"Billionaire Bertongkatkan Umno"...siapa mereka?




SUMBER : beritasemasa

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!


Orang terkaya di Malaysia 2013 : Kami sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi kaya atau orang terkaya di Malaysia. Sesiapa berhak untuk menjadi jika seseorang itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan.

Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013

Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)


Terus terang kami tidak cemburu sekalipun dengan mereka-mereka di atas. Tiada sebab untuk kami bertindak begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini

Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.

Apakah kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.

Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :

Hak ekslusif perjudian

Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?


Hak milik tanah dilanjutkan.


Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)


Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?


Perjanjian berat sebelah


Jaminan bailout, jaminan untung


Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia

Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan juga projek 

tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem 
itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). 

Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.

Ada lagi anda mahu tambah?

Jikalau rakyat diberikan subsidi dianggap “jelek” oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan tetapi peranan & faedahnya masih sama.


Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)


Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang “terdekat” & “terpilih”.

Mana satu lebih baik?

mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?

atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?

Apatah lagi melihatkan beban hutang terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang dijamin kerajaan? (KLIK SINI).

Mahukah kita melihat senario yang disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara berulang lagi (SUMBER? KLIK SINI)?

Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2013 kali ini?

2 comments:

Unknown said...

KEH KEH KEH... XPELAH JANJI ADE USAHA DARIPADA KAWAN KO YANG KAKI DADAH DOK HINA SULTAN TUE.

Urang Awak said...

Selagi UMNO memerintah selagi itu orang2 Melayu akan menjadi HAMBA kepada kerajaan KAPITALIST UMNO.

Percaya atau tidak... untuk tempoh sekurang2nya 10-20 tahun yg akan datang terbayang akan aku melihatkan orang2 Melayu akan terus mengamalkan tradisi berbaris panjang dibawah sinar terik matahari semata2 untuk mendapatkan ehsan BR1M & sekampit beras cap DACING.

"Kami BERTERIMA KASIH kepada kerajaan BN" .... maka terpampanglah wajah2 mereka didada2 akbar & siaran Berita TV esok harinya.

Beginilah nasib2 orang2 MELAYU setelah MINDA mereka berjaya diJAJAH oleh UMNO. Kah kah kah.....

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts