Kenapa anak Cina ini semua lari lintang pukang? #P146 @razaliibrahim @tunfaisal @P146Muar


Kantoi !!!

Semalam selepas tamat proses pencalunan di #P146 Parlimen Muar aku berkesempatan
berkunjung ketempat dimana penyokong penyokong BN untuk Parlimen Bakri berkumpul
yang berada tidak jauh diantara satu sama lain.Untuk pengetahuan pembaca Bandar Muar
ini terbahagi kepada 2 parlimen iaitu P146 Muar yang dimenangi BN tahun 2008 dan P145
Bakri pula dikuasai oleh DAP.

Aku terpanggil untuk singgah kerana melihatkan kenderaan kenderaan penyokong pakatan
rakyat yang mula bergerak meninggalkan kawasan mereka berkumpul memandangkan proses
pencalunan P146 Muar selesai lebih awal dibandingkan dengan pencalunan P145 Bakri dan
kenderaan ini semua terpaksa melalui betul betul dihadapan ribuan penyokong BN yang masih
berada disitu.Merasakan sesuatu bakal terjadi jika ada provokasi dari mana mana pihak aku
bergegas kesitu.

Betul saperti yang aku jangkakan bila ada aksi sorak menyorak dari kedua belah pihak bila
kenderaan penyokong PR melintasi kumpulan penyokong BN tapi masih mampu dikawal pihak
polis yang berkawal disitu.Aku cuba memerhatikan kumpulan mana didalam kumpulan
penyokong BN ini yang cuba melakukan elemen provokasi setiap kali kenderaan penyokong PR melintasi mereka.


Diselekoh ini mereka "blend in" dan cuba mencetus provokasi..

Perhatian aku tertumpu kepada sekumpulan 15 orang anak muda Cina yang berada dilapisan
kedua yang sering menjadi pencetus sorakan terhadap penyokong parti lawan.Berkali kali aku memerhatikan mereka akan memulakan sorakan(boo) terlebih dahulu sebelum diikuti kumpulan
yang berada dibarisan paling hadapan,sehinggakan satu ketika pihak polis terpaksa memberi
peringatan dan memaksa penyokong BN berada lebih jauh dibelakang.

"Ada yang tidak kena dengan "Kumpulan Anak Muda Cina" ini..",fikirku.

Menyedari gelagat mereka cuba aku rakamkan maka salah seorang dari mereka telah ALERT 
yang lain dan mereka mula meninggalkan kumpulan penyokong BN sambil aku mengekori rapat mereka.Belbagai helah dan teknik mereka gunakan untuk mengelak dari wajah mereka aku rakamkan,tapi mujur rakan aku berada dihadapan dan dia juga mungkin perasan akan perkara
yang sama..maka TERKANTOI lah kumpulan anak muda Cina lagi.

Apalagi...bertaburan tak cukup tanah mereka lari bila rakan aku merakam wajah mereka.Aku
ingat mereka sekadar bergurau rupanya tidak..beriya iya mereka semua melarikan diri dari
kami berdua.Ini meyakinkan aku bahawa ada yang tidak kena dengan kumpulan anak muda Cina
ini kerana pengalaman aku membuat liputan sekian lama dimerata tempat BELUM ADA ANAK 
MUDA CINA yang berpakaian pro-BN atau apa jua baju pro-kerajaan yang lari bila gambar
mereka aku rakam.Bahkan mereka amat bangga jika gambar mereka dirakam dan banyak kali juga kumpulan anak muda Cina ini sendiri yang minta gambar mereka dirakam.Ini pelik...

Reaksi anak anak muda Cina semalam menimbulkan syak yang mereka walaupun berpakaian
t-shirt BN mungkin mempunyai motif dan agenda yang lain selain dari menyokong calun calun
BN.Ada kemungkinan mereka ini "penyokong DAP" yang sengaja dihantar kedalam kumpulan
anak muda BN untuk menjadi "AGEN PROVOKASI" bertujuan mencetus satu keadaan yang tidak diingini yang mana akhirnya penyokong BN akan dipersalahkan oleh rakyat.

Jadi ada baiknya kita berhati hati dan mula membuka mata dan telinga kita untuk mengenal pasti
ciri ciri pencetus provokasi ini yang mungkin didatangkan oleh DAP,Pas dan PKR dalam program program ceramah BN mahupun ceramah mereka sendiri untuk mencetuskan PERSEPSI BURUK terhadap Barisan Nasional yang akan digunakan mereka untuk mempengaruhi minda rakyat.

Ayuh..kita sama sama memantau hal ini.

Aksi aksi mereka yang berjaya dirakam oleh rakan setugas aku...


Aku mula memberi perhatian sejak mereka dalam kumpulan besar
dibelakang sana lagi..


Mereka berjalan dengan laju sambil aku terus mengekori rapat
dan perhatikan mamat disebelah pagar sana yang menyembunyikan
wajahnya guna t-shirt yang dipakai..


Terkantoi dengan rakan setugas aku yang berada dihadapan...


Akhirnya terpaksa buat de-tour dan Cabuttttttt....

Kita ambil contoh video dibawah.Apakah kita pasti yang buat perangai kurang ajar ini
penyokong BN hanya kerana mereka pakai t-shirt BN?Apakah tidak mustahil budak 
budak PKR atau Pas berbaju BN sengaja memprovok atau ini cuma lakonan dan semua yang
dalam video ini cuma melakonkan watak masing masing?

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts