Petang semalam (18/7) saperti yang dijanjikan aku turun ke Program Berbuka Ala Gelandangan/Pengemis yang aku ilhamkan di hadapan Lot10.Walaupun dah banyak pihak yang turun membantu golongan ini termasuk Perdana Menteri sendiri yang menghabiskan masa 2 jam menemui golongan ini,tapi disebabkan aku yang mempromo program ini maka wajiblah aku teruskan walaupun sudah banyak perhatian yang diberikan kepada golongan ini sejak aku mula ketengahkan isu ini hasil dari kenyataan poyo Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor.
Entah kenapa Kuala Lumpur hari ini kesesakan nya amat luar biasa.Dari Hotel Concorde ke Lot 10 saja aku terpaksa mengambil masa 1 Jam 10 Minit untuk sampai kesana.Apa pun aku sudah berada dihadapan Lot 10 lambat 5min saperti yang aku wawarkan iaitu jam 6.35 petang.Tak lama lepas itu sahabat Bro Armand Azha Exco Pemuda tiba bersama 2 lagi rakan beliau.Blogger Sangkakala Jari9 tiba bersama sorang lagi rakan tak lama lepas itu.Menjelang waktu berbuka Amrayy Lensa,Azhar Ptj dan blogger Kulaan Niring tiba.Dalam waktu yang sama aku menerima banyak pesanan Whatsap dan panggilan dari sahabat sahabat yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas dimerata jalanraya menuju ke Lot10.Untuk tidak menyusahkan mereka aku menyarankan sama ada mereka patah balik atau berhenti berbuka dimana saja yang boleh memandangkan aku sendiri hampir hampir putus asa terpaksa mengharungi kesesakan sebelum ini.
Akhirnya aku dan sahabat sahabat menamatkan misi berbuka dengan air mineral sambil pekena rokok jam 8.40 malam.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.