Hari ini aku menjenguk Pantai Cahaya Bulan yang dah hilang "berahi" nya akibat hakisan ombak Laut Cina Selatan.Tempat aku berlarian sambil bermain layang layang 10 tahun lalu nun disana didalam lautan...50 kaki dari timbunan batu penghalang hakisan yang menyakitkan mata memandang.
Bersama pantai yang dah hilang adalah nostalgia kenangan aku 10 tahun lalu yang turut hilang dihakis ombak,yang ada cuma ombak ganas yang menghempas batu batuan seolah olah berkata..."Batu ini pun akan kami alih 50 kaki kedalam sana suatu waktu nanti...."
Ombak Ganas Pantai Cahaya Bulan pada aku adalah penyataan rakyat terhadap kemelut politik yang melanda orang Melayu dalam negara hari ini..
Apakah Kuasa Politik Orang Melayu bakal terhakis sapertimana terhakisnya pantai tempat aku berlarian 10 tahun lalu yang tidak pernah aku jangkakan?
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.