Kalau kita semua ada ini..jom kita lakukan.
Ini sambungan dari artikel aku sebelum ini Peringatan kepada Semua Ahli Umno...jangan simpan pemimpin bermasaalah..@NajibRazak tentang perubahan radikal yang WAJIB dilakukan oleh Semua Ahli Umno dalam membuat pilihan pemimpin mana yang mereka mahu kekal dan terus memimpin Umno.Sebelum ini aku ada senaraikan nama Ketua Ketua Bahagian WAJIB SINGKIR di negeri Selangor dan kali ini kita jengah siapa pula dinegeri PAHANG yang wajib disingkir jika mereka masih enggan melepaskan jawatan dan masih bernafsu mahu mengonggong kuasa.Ketika artikel ini aku tulis beberapa orang sahabat blogger sedang memberikan pencerahan tentang senarai Ketua Bahagian Umno WP jadi untuk mengetahui siapa dan siapa sila layari laman laman blog tersebut.
< Baca Lagi...>
Kenapa kita sebagai ahli Umno diperingkat akar umbi WAJIB melakukan tindakan radikal dan drastik kali ini dalam menentukan halatuju Umno dengan memilih PEMIMPIN YANG BENAR BENAR LAYAK dan berani berjuang demi agama dan bangsa?
Sebab inilah julung julung kalinya kita diberi peluang memilih siapa yang kita mahukan sebagai pemimpin kita diperingkat tertinggi kepimpinan Umno,dan ianya mesti bermula dari peringkat Bahagian dan bukan dari peringkat Pusat saperti sebelum ini.Dalam ertikata lain Umno tidak boleh ditransformasikan dari ATAS KEBAWAH tapi ianya hanya mampu dan akan berjaya dilakukan jika semua ahli Umno berani dan tegas melakukannya dari BAWAH KEATAS.Oleh sebab itu hampir kesemua kepimpinan diperingkat bahagian WAJIB ditukar tidak mengira sama ada mereka ini telah BERJASA selama ini kepada Umno,apatahlagi mereka yang kini telah menjadi PARASIT yang sedang membunuh Umno secara perlahan.
Inilah PENGORBANAN yang kita tuntut mereka lakukan demi survival parti Umno yang kini dalam keadaan tercungap cungap mencari nafas JIKA mereka benar benar berdarah PEJUANG dengan mengetepikan sentimen dan kepentingan peribadi sendiri.Umno memerlukan suntikan semangat baru bagi melonjakan parti keramat ini ketempat asalnya dimana ianya pernah dihormati dan disegani kawan dan lawan sebelum ini,dan untuk tujuan ini hampir kesemua PEMIMPIN yang memegang jawatan baik diperingkat bahagian,negeri mahupun pusat WAJIB BERKORBAN atau DIKORBANKAN!
So mari kita singgah ke negeri PAHANG tempat @NajibRazak kepala (ketua bahagian) kepada semua pemimpin Umno yang ada hari ini dan kita bersihkan sampah sarap yang ada disitu...
Kita mulakan dengan yang paling penyamun si JJ yang kini Duta ke Washington bertaraf menteri.Mamat sorang ini memang tak boleh simpan langsung dalam Umno dan orang Umno Rompin pandai pandailah carikan kerja lain untuk JJ lepas ini,umpanya jadi nelayan tangkap ikan talapia kat Tasik Cini ke..Tasik Bera ke.Sorang lagi yang juga tak boleh simpan dalam Umno ialah Ketua Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang GAGAL maksima bila bercakap pasal kekalahan 3-1 PRU14 kawasan yang dikuasainya.Jadi lepas ini Shakar boleh tumpu 100% jadi blogger ( penggiat media sosial) bidang yang dia perasan dia hebat sangat selama ini tapi sebenarnya hampehhh.
Pemimpin lain jenis kalah 4-0,3-0 dan 3-1 pun eluklah berundur cara hormat dan pada mereka yang kawasan mereka menang tapi mereka dah duduk atas kerusi Ketua Bahagian sampai akar pun dah keluar dari lubang dubur pun eluk sedar diri.
Untuk negeri PAHANG ini aku cuma rasa nak kekalkan tiga orang je,Ah Jib Gor "PM We Love You" Cinabeng,"Gangster Bentong" yang nasib tak kena kerat telinga Tok Nan dan Dato Abdul Rahman Mohamad Lipis.
Ketua Bahagian WAJIB SINGKIR
Rompin - Dato' Jamaluddin Jarjis
Temerloh - Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
Jerantut - Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar
Raub - Dato' Shahiruddin Moin
Indera Mahkota - Mohd Hazmi Yusof
Kuantan - Dato' Wan Adnan Wan Mamat
Paya Besar - Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
Maran - Datuk Tan Mohd. Aminuddin
Kuala Krau - Dato' Hj Ismail bin Hj Mohamed Said
Bera - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
BIAR KEKAL
Pekan - Najib Tun Razak
Bentong - Datuk Adnan Yaakob
Lipis - Dato Abdul Rahman Mohamad
Besuk kita lawat lak negeri Cik Mek Molek tenguk sampah sampah yang ada kat sana pula...
0 comments:
Post a Comment