Sejak beberapa hari lalu kisah KANGKUNG menjadi topik hangat yang diperkatakan rakyat Malaysia disana sini.Tumbuhan dalam parit dan taliair yang selama ini tak dipedulikan orang terutama orang kampung tiba tiba menjadi begitu POPULAR mengatasi populariti apa juga isu politik semasa.Kangkung lebih popular dari Isu Kalimah Allah..kangkung lebih diperdebatkan dari isu KEBACULAN Penasihat Undang Undang Umno Hafarizan yang telah meletakan maruah Umno didalam tandas bila dia (Najib tahu ke tidak?) menarik balik semua SAMAN MALU Umno terhadap Tian Chua dan Stopa Ali dan banyak lagi isu isu kritikal yang tenggelam dek sayur kangkung yang selama ini hanya dianggap makanan orang kampung atau makanan lembu dan kambing saja.
Begitulah HEBATnya aura yang ada pada Najib Razak sehinggakan bila dia menggunakan KANGKUNG sebagai kiasan ianya menjadi TRENDING,bukan sahaja di Malaysia bahkan dah menular keluar negara walaupun untuk maksud yang negatif...
Dia seolah olah langsung tak dibenarkan berkata apa apa dan langsung tidak dibenarkan melakukan apa apa oleh PENGKRITIK PENGKRITIK beliau.Mungkin ramai yang akan mencebikan bibir bila aku menggunakan terma HEBAT menggambarkan Najib Razak dan apa yang terpaksa dilalui beliau ketika ini dan sejak sekian lama.Ramai yang memang membenci Najib..ramai yang sedang membenci Najib...dan lebih ramai yang baru belajar nak membenci Najib hasil dari kerja propa dan persepsi yang dilakukan banyak pihak terhadap imej beliau dan isteri beliau selama ini.Tapi aku ingin membawa perspektif ANDA SEMUA dari sudut pandang yang berbeza dan untuk tujuan itu ANDA SEMUA wajib membaca artikel ini sehingga habis dan bila itu telah ANDA SEMUA lakukan anda berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan aku.Untuk berlaku adil ANDA SEMUA aku mohon berlapang dada dan membaca apa yang abakal aku tulis ini dengan hati dan pemikiran yang terbuka...
AKU SEBELUM INI ADALAH PENGKRITIK NAJIB DAN ROSMAH NO.1
Ini adalah sebahagian kecil dari ribuan PERSENDAAN yang pernah aku buat sebelum ini dan ini belum lagi diambil kira yang kategori "Terlajak Sadis"....
Semua pembaca blog ini yang mengikuti penulisan aku sejak blog ini wujud April 2010 pastinya tahu sentimen aku terhadap Kepimpinan Tertinggi Umno dan cara aku mempersenda dan memaki hamun mereka sebelum ini,terutamanya Paklah dan tidak terkecuali juga Najib Razak.Kalau aku ini Blogger Pro Pembangkang rasanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan tapi semua orang tahu aku ini Blogger Pro Umno dan bila penyokong Umno macam aku memaki hamun pemimpin sendiri NATIJAH amatlah tidak sihat bagi semua yang terlibat.Sehebat hebat blogger Pro Pembangkang rasanya belum ada yang berani menggunakan perkataan POOKEYMARK dalam penulisan mereka untuk menunjukan kemarahan mereka terhadap Najib Razak,tapi ayat ini merupakan ayat template dan trademark aku sebelum ini bila nak tunjukan kemarahan aku kepada Najib dan yang paling teruk menerima makian sebegini adalan Tun Abdullah Badawi.
Tapi semuanya berubah bila....
Dalam satu program maya anjuran Penerangan Umno tahun sudah (gambar atas) aku tanpa diberitahu oleh pihak Urusetia Penganjur telah didudukan betul betul disebelah Najib Razak sewaktu program berhenti rihat untuk makan tengahari.Perghhhhh...orang yang aku maki hamun bertahun tahun selama ini hanya duduk beberapa inici disebelah aku.Untuk beberapa ketika KAMI (aku dan Najib) hanya berdiam diri dan menjadikan hidangan makan tengahari waktu itu sebagai ESCAPISM kami untuk tidak berbual antara satu sama lain.Hidangan makan tengahari hari itu adalah Nasi Ayam yang dihidangkan bersama dengan sup tapi tidak dibekalkan dengan sudu dan aku melihat Najib begitu berselera makan sampai meminta ditambah ayamnya.Aku yang sejak tadi hanya merenung mangkuk sup aku tanpa menjamahnya kerana tidak disediakan sudu tiba tiba tersentap bila Najib disebelah aku selamba je...Slurrrrrpppppp menogok sup dia dengan mengangkat mangkuk dia kemulut.
ITULAH PERMULAAAN PERSEPSI AKU TENTANG MANUSIA BERNAMA NAJIB RAZAK INI BERUBAH...
Rupanya DS Najib Tun Abdul Razak...Presiden Umno..Perdana Menteri kita semua Rakyat Malaysia adalah MANUSIA BIASA macam kita juga.Dia bukan manusia luar biasa...dia bukan Robot...dia bukan Superman macam @Ibdil The Bedil dia juga bukan itu dan dia juga bukan ini saperti aku dan ANDA SEMUA fikirkan selama ini...KECUALI MANUSIA BIASA MACAM KORANG DAN AKU JUGA.Tersentap aku seketika bila dia membuka bicara....
"Pagi pagi ada bangun berlari...?",tanya Najib memulakan perbualan dengan aku.
"Errrk...takde Dato Seri,orang tua macam saya mana boleh bangun pagi pagi nak berlari ala ala tentera...ehehhh..",jawap aku dalam nada bergurau sambil kami berdua ketawa kecil.
Aku tak ingat apa lagi yang kami bualkan waktu itu,sebab seringkali diganggu oleh seorang wakil pelajar IPTA yang cuba menonjolkan dirinya dengan hujah hujah dia yang duduk berdepan dengan kami.Jadi aku yang tua ni pun mengalah lah bagi dia peluang,mungkin dia ingat aku ini hari hari berpeluang duduk di sebelah Najib kot..
Dalam aku mengelamun sambil mendengar suara pelajar tu pot pet pot pet dengan Najib tiba tiba aku dihulurkan seulas durian Musang King oleh Najib yang dihidangkan sebagai pencuci mulut khas untuk dia."Rasa durian ni,memang sedap..",sambil Najib menghulurkan seulas pada aku dari tangan nya sendiri bukan aku yang mengambilnya dari dalam pinggan.Terkesima aku sekejap dengan tindakan Najib itu...memang dia MANUSIA BIASA macam aku juga...
Aku nak juga mendengar Najib terkentut selepas makan tapi itu tidak berlaku kerana dia macam aku juga spesis "tahan kentut" depan khalayak ramai kot...kih kih kih
BERSAMBUNG NANTI.....
MEREKA CUMA MANUSIA BIASA MACAM KITA JUGA...
P/S : Bab "tahan kentut" ini aku memang serius beb..
Sebab itu aku dan isteri aku walaupun kami dah berumah tangga lebih 30 tahun tapi kami belum pernah lagi dengar bunyi dan bau kentut masing masing...kah kah kah.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.