@NajibRazak bukan Superman..bukan juga Ultraman...tapi - Pengenalan



Sejak beberapa hari lalu kisah KANGKUNG menjadi topik hangat yang diperkatakan rakyat Malaysia disana sini.Tumbuhan dalam parit dan taliair yang selama ini tak dipedulikan orang terutama orang kampung tiba tiba menjadi begitu POPULAR mengatasi populariti apa juga isu politik semasa.Kangkung lebih popular dari Isu Kalimah Allah..kangkung lebih diperdebatkan dari isu KEBACULAN Penasihat Undang Undang Umno Hafarizan yang telah meletakan maruah Umno didalam tandas bila dia (Najib tahu ke tidak?)  menarik balik semua SAMAN MALU Umno terhadap Tian Chua dan Stopa Ali dan banyak lagi isu isu kritikal yang tenggelam dek sayur kangkung yang selama ini hanya dianggap makanan orang kampung atau makanan lembu dan kambing saja.

Begitulah HEBATnya aura yang ada pada Najib Razak sehinggakan bila dia menggunakan KANGKUNG sebagai kiasan ianya menjadi TRENDING,bukan sahaja di Malaysia bahkan dah menular keluar negara walaupun untuk maksud yang negatif...

Dia seolah olah langsung tak dibenarkan  berkata apa apa dan langsung tidak dibenarkan melakukan apa apa oleh PENGKRITIK PENGKRITIK beliau.Mungkin ramai yang akan mencebikan bibir bila aku menggunakan terma HEBAT menggambarkan Najib Razak dan apa yang terpaksa dilalui beliau ketika ini dan sejak sekian lama.Ramai yang memang membenci Najib..ramai yang sedang membenci Najib...dan lebih ramai yang baru belajar nak membenci Najib hasil dari kerja propa dan persepsi yang dilakukan banyak pihak terhadap imej beliau dan isteri beliau selama ini.Tapi aku ingin membawa perspektif ANDA SEMUA dari sudut pandang yang berbeza dan untuk tujuan itu ANDA SEMUA wajib membaca artikel ini sehingga habis dan bila itu telah ANDA SEMUA lakukan anda berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan aku.Untuk berlaku adil ANDA SEMUA aku mohon berlapang dada dan membaca apa yang abakal aku tulis ini dengan hati dan pemikiran yang terbuka...

AKU SEBELUM INI ADALAH PENGKRITIK NAJIB DAN ROSMAH NO.1





Ini adalah sebahagian kecil dari ribuan PERSENDAAN yang pernah aku buat sebelum ini dan ini belum lagi diambil kira yang kategori "Terlajak Sadis"....

Semua pembaca blog ini yang mengikuti penulisan aku sejak blog ini wujud April 2010 pastinya tahu sentimen aku terhadap Kepimpinan Tertinggi Umno dan cara aku mempersenda dan memaki hamun mereka sebelum ini,terutamanya Paklah dan tidak terkecuali juga Najib Razak.Kalau aku ini Blogger Pro Pembangkang rasanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan tapi semua orang tahu aku ini Blogger Pro Umno dan bila penyokong Umno macam aku memaki hamun pemimpin sendiri NATIJAH amatlah tidak sihat bagi semua yang terlibat.Sehebat hebat blogger Pro Pembangkang rasanya belum ada yang berani menggunakan perkataan POOKEYMARK dalam penulisan mereka untuk menunjukan kemarahan mereka terhadap Najib Razak,tapi ayat ini merupakan ayat template dan trademark aku sebelum ini bila nak tunjukan kemarahan aku kepada Najib dan yang paling teruk menerima makian sebegini adalan Tun Abdullah Badawi.

Tapi semuanya berubah bila....


Dalam satu program maya anjuran Penerangan Umno tahun sudah (gambar atas) aku tanpa diberitahu oleh pihak Urusetia Penganjur telah didudukan betul betul disebelah Najib Razak sewaktu program berhenti rihat untuk makan tengahari.Perghhhhh...orang yang aku maki hamun bertahun tahun selama ini hanya duduk beberapa inici disebelah aku.Untuk beberapa ketika KAMI (aku dan Najib) hanya berdiam diri dan menjadikan hidangan makan tengahari waktu itu sebagai ESCAPISM kami untuk tidak berbual antara satu sama lain.Hidangan makan tengahari hari itu adalah Nasi Ayam yang dihidangkan bersama dengan sup tapi tidak dibekalkan dengan sudu dan aku melihat Najib begitu berselera makan sampai meminta ditambah ayamnya.Aku yang sejak tadi hanya merenung mangkuk sup aku tanpa menjamahnya kerana tidak disediakan sudu tiba tiba tersentap bila Najib disebelah aku selamba je...Slurrrrrpppppp menogok sup dia dengan mengangkat mangkuk dia kemulut.

ITULAH PERMULAAAN PERSEPSI AKU TENTANG MANUSIA BERNAMA NAJIB RAZAK INI BERUBAH...

Rupanya DS Najib Tun Abdul Razak...Presiden Umno..Perdana Menteri kita semua Rakyat Malaysia adalah MANUSIA BIASA macam kita juga.Dia bukan manusia luar biasa...dia bukan Robot...dia bukan Superman macam @Ibdil The Bedil dia juga bukan itu dan dia juga bukan ini saperti aku dan ANDA SEMUA fikirkan selama ini...KECUALI MANUSIA BIASA MACAM KORANG DAN AKU JUGA.Tersentap aku seketika bila dia membuka bicara....

"Pagi pagi ada bangun berlari...?",tanya Najib memulakan perbualan dengan aku.

"Errrk...takde Dato Seri,orang tua macam saya mana boleh bangun pagi pagi nak berlari ala ala tentera...ehehhh..",jawap aku dalam nada bergurau sambil kami berdua ketawa kecil.

Aku tak ingat apa lagi yang kami bualkan waktu itu,sebab seringkali diganggu oleh seorang wakil pelajar IPTA yang cuba menonjolkan dirinya dengan hujah hujah dia yang duduk berdepan dengan kami.Jadi aku yang tua ni pun mengalah lah bagi dia peluang,mungkin dia ingat aku ini hari hari berpeluang duduk di sebelah Najib kot..

Dalam aku mengelamun sambil mendengar suara pelajar tu pot pet pot pet dengan Najib tiba tiba aku dihulurkan seulas durian Musang King oleh Najib yang dihidangkan sebagai pencuci mulut khas untuk dia."Rasa durian ni,memang sedap..",sambil Najib menghulurkan seulas pada aku dari tangan nya sendiri bukan aku yang mengambilnya dari dalam pinggan.Terkesima aku sekejap dengan tindakan Najib itu...memang dia MANUSIA BIASA macam aku juga...

Aku nak juga mendengar Najib terkentut selepas makan tapi itu tidak berlaku kerana dia macam aku juga spesis "tahan kentut" depan khalayak ramai kot...kih kih kih

BERSAMBUNG NANTI.....


MEREKA CUMA MANUSIA BIASA MACAM KITA JUGA...


P/S : Bab "tahan kentut" ini aku memang serius beb..
Sebab itu aku dan isteri aku walaupun kami dah berumah tangga lebih 30 tahun tapi kami belum pernah lagi dengar bunyi dan bau kentut masing masing...kah kah kah.



@NajibRazak tahu ke BADUT ni punya kerja?




Memalukan dan merupakan satu tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS.Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.

Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily. Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun bersilat silat peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf.


Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun bertindak mengikut pemikiran beliau yang mana tidak meminta nasihat dari pemimpin pemimpin UMNO implikasi jika penarikan saman dibuat. Inilah yang dikatakan "SYOK SENDIRI" kerana sekarang ini pihak Tian Chua dan Mustapha Ali memperolehi keuntungan politik setelah UMNO menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.

Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun perlu sedar bahawa beliau telah menjatuhkan maruah UMNO. Beliau juga disarankan untuk tidak mengambil apa apa tindakan ataupun keputusan selepas ini tanpa memaklumkan kepada pucuk pimpinan terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Najib Razak . Implikasi sekarang Najib Razak sebagai Nakhoda UMNO di kritik walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.

Pengajaran untuk Dato Hafarizan Harun Peguam UMNO agar tidak "SYOK SENDIRI" membelakangkan pemimpin parti.


P/S : Kau dengan aku Hafarizan ada PERHITUNGAN PERIBADI yang perlu diselesaikan.Sekarang kau dah masuk dalam RADAR aku so kau bersedialah untuk aku badutkan kau mulai sekarang.Kau Loyar...kalau tak puas hati kau SAMAN aku,sebab senang aku nak buat KONTRA dengan ratusan juta RM yang kau fight untuk Umno suatu ketika dulu....HAK ANAK ANAK YATIM YANG KAU NAFIKAN dengan memperalatkan Undang Undang.

Apa kau dah lupa aku...?



Bila Umno lupakan kami...KAMI pun nak melupakan Umno @NajibRazak


Aku,Tun Faisal,Yuseri dan beberapa sahabat...

Memang dah jadi lumrah Umno bila kita sudah tidak diperlukan lagi maka kebajikan kita juga tidak akan dipedulikan lagi oleh mereka.Tapi ini bukan bermakna tanpa Umno mengambil tahu KAMI semua akan mati kebulur tak makan.Dah alang alang orang tak peduli..pi mampuih lah dengan diaorang!!!

Jadi malam tadi aku ,Tun Faisal,Yuseri dan beberapa teman "keyboard writers" (kami dah meluat dengar diri kami dipanggil Pejuang Maya Umno atau apa saja gelaran tok nenek yang diberi pemimpin selama ini) berbincang bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup kami semua dan rakan rakan yang senasib dengan kami.


Salah satu langkah jangka pendek yang KAMI temui tanpa memerlukan modal yang banyak adalah menjalankan perniagaan menjual Kad Prabayar Tone Excel WOW dari pembekal perkhidmatan telepon Tune Talk.Setelah membuat kajian akan prospek perniagaan ini dan pulangannya yang berterusan terhadap pengguna kad prabayar,Tun Faisal telah mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyediakan kemudahan awal untuk kami atau siapa saja "keyboard writers" yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif setelah terpaksa menjadi penganggur setelah selesai PRU13.

Daripada kita membuang masa membela dan mempertahankan Umno secara PERCUMA ada lebih baik kita buat perniagaan ini demi mencari rezeki untuk bagi makan anak isteri dan keluarga kita.Kerja kerja membela dan mempertahankan Umno ni biar saja Lifestyler Lifestyler Ibdil dan mereka mereka "yang dibayar" lakukan kerana takkan nak mentekedarah gaji buta je...

Nanti bila tiba masanya PRU14 hampir dekat dan waktu tu Umno memerlukan khidmat kita,kita akan guna KAEDAH THE HIGHEST BIDDER.Siapa BID paling tinggi masa itu kita pergi kerja untuk mereka...

Apa macam.....?

Jadi kepada teman teman yang senasib kalau berminat boleh je email aku azmiapa@gmail.com

P/S : Kalau korang rasa nak buat kerja FREE aku tak boleh nak larang kerana itu hak masing masing.Tapi dalam korang merasa korang ni PEJUANG MAYA UMNO tolong fikir balik...korang berjuang untuk mempertahankan parti atau mempertahankan PENYAMUN PENYAMUN dalam parti?

Korang makan KANGKONG...pemimpin makan ASPARAGUS.

Itupun nasib baik sebab "Kangkong yang naik hari ni dah turun...."


Aku dan kawan kawan bukan setakat gimmick ya...
Kami betul betul menjual.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts