Apakah Umno kini sudah saperti Menara Condong Teluk Intan?
Condong tapi tidak mungkin tumbang dan akan kekal condong selamanya..?
Semalam aku berpeluang berada sehari suntuk di Teluk Intan untuk melihat dan merasai sendiri suasana berkempen Pilihanraya Kecil yang sedang berlansung disana.Ramai yang aku temui disana,pejuang pejuang maya,jentera fizikal BN dan tidak kurang juga Para Strategist Umno/BN yang dipertanggung jawapkan merangka "strategi perang" untuk Barisan Nasional kali ini.
Kalau ditanya,iklas aku katakan tiada apa yang berbeza dan menarik "nothing new" tentang PRK Teluk Intan kecuali lokasi berlangsungnya PRK kali ini iaitu Teluk Intan itu sendiri same-o-same.Memasuki sempadan PRK dari Sungkai saperti biasa kelihatan deretan bendera dan poster kedua dua parti yang bertanding menghiasi disepanjang jalan ke pusat bandar Teluk Intan.Poster calun BN Datuk Mah dengan poster calun DAP Dyna silih berganti....tua..muda...tua..muda itulah ayat yang keluar dari mulut sahabat blogger aku Kulaan Niring sewaktu kami melintasi deretan poster kedua calun kali ini dalam perjalanan ke Teluk Intan.Perbualan kami semua hanya bertumpu kepada Dyna dan ianya bukan soal "kewibaan" dia sebagai seorang calun tapi lebih kepada perbualan biasa lelaki mengenai seorang wanita yang bolehlah dikategorikan cantik saperti Dyna...he he he.
Bersama sahabat aku Tun Faisal Panel Pemikir Jasa menjamu selera.
Abang Man tokeh dia
Panglima Siber BMS Ibdillah Ishak tak ada semalam.Gambar ini sekadar nak tunjuk suasana gerai AbangMan je..memang meriah.
ULASAN AKU..
Tiap kali masuk gelanggang PRK dimana saja BN/UMNO masuk tidak sebagai Pemenang/Juara tapi lebih sebagai Pengemis/Peminta Sedekah menagih dan merayu undi kaum Cinabeng dan untuk kes Teluk Intan ini undi Kaum India yang dilihat sebagai undi penentu kalah menang sesorang calun.
Jom imbas kembali kekalahan Pasukan Piala Thomas kita ditangan pasukan Jepun baru baru ini.Kalau dilihat dari segi kekuatan dan pengalaman kedua pasukan ianya memihak kepada pasukan kita.Tapi sebab hampir kesemua pemain kita turun kegelanggang TANPA SAIKOLOGI "AS A WINNER" tapi lebih kepada the underdog..kita tewas.Perhatikan wajah setiap pemain kita yang turun hari itu dan bandingkan wajah "confident" setiap orang pemain Jepun...jelas amat berbeza dengan pemain kita.Bahkan penyokong dan team mate pasukan Jepun turut bersorak dan memberi sokongan tanpa henti dari mula sehingga keakhir permainan,sedangkan disebelah pihak kita semua dah menyaksikan sendiri secara LIVE hari itu.ITU BEZANYA PENDEKATAN ANTARA A WINNER DENGAN A LOSER.
Sama juga dalam PRU atau PRK...kita tidak masuk gelanggang bertarung sebagai A WINNER tapi lebih sebagai PEMINTA SEDEKAH atau A LOSER....itu realitinya.
Sudah tiba masanya Barisan Nasional bertindak sebagai A WINNER dan bagaimana "a winning formula" itu mahu dilaksana dan dicapai terpulang kepada PARA PEMIKIR dan PAKAR STRATEGIST yang dibayar gaji puluhan ribu RM sebulan selama ini dan bukan kerja aku untuk memikirnya.
Kalau masih menggunakan FORMULA yang sama....pastinya keputusan yang diperolehi tetap akan sama.
Kalau ACUAN yang sama selama ini yang terus digunakan...pasti bentuk kuih yang diperolehi tetap sama.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.