Nelayan ini perlu bantuan segera #P146 @razaliibrahim @P146Muar


En.Osman Bin Ahmad



Semasa makan tengahari di Jeti Bentayan tengahari tadi aku sempat berbual dengan nelayan
nelayanyang tidak turun kelaut disebabkan cuaca yang tidak berapa baik.Banyak permasaalahan
yang mereka hadapi diluahkan kepada aku,tapi itu akan aku ceritakan dalam artikel aku selepas ini.Walaupun nelayan di Jeti Bentayan ini berada dalam kawasan Parlimen Bakri namun aku
rasa tidak banyak bezanya masaalah mereka dengan masaalah nelayan nelayan lain sepanjang
muara Sungai Muar ini terutamanya nelayan dalam Bandar Muar ini.

Walau bagaimana pun untuk artikel ini aku hanya ingin mengetegahkan masaalah seorang
nelayan En.Osman Ahmad yang minta aku memanjangkan masaalah yang dihadapinya kepada
mana mana pihak yang sudi membantu terutamanya kepada calun Barisan Nasional Parlimen
Bakri dan juga calun #P146 @razaliibrahim.


Surat pengesahan hospital Nur Fatin Fatwah

En.Osman menghadapi masaalah terpaksa menjaga anaknya(anak tiri) Nur Fatin 
Fatwah bt Abd Aziz yang kini dirawat di Wad Cempaka Hospital Besar Sultanah 
Aminah Johor Bahru setelah dipindahkan dari Hospital Muar kerana ketiadaan pakar
yang boleh merawat penyakit anaknya itu disini.Hari ini masuk 10 hari anaknya itu berada
di Hospital Johor Bharu dan dia gagal berada disisi anaknya itu disebabkan dihimpit
masaalah kewangan yang amat kritikal.

Beliau merayu bantuan kewangan dari individu yang prihatin untuk membolehkan beliau
berada disisi anaknya itu dan kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah
mencari beliau di Jeti Bentayan.


Jeti Bentayan.
Nampak tak bendera Pas dan DAP dibelakang sana?
Inilah masanya...

Aku rasa Dato @razaliibrahim pun tak keberatan membantu sahabat kita ini walaupun
beliau bukan pengundi di #P146 Muar tetapi atas hablum minnanas kita sesama manusia seagama.Pastinya bantuan kepada beliau akan mencerminkan keperihatinan pemimpin
Barisan Nasional melangkaui sempadan daerah mengundi masing masing.

Ada video dari seorang ayah untuk anaknya yang aku rakamkan sebentar tadi yang akan
aku paparkan disini nanti.


Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts