Selesai misi aku di Lot 10 aku memenuhi undangan Tun Faisal Aziz untuk bersama sama Datuk Ismail Saberi meraikan anak anak yatim Raudhatul Al-Faeez Batu 9 Gombak bermain bunga api.Aku difahamkan anak anak yatim ini telah diraikan #DSIS dalam satu majlis Iftar dan mereka juga telah dibawa beliau untuk membeli belah persalinan hari raya baru baru ini.
Aku memang suka kalau pemimpin melayani anak anak yatim sebegini iklas saperti yang dilakukan #DSIS dan bukan memperalatkan mereka untuk kepentingan politik masing masing.Jadi walaupun jam telah menunjukan jam 10 malam aku gagahkan juga untuk meredah Jalan Gombak yang sunyi dan gelap untuk tiba disini.
Setibanya aku dan blogger Sangkakala disana permainan bunga api telah pun bermula dan aku lihat ramai juga sahabat sahabat blogger yang hadhir disitu.Iyalah kalau pemimpin iklas kat dalam hutan pun pasti ramai yang sanggup datang...bukan begitu?
Datuk Seri juga mengambil kesempatan malam tadi menerangkan visi dan perjuangan beliau sebagai Menteri Pertanian dan apa yang pihak media baru saperti kami boleh membantu beliau merealisasikan impian beliau.Sesi soal jawap ini dilakukan dalam keadaan amat santai dan aku suka dengan cara #DSIS dan aku harap ramai lagi pemimpin yang akan mengikuti cara beliau...
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.