Hijrah yang mungkin tidak kesampaian....


Kempen Pilihanraya Kecil N.20 Sg Limau cuma tinggal 3 hari sebelum hari penentuan 4 Nov ini.Pastinya disaat saat akhir ini segala tenaga dan strategi akan digembeling kedua belah pihak parti yang bertanding untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Pastinya dalam sehari dua ini Sg.Limau bakal menyaksikan kebanjiran lebih ramai orang luar (BN dan Pakatan Rakyat) dan ramai GERGASI GERGASI POLITIK kedua belah pihak yang akan berkampung disana.Siapa yang akan menyerlah dalam PRK kali ini banyak bergantung kepada apa yang dibuat atau tidak dibuat oleh ORANG ORANG LUAR ini.

Pengalaman berada disana sebelum Hari Penamaan Calun dan beberapa hari dalam waktu kempen,sedikit sebanyak memberikan aku gambaran tentang sentimen penduduk setempat dan apa yang mereka rasakan tentang kebanjiran ORANG ORANG LUAR ini.Apa pun aku hanya akan mengulas bab ini selepas keputusan PRK ini kita ketahui malam 4 Nov nanti.

Kalau ditanya pendapat aku secara peribadi,aku hanya berani mengatakan yang HIJRAH YANG DITUNTUT MUNGKIN TIDAK KESAMPAIAN....walaupun aku nak sangat BN menang di Sg.Limau ini...

Parti mana pun yang bakal menang nanti,rasanya MAJORITI hanya kan berlegar dibawah satu ribu undi.


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts