Pages
▼
Hijrah yang mungkin tidak kesampaian....
Kempen Pilihanraya Kecil N.20 Sg Limau cuma tinggal 3 hari sebelum hari penentuan 4 Nov ini.Pastinya disaat saat akhir ini segala tenaga dan strategi akan digembeling kedua belah pihak parti yang bertanding untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Pastinya dalam sehari dua ini Sg.Limau bakal menyaksikan kebanjiran lebih ramai orang luar (BN dan Pakatan Rakyat) dan ramai GERGASI GERGASI POLITIK kedua belah pihak yang akan berkampung disana.Siapa yang akan menyerlah dalam PRK kali ini banyak bergantung kepada apa yang dibuat atau tidak dibuat oleh ORANG ORANG LUAR ini.
Pengalaman berada disana sebelum Hari Penamaan Calun dan beberapa hari dalam waktu kempen,sedikit sebanyak memberikan aku gambaran tentang sentimen penduduk setempat dan apa yang mereka rasakan tentang kebanjiran ORANG ORANG LUAR ini.Apa pun aku hanya akan mengulas bab ini selepas keputusan PRK ini kita ketahui malam 4 Nov nanti.
Kalau ditanya pendapat aku secara peribadi,aku hanya berani mengatakan yang HIJRAH YANG DITUNTUT MUNGKIN TIDAK KESAMPAIAN....walaupun aku nak sangat BN menang di Sg.Limau ini...
Parti mana pun yang bakal menang nanti,rasanya MAJORITI hanya kan berlegar dibawah satu ribu undi.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.