Pages

@NajibRazak bukan Superman..bukan juga Ultraman.. - Bahagian II




Bersambung dari Bahagian I - DISINI

Bertitik tolak dari program tersebut aku mula mengubah pandangan aku terhadap Najib secara beransur ansur dan mula menilai semula manusia yang bernama Najib Tun Abdul Razak yang aku hina dan persendakan selama ini.Setiap tutur kata,tindakan dan gerak gerinya selepas itu menjadi perhatian khusus aku untuk aku membuat penilain baru tentang diri beliau,dan ini aku lakukan dengan keiklasan hati tanpa disuruh dan dipaksa mana mana pihak dan bukannya bermotifkan wang ringgit sebab Najib Razak tidak pernah membayar aku untuk melakukan nya.Bahkan perbualan pendek kami dalam program tersebut adalah yang pertama dan terakhir sampai kesaat ini...

Tapi bagaimana ianya mampu mengubah persepsi aku...?

Pulang sahaja dari program tersebut aku kerap melakukan SOLAT ISTIKHORAH memohon kepada Yang Maha Pencipta agar diberikan aku isyarat dan panduan sama ada aku harus terus dengan caraku membalun Najib atau aku harus memberi peluang kepada diriku untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.Jawapan yang aku mohon dari Allah swt sudah pasti ANDA SEMUA tahu kerana sejak sekian lama blog ini sudah tidak lagi membalun beliau dan jika ada nama beliau aku sentuh dalam penulisan aku selepas itu hanyalah sebagai peringatan kepada beliau akan KECULASAN yang ketara sangat berlaku dikalangan para penasihat,ahli kabinet,pemimpin Umno dan orang orang inner circle beliau sendiri.


Jadi aku tidak bertanya kepada...

Ahmad Maslan,Rauf,Ku Nan atau siapa saja Pemimpin Besar Umno tentang Najib.
Aku juga tidak bertanya kepada Bapak Bapak Menteri dalam kabinet Najib,sama ada mereka yang berstatus ayam,sardin atau pun kangkung,ataupun yang status mereka masih ok.
Aku juga tidak merujuk kepada pembodek,penjilat dan pengipas Najib untuk mendapatkan pandangan tentang Najib.
Aku tidak ada akses bertanyakan tentang Najib dari mantan mantan Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Dan akhir sekali....aku juga tidak mengambil pendapat rakan rakan Penggiat Media Sosial yang aku kenali sama ada secara peribadi atau sekadar dialam siber tentang Najib.

TEMPAT RUJUK AKU DAN TEMPAT AKU BERTANYA TENTANG NAJIB HANYALAH KEPADA ALLAH SWT YANG TENTU PASTI TIDAK AKAN MEMBOHONGI AKU.

Mintalah,...DIA pasti akan memberi dan tanyalah...DIA juga pasti akan memberikan jawapan.

Panjangkan MUKADIMAH aku?

Ketahuilah jari aku yang menaip dan minda aku yang mengeluarkan idea hanyalah ATAS IZIN DAN KEHENDAK ALLAH TAALA ADANYA.Tiada daya upaya aku sebagai hambanya yang kerdil untuk melakar apa yang aku lakarkan sekarang ini KECUALI dengan izin dan kehendakNYA jua.

WaAllahu'alam.

Jadi mari kita mulakan pengembaraan ini dalam sudut pandang HAKIKAT dan MAKRIFAT yang kalau kita mahu perhalusi dengan menggunakan pandangan mata hati akan terserlah maksud sesuatu kejadian Allah Taala terhadap diri kita ini sebagai hambaNYA ...

Akan datang bau harum dari kebusukan yang kita nampak dengan mata kasar kita dan akan timbul kebaikan dari keburukan yang mata kasar kita ingin kita percaya...

KITA SEBAGAI ORANG ISLAM sesungguhnya beriman kepada Rukun Iman yang Enam,dimana PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR ALLAH TAALA merupakan salah satu dari enam tunggak keimanan kita sebagai orang Islam.Pincang salah satu dari yang enam ini maka bergoyanglah keimanan kita yang memungkinkan kita terjerumus kelembah kekufuran tanpa kita sedari.

QADA DAN QADAR ALLAH TAALA lah yang hari ini meletakan Najib Tun Abdul Razak sebagai pemimpin utama kita yang kita panggil Perdana Menteri Malaysia,atau kalau kita nak bagi sedap sikit bunyi dan bercirikan Islamik boleh saja kita panggil beliau sebagai KHALIFAH NEGARA MALAYSIA.


QADA DAN QADAR ALLAH TAALA jugalah yang meletakan Mantan KHALIFAH kita Tun Mahathir Mohamad memerintah bumi bertuah ini selama 22 tahun yang menyaksikan kita bergerak kearah negara maju dengan wawasan dan pendekatan beliau yang DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH TAALA dalam mentadbir negara ini sepanjang tempuh 22 tahun.


QADA DAN QADAR ALLAH TAALA juga yang menyaksikan Mantan KHALIFAH Tun Abdullah merosakkan dan hampir meruntuhkan apa yang telah dibina Tun Mahathir selama 22 tahun hanya dalam tempuh pemerintahan singkat beliau kurang lebih sepenggal sebelum dipaksa melepaskan jawatan beliau atas desakan rakyat.


QADA DAN QADAR ALLAH TAALA jugalah yang menyaksikan Mantan Timbalan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim berputih mata untuk menduduki kerusi KHALIFAH walaupun sudah begitu dekat untuk digapai beliau.Sama senasib dengan Tun Musa Hitam dan dua arwah Negarawan Ulung Negara,Tun Dr.Ismail dan Tun Ghafar Baba walaupun kegagalan mereka bertiga tiada unsur unsur khianat dan tamak saperti yang ada dalam diri Anwar Ibrahim.




Pendekata,segala yang berlaku sejak negara bertuah ini mencapai kemerdekaan dengan pemimpin yang datang silih berganti sama ada yang masih hidup atau pun sudah pergi meninggalkan kita semuanya adalah atas kehendak dan QADA DAN QADAR ALLAH TAALA dan tiada yang lain dari itu dan hanya DIA yang mengetahui kenapa,mengapa dan bila...sedangkan kita tidak mengetahui.

Sebab itu kadang kadang ada sahabat yang marah marah bila aku berkata Tun Abdulah dan Anwar Ibrahim juga merupakan "rahmat" Allah Taala kepada kita dan negara ini.Marah kerana kita gagal melihat kebaikan kerana asyik memikirkan keburukan tentang mereka berdua.Marah kerana kita gagal menghidu kewangian kerana hidung kita hanya mengenal bau busuk tentang mereka berdua.Sedangkan setiap kejadian itu telah diatur oleh Allah Taala lama dahulu sebelum adanya apa apa didunia ini.

Apakah Allah Taala itu tidak mengetahui atau kita merasa kita lebih tahu dari Allah Taala?

Tun Abdullah "diangkat" Allah Taala menjadi KHALIFAH kita hanya untuk merosakan (belum sampai tahap meruntuhkan) apa yang telah dibina dan diusahakan Tun Mahathir selama 22 tahun sebelum itu.Apakah Allah Taala cuai dan terleka sehingga orang saperti Tun Abdullah berjaya menjadi Perdana Menteri kita?Mana mungkin dengan sifatNYA Yang Maha Mengetahui kita terpaksa berdepan dengan KHALIFAH saperti Tun Abdullah.Pastinya ada RAHSIA yang hanya Allah saja mengetahui yang masih gagal kita fahami sehingga kehari ini.

Anwar Ibrahim diberikan kemudahan menaiki LIFT tanpa perlu menggunakan tangga saperti orang lain dalam karier politiknya dizaman Tun Mahathir.Kemaraan Anwar Ibrahim sewaktu zaman kegemilangan nya dilihat agak mustahil disekat oleh sesiapa pun dan beliau dilihat hampir pasti menduduki tampuk kekuasaan KHALIFAH selepas Tun Mahathir.Kita manusia hanya mampu merancang TAPI Allah Taala ada rancanganNYA sendiri.Maka diperintahkan Allah supaya Iblis dan Syaitan menyuntik perasaan tamak,khianat dan bongkak kedalam hati Anwar Ibrahim dan dia gagal melawan nya,maka terkulailah Anwar lemas ditasik madu (bait lagu Fauziah Latiff) tanpa dapat  merasa apa itu Kun Faya Kun Allah Taala untuk dia merasa bergelar KHALIFAH.Maka meroyanlah Anwar sehingga hari ini terus mengidamkan jawatan Perdana Menteri...dari yang ke-5 beralih kepada yang ke-6 dan seterusnya yang ke-7 tanpa dia sedar yang umurnya makin bertambah dan cahaya dihujung terowong sana sudah semakin kelam.

Apa yang ingin aku sampaikan disini adalah,setiap kejadian dan melibatkan siapa pun dalam pentas politik negara baik yang dahulu,hari ini atau dimasa akan datang adalah KERJA ALLAH TAALA belaka.Kita sekadar menjadi as-bab atau sebab mengapa ianya terjadi dan tidak lebih dari itu.Bukan KUASA kita untuk menentukan siapa yang kita mahukan sebagai Perdana Menteri atau KHALIFAH kita walau pada dasarnya kita melihat dan merasakan seolah olah kita yang berkuasa meletakan mereka disitu atas nama UNDI kita dalam Pilihanraya Umum mahupun dalam Pemilihan Umno.Tidak salah pun kalau kita merasakan begitu kerana fitrah manusia sememangnya begitu gagal melihat  wujudnya KUASA DIDALAM KUASA dan ianya hanya milik mutlak Allah swt adanya.Pun begitu,kita sebagai manusia dan hambaNYA haruslah melakukan apa yang perlu dilakukan oleh kita sebagai manusia dan selebihnya kita serahkan kepada Allah Taala.Atau dalam bahasa lebih mudah...KITA BUAT KERJA KITA DAN JANGAN CUBA BUAT KERJA ALLAH.

Di artikel akan datang aku akan menyentuh secara khusus tentang Najib Razak pula....

BERSAMBUNG......







No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.