lihat terpancar diwajah beliau petang semalam ditapak pesta utama.

Sebab itu juga kami yang saban tahun ditugaskan membuat liputan dan promo festival ini terasa saperti kehilangan sesuatu kali ini...iaitu sentuhan peribadi Saberi Chik.YB Khairy Jamaluddin yang baru mengambil alih disaat festival ini diperingkat akhir perlaksanaan nya mungkin tidak dapat menyumbang banyak dan hanya melengkapinya dengan kehadhiran beliau sebagai Menteri KBS.Pun begitu,menyaksikan kesungguhan yang ditunjukan oleh KJ dalam semua aktiviti yang telah dijalankan setakat hari ini aku YAKIN beliau akan dapat menyuntik semangat dan idea baru untuk festival ini ditahun tahun akan datang supaya ianya menjadi sesuatu yang dinanti nantikan kehadhirannya oleh para belia saban tahun.InsyaAllah.


























0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts