Tolong jadi dewasa boleh tak ?


Empat hari selepas aku menyatakan sokongan aku kembali kepada Umno aku menerima 198 komen komen negatif dari para pembaca blog ini.Kebanyakannya mencerca aku kerana kembali menyokong Umno setelah sekian lama aku MENGHENTAM pemimpin Umno terutama sekali Pak Lah.Berbagai andaian dan cercaan yang aku terima pada pagi itu dan untuk tidak menjadikan ianya polimik yang berpanjangan dan oleh kerana aku tidak punya waktu untuk melayani setiap komen komen yang dilempar maka untuk sementara waktu aku TUTUP dahulu ruang komen diblog aku sehingga PRU13 tamat.

Tidak bermakna aku tidak boleh menerima kritikan,cacian atau maki hamun kerana selama ini pun banyak komen komen yang mencerca aku yang aku siarkan diblog ini.Cuma aku tidak mahu masa yang berharga KITA sia siakan dengan perkara yang tidak berfaedah sedangkan masing masing sibuk dengan PRU yang bakal kita hadapi bila bila masa.

Selama aku berblog aku memegang prinsip TIDAK AKAN MENYERANG SESAMA BLOGGER baik yang menyokong BN mahupun yang menyokong PR,kecuali beberapa insiden "perselisihan kecil" antara aku dengan @Papagomo dan seorang dua sahabat yang kini telah kami LUPAKAN dan fokus dengan gerakkerja masing masing.Apatahlagi rasanya belum pernah aku MENYERANG mana mana bloggers pro-Pakatan Rakyat secara peribadi  kerana pada aku sebagai pengamal media baru KITA adalah satu KELUARGA BESAR walaupun berlainan ideologi politik.

Apa pun,baru baru ini ada sahabat blogger pro-PR yang "nakal" menulis artikel mengenai aku yang dikaitkan dengan kes saman Husam Musa terhadap Papagomo.Aku tak kisah sangat pasal artikel yang dia tulis itu sebab itu blog dia jadi suka hati dialah nak tulis apa cuma aku agak terkilan sedikit kerana artikel itu mengundang berbagai komen negatif dari sahabat sahabat bloggers yang selama ini tidak berpeluang "menghentam" aku diblog aku sendiri.Ruang yang ada digunakan mereka memperlekehkan pendirian terbaru aku dengan berselindung disebalik blog blog dan anon anon yang tidak berwajah termasuk seorang blogger yang aku anggap sebagai "SIFU" yang mula mula mencetuskan minat aku untuk berblog.

Tanpa mereka sedari apa yang diperdebatkan dan diperlekehkan mereka itu hanya menggambarkan diri mereka sendiri yang TIDAK BERANI MEWAJAHKAN DIRI mereka untuk sekurang kurangnya aku tahu siapa mereka disebalik nama nama blog yang GAH selama ini.Maka apalah sangat bezanya diantara mereka dengan pengendali blog Papagomo yang diperlekehkan mereka ketika ini.

Aku tidak pernah besar kepala atau membanggakan diri walaupun pernah bergelar Blogger No.1 satu ketika dulu sebab aku sedar dan sahabat sahabat bloggers pro-BN juga sedar yang kami ini tidak lebih dari BLOGGERS BERTARAF PHARIAH yang sedang digunakan pemimpin politik umpama "lampin pakai buang"...selesai PRU nanti maka bertaburanlah kami semua tanpa arah dan tujuan sehinggalah bahang PRU14 mula panas kembali.Kami sedar status phariah kami itu dan sebab itulah bila BLOGGER BLOGGER ELITIS sedang bersantai di Lima Langkawi ketika ini KAMI ada disini melakukan kerja kerja ghurka siang dan malam.Semua kami sedar akan hakikat ini...

Itu KAMI...bloggers pro-BN yang selama ini dikatakan DIBIAYAI UMNO,apatahlagi sahabat sahabat bloggers pro-PR yang majoritinya berjuang dialam maya tanpa pembiayaan mana mana pihak dan bergerak sendiri....jadi selepas PRU nak kemana?

Apakah korang rasa PEMIMPIN PR akan melambung dan menyanjung korang macam hero "andaikata" Putrajaya berjaya mereka tawan kelak?Aku rasa jauh bulan dari Pas lah!Jangan beranganlah akan ada Kementerian Bloggers atau jawatan Menteri Blogger bila sekarang pun nasib korang tidak diambil peduli kecuali golongan yang bertaraf ELITIS macam yang ada bersama kami.

Jadi jangan dibawa PERSENGKETAAN MAYA ini kealam NYATA kerana akhirnya nasib KITA semua akan jadi serupa.Jangan perasan dan syok sendiri dengan "perjuangan maya" ini yang langsung tidak akan dipedulikan mereka bilamana MEREKA menang atau kalah dalam pertarungan PRU13 nanti....ITU REALITInya...

Ada baiknya kita fikir fikirkan apa yang berfaedah untuk kita lakukan bersama dalam satu "titik persamaan" walaupun agak sukar untuk mencari "titik pertemuan" diantara kita.Setidak tidaknya tenaga dan bakat yang kita ada dalam bidang ini dapat digembeling untuk memberikan manafaat kepada ummah sementara menunggu medan pertempuran PRU14 kembali bergegar.

Apakata sahabat semua....?

P/S : Jangan ambil serius sangat apa yang kita buat ini boleh tak?Kita ini tidak lebih dari CREW dalam satu production house untuk menghasilkan WAYANG untuk tontonan rakyat yang ramai.Kalau kerja kita sediakan lighting kita sediakanlah lampu...kalau kita bertanggung jawap jaga sound kita jagalah sound baik baik.Tak perlulah kita nak fikir siapa nak jadi HERO...handsome ke tidak....bagus lakonanan nya ke tidak...plot ceritanya menarik ke tidak...sebab itu semuanya kerja Director dengan Producer.....

Ada erti ka Bhai...?


Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts