Kementerian Pertanian : Menterinya @ismailsabri60 #DSIS dah mula bawa perubahan @tunfaisal...


Aku tertarik hati nak menyentuh beberapa intipati tentang ucapan Menteri MOA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Perhimpunan Bulanan kementerian itu yang diadakan di Dewan Serbaguna MOA pagi tadi.

Antara yang aku anggap sesuatu yang positif dan berbentuk perubahan adalah saperti berikut :

1. YAB PM percaya dengan kemampuan kita, sebab itu apa kita minta, beliau beri. Jadi, tanggungjawab kita pula adalah untuk melaksanakan amanah yang diberi. Jangan hanya pengumuman program yang dipromosi secara besar-besaran, tetapi peringkat pelaksanaan juga perlu dijalankan dengan tepat dan cepat.

2.  Kita mesti laksanakan kepercayaan dan amanah yang diberi oleh Perdana Menteri (yang mana kepercayaan tersebut adalah daripada rakyat sebenarnya).Saya sekali lagi menekankan, saudara saudari sekalianlah yang boleh melaksanakan apa yang kita umum dan program yang kita lancarkan.

3. Tugas kakitangan kerajaan bukan setakat menyiapkan kerja pejabat, bukan hanya setakat melaksanakan tugas hakiki.Sepatutnya, kakitangan menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kakitangan kerajaan perlu menjadi penyampai apa sahaja polisi dan dasar yang diumumkan oleh kerajaan.

4. Kakitangan kerajaan mesti menyokong dan mendukung polisi yang diumumkan oleh kerajaan.
Kaki dan tangan, kaki dan tangan kepada kerajaan, jika kaki dan tangan tidak mengikut apa arahan kerajaan, berdalih dan terjun laut (maka badan pun akan mati lemas).

5. Jika kita bekerja dengan kerajaan, kita perlu mempertahankan dasar dasar kerajaan. Contohnya, jika kerajaan melaksanakan GST, kita seharusnya menyampaikan dasar kerajaan tersebut kepada rakyat, bukannya kita yang paling depan sekali membantah pelaksanaan GST.

6.Saya ucapkan terima kasih kepada SPRM, kerana telah menempatkan seorang pegawai integriti di kementerian kita.

7. Di kementerian kita, saya dah sebut bahawa kita adalah satu keluarga. Tiada vvip, tiada vip etc. Makan sama2, duduk sama sama. Kalau saudara makan buffet, saya pun makan buffet. Kalau saudara makan pinggan plastik, saya pun pinggan plastik juga.

8. Baju baju korporat juga sudah tak perlu. Batik batik seragam juga tak perlu.

9. Program program kecik tak perlu kain pemidang atau hiasan hiasan melampau. Jika internal programs, buat santai santai saja.Kain rentang kat belakang ni pun (perhimpunan bulanan MOA) tak perlu tukar, guna sampai 5 tahun pun takpe. Kita nak cut cost. Bazir duit je.


Ada banyak lagi yang disentuh Menteri MOA ini terutamanya yang melibatkan program program yang melibatkan para petani,tapi aku hanya ingin menyentuh tentang kesungguhan beliau memastikan PERLAKSANAAN terhadap program program ini berjalan lancar dan untuk memastikan kelancaran program program ini maka menjadi sesuatu yang WAJIB bagi setiap kakitangan MOA untuk memberi kerjasama dan menjayakan nya dan bukan MENSABOTAJ usaha yang mahu dilaksanakan oleh MOA dan kerajaan.

Satu permulaan yang baik...TAHNIAH YB MENTERI








0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts