Pages

Jentera Wanita yang tak kenal erti jemu...



Saban PRU dan PRK sejak sekian lama,jentera Wanita Umno lah yang memainkan peranan yang begitu besar dalam memastikan Umno/BN terus memerintah negara ini.Wanita Umno baik dari peringkat mana pun mereka berada tetap bersungguh sungguh dengan gerak kerja mereka mendekati para pengundi dalam program Jalinan Rakyat yang tidak pernah berhenti walaupun setelah tamat PRU.

Tapi agak malang bila melihat "Tenaga Tenaga Wanita Kental" ini ramai ditolak dalam Pemilihan Umno 2013 yang baru berlalu untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi yang mereka tandingi,seolah olah tiada tempat untuk mereka yang selama ini menabur bakti untuk parti tanpa mengira masa dan tenaga.Bahkan lebih malang lagi bila melihat "Jantan Jantan Umno" yang jasa dan bakti mereka tak setara mana dipilih kejawatan ini untuk memanaskan kerusi Majlis Tertinggi.


Contoh paling nyata adalah Kak Midah (Dato Hamidah Osman) yang ditimpa kekalahan demi kekalahan.Bermula dengan tewas di Dun Sg.Rapat dalam PRU13 yang lalu,dia juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng dan merebut salah satu kerusi Majlis Tertinggi dalam Pemilihan Umno baru baru ini.Namun begitu bagai seorang SRIKANDI yang tidak mudah mengalah dan berputus asa kelibat Kak Midah tetap kelihatan dalam PRK Sg.Limau bertungkus lumus bersama sama Jentera Wanita yang lain yang dipimpin DS Sharizat berusaha mencari kemenangan untuk calun Barisan Nasional untuk kali ini.

Sampai bila "tendang terajang politik Umno" akan terus memangsakan Calun Calun Wanita Umno saperti Kak Midah dan ramai lagi yang lain?

Sedangkan mereka mereka inilah Wira Wira Tak DiDendang yang tanpa rasa jemu terus berbakti terhadap parti yang memungkinkan "Jantan Jantan Haprak Umno" terus selesa dikerusi kuasa mereka.Siapakah yang aku maksudkan dengan "Jantan Jantan Haprak Umno"..?

Sendiri telanjang depan cermin sendiri tenguk dan sendiri jawap.......



Ada yang cuba diluahkan Kak Midah bila melihat raut wajahnya..



Ong Tee Keat ketika singgah di Bilik Gerakan Wanita BN-Umno


Nak makan pun tak senang...


Mendengar taklimat dari Kak Ijat




Kak Ijat dalam pose pose yang berbeza...














Salah seorang jentera Wanita yang mengambil kesempatan mengail ikan
ditaliair berdepan PDM mereka...


Jam dah melepasi tengahmalam tapi mereka masih belum berhenti bekerja...




Melihat hasil tangkapan sahabat mereka...



Tu dia....lumayan jugak


Yang ini jantan pun bukan pompuan pun bukan...
Dia cuma ambil kesempatan bertugas diluar sawah padi sempena PRK ini...

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.