Masuklah gelanggang sebagai Pemenang dan bukan sebagai Pengemis...@NajibRazak


Apakah Umno kini sudah saperti Menara Condong Teluk Intan?
Condong tapi tidak mungkin tumbang dan akan kekal condong selamanya..?

Semalam aku berpeluang berada sehari suntuk di Teluk Intan untuk melihat dan merasai sendiri suasana berkempen Pilihanraya Kecil yang sedang berlansung disana.Ramai yang aku temui disana,pejuang pejuang maya,jentera fizikal BN dan tidak kurang juga Para Strategist Umno/BN yang dipertanggung jawapkan merangka "strategi perang" untuk Barisan Nasional kali ini.

Kalau ditanya,iklas aku katakan tiada apa yang berbeza dan menarik "nothing new" tentang PRK Teluk Intan kecuali lokasi berlangsungnya PRK kali ini iaitu Teluk Intan itu sendiri same-o-same.Memasuki sempadan PRK dari Sungkai saperti biasa kelihatan deretan bendera dan poster kedua dua parti yang bertanding menghiasi disepanjang jalan ke pusat bandar Teluk Intan.Poster calun BN Datuk Mah dengan poster calun DAP Dyna silih berganti....tua..muda...tua..muda itulah ayat yang keluar dari mulut sahabat blogger aku Kulaan Niring sewaktu kami melintasi deretan poster kedua calun kali ini dalam perjalanan ke Teluk Intan.Perbualan kami semua hanya bertumpu kepada Dyna dan ianya bukan soal "kewibaan" dia sebagai seorang calun tapi lebih kepada perbualan biasa lelaki mengenai seorang wanita yang bolehlah dikategorikan cantik saperti Dyna...he he he.

Photo: Semalam punya cerita di Teluk Intan bersama Tun Faisal Ismail Aziz...

Bersama sahabat aku Tun Faisal Panel Pemikir Jasa menjamu selera.


Setelah puas meronda seharian bertemu dengan macam macam orang dan ragam,aku tamatkan lawatan seharian ke Teluk Intan digerai Udang Galah Tepi Sungai Teluk Intan menjamu selera disitu bersama rakan rakan.Perghh..gerai Abang Man ini memang terbaik dengan masakan speciality nya Udang Galah dan Ikan Temoleh Bakar.Sehingga jam 2:00 pagi pun gerai ini tidak henti henti menerima pengunjung tapi PRK kali ini menyebabkan ramai pelanggang tetap gerai ini terpaksa pulang hampa kerana hampir keseluruhan ikan/udang dah kena tapau oleh jentera prk.


Abang Man tokeh dia


Panglima Siber BMS Ibdillah Ishak tak ada semalam.Gambar ini sekadar nak tunjuk suasana gerai AbangMan je..memang meriah.


Disini juga medan pertemuan terakhir aku dengan ramai pemimpin Umno yang datang berkampung ke Teluk Intan sejak hari penamaan calun dan antara yang paling lucu dan tak boleh aku nak lupa ialah Exco Pemuda merangkap Pengerusi Briged Kesatria Pemuda Umno Saudara Armand Azha.Nampak je kelibat aku terus dia melaungkan "APA sudah mari jaga jaga..."..adusss.Aku yang teruk membelasah boss dia Khairy dan Azwanbro ingat nak relax relax kat situ sebelum bertolak balik ke KL tapi Armand sudah pukul kompang pulak kat situ.Dalam keadaan aku cuba berlagak selamber tu sempat juga aku melihat "mata mata merah" dikalangan Jentera Pemuda yang ada disitu yang mungkin tidak senang dengan cara aku membalun boss boss mereka..ha ha.

ULASAN AKU..

Tiap kali masuk gelanggang PRK dimana saja BN/UMNO masuk tidak sebagai Pemenang/Juara tapi lebih sebagai Pengemis/Peminta Sedekah menagih dan merayu undi kaum Cinabeng dan untuk kes Teluk Intan ini undi Kaum India yang dilihat sebagai undi penentu kalah menang sesorang calun.

Jom imbas kembali kekalahan Pasukan Piala Thomas kita ditangan pasukan Jepun baru baru ini.Kalau dilihat dari segi kekuatan dan pengalaman kedua pasukan ianya memihak kepada pasukan kita.Tapi sebab hampir kesemua pemain kita turun kegelanggang TANPA SAIKOLOGI "AS A WINNER" tapi lebih kepada the underdog..kita tewas.Perhatikan wajah setiap pemain kita yang turun hari itu dan bandingkan wajah "confident" setiap orang pemain Jepun...jelas amat berbeza dengan pemain kita.Bahkan penyokong dan team mate pasukan Jepun turut bersorak dan memberi sokongan tanpa henti dari mula sehingga keakhir permainan,sedangkan disebelah pihak kita semua dah menyaksikan sendiri secara LIVE hari itu.ITU BEZANYA PENDEKATAN ANTARA A WINNER DENGAN A LOSER.

Sama juga dalam PRU atau PRK...kita tidak masuk gelanggang bertarung sebagai A WINNER tapi lebih sebagai PEMINTA SEDEKAH atau A LOSER....itu realitinya.

Sudah tiba masanya Barisan Nasional bertindak sebagai A WINNER dan bagaimana "a winning formula" itu mahu dilaksana dan dicapai terpulang kepada PARA PEMIKIR dan PAKAR STRATEGIST yang dibayar gaji puluhan ribu RM sebulan selama ini dan bukan kerja aku untuk memikirnya.

Kalau masih menggunakan FORMULA yang sama....pastinya keputusan yang diperolehi tetap akan sama.

Kalau ACUAN yang sama selama ini yang terus digunakan...pasti bentuk kuih yang diperolehi tetap sama.


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts